Saturday, December 29, 2007

..::GATHERING GENG JURNAL 2007::..



Tradisi diteruskan.. Namun kali ini dengan tema santai.. lawati laman web rasmi untuk maklumat lanjut.
..::AKU MAHU ITU SAJA::..

Hari ini, kawan-kawan aku adakan pertemuan. Pertemuan Halal Geng Jurnal. Kali pertama aku tak bersama-sama sejak mula menyertainya pada tahun 2004. Sedih juga. Ada kawan yang ntah bila lagi aku akan jumpa dia.

Cuma, aku tiada di tanah besar. Aku di Pulau Langkawi. Tahun depan baru kembali. Ooohh.. lama sungguh aku di sini.

Aku bukan bercuti. Aku belum mampu untuk membelanjakan duit-duit yang aku ada untuk pergi bercuti. Nanti. Bila ada duit TER-lebih. Baru aku mahu fikirkan semua itu.

Ada kursus di sini sebenarnya. Tapi bukan untuk aku. Aku urus setia. Ya. Setia berada di bilik urusetia. Sambil melayari internet secara percuma dan berfikir bagaimana aku mahu bawa balik 10pcs Corningware set yang aku nak sangat beli. Ya. Aku nak sangat memiliki set tu. Aku tak kisah dengan kegilaan orang lain tentang iPod atau Nokia NSeries atau gajet-gajet seumpamanya. Aku cuma mengidamkan Corningware. Bila lagi akan ada peluang macam ini. Halangan sekarang ini cuma macam mana mahu bawa balik kotak yang mungkin beratnya hampir separuh berat badan aku. Kata-kata semangat daripada seorang kawan "you'll find the way after you have it".

Hmmm ntah la. Nanti aku fikirkan lagi. Masa masih panjang. Sudah 4 hari aku di sini. Tahun depan baru kembali.

Untuk kamu aku belikan cokelat saja ya. Mmuuahhhsss.

Monday, December 17, 2007

..::NIDA, NODA DAN NADA DERING::..

Kata orang: Hanya Jauhari yang mengenal manikam.
Orang lain pula berkata: Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya.

Itu beberapa perumpamaan yang merujuk kepada kepakaran seseorang dalam mengesan dan mengenal sesuatu.

Dalam dunia serba moden ni kadang-kadang perumpamaan sebegitu sudah tidak boleh diguna pakai. Manusia pandai bermuka-muka. Plastik. Tetapi dalam sesuatu perhubungan (lelaki dengan perempuan) terutamanya, kepincangan boleh dikesan dengan mudah melalui tabiat-tabiat yang selalu kita hadapi.

Saya tak bercakap mengenai orang lain. Saya bercakap mengenai diri saya sendiri. Apa yang pernah saya lalui. Dan ini kajian saya dengan seorang Jauhari mengenai senarai tabiat mengesan kecurangan pasangan anda.

1. Telefon diset kepada Silent Mode, bergetar sahaja bila SMS masuk. Anda tidak dapat teka bilangan SMS yang masuk.

2. Bila ada nada dering, panggilan tidak dijawab segera. Dibiarkan atau ditepis. Seolah-olah panggilan itu tidak penting.

3. Tidak membenarkan orang lain membelek telefon. Jika anda belek, dia akan marah menuduh anda tidak amanah atau cemburu.

4. Apabila menjawab telefon, dia bingkas bangun ke tempat lain. Tempat yang jauh dari capaian gegendang telinga anda.

5. Bila anda periksa log panggilan dalam telefon, anda dapati data panggilan telah didelete.

6. Bukan sahaja pesanan dalam inbox telah dipadam, dalam outbox juga telah terpadam. Setiap hari. Alasan: tidak cukup space.

7. Anda mendapati dia memiliki dua telefon bimbit. Satu untuk urusan kerja katanya.

8. Tidak berenggang dengan telefonnya. Sekejap-sekejap pandang telefon. Kemudian senyum sendiri.

9. Di dalam telefonnya ada folder rahsia dengan label yang tidak disangka. "Akaun: Contohnya." Cuba teka apa ada dalam folder ini?

10. Bila dia menjawab telefon, anda tahu dia berbohong. Contoh: Ketika makan di restoran dengan anda, di telefon dia kata sedang mesyuarat di pejabat. Mesti pandai temberang.

Pernah berlaku kepada anda? Berhati-hatilah dan carilah jalan penyelesaian. Kita punya kuasa untuk memilih dan memutuskannya.

Selamat berjaya!!

Friday, December 14, 2007

..::USAHA TANGGA KEJAYAAN::..

Semalam, adik ipar aku sms tanya ada tak resepi waffle. Katanya, laki dia suka makan waffle, jadi dia nak la cuba buat sendiri. Aku kata, resepi waffle aku kat pasaraya je. Ha ha ha

Tapi, memandangkan aku ni seorang kakak ipar yang baik hati dan mulia, maka aku pun google dan tanyalah kawan-kawan yang lebih pakar dalam bidang masakan. Jadi, dapat lah beberapa resepi.

Kepada laki adik ipar aku yang suka makan waffle tu, sila ambil resepi ini dan berikanlah kepada isteri anda untuk dicuba.

Resepi pertama:

Bahan-bahan
• 3 biji telur
• 3 cwan tepung(ayak)
• 1 1/2 cawan gula
• 1 1/4 butter/majerin
• 2 1/2 cawan susu
• 1-2 camca teh baking powder
• sedikit garam
• sedikit esen vanila

Cara:
1. Campurkan semua bahan dlm blender/mixer.
2. Blend sehingga nampak gelombang gelombang udara dalam adunan
3. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
4. Panaskan waffle maker & sendukkan adunan tadi.
5. Serve with syrup or ice cream (atau apa-apa yang disukai)

Resepi kedua:

Ingredients:
• 1 3/4 cups Flour
• 2 teaspoons baking powder
• 1/2 teaspoon salt
• 1 tablespoon sugar
• 3 eggs - separated
• 1 1/2 cup milk
• 1/3 cup vegetable oil

Steps:
1. Sift dry ingredients in a bowl.
2. Beat egg whites until stiff.
3. Add egg yolks, milk & vegetable oil to dry ingredients - using a mixer, beat thoroughly.
4. Gently fold egg whites into batter.
5. For use in waffle iron - Follow manufacturer directions! Makes 3 - 4 round 9" waffles


p/s : Kalau boleh cuba la buat masa aku singgah nak hantar kerepek ubi perasa BBQ dan lada hitam yang dikirim.. jawooooh tu kirim...mengidam ka apa ntah. ha ha ha

Thursday, December 13, 2007

..::USAH BIARKAN::..

..usah biarkan
aku tergantung sendirian
begini..

Wednesday, December 12, 2007

Aku mengalirkan air mata.

Ada dua makna.

Air mata gembira dan air mata sedih.

Yang mana satu sebenar-benar puncanya

aku tak pasti.

..dan aku biarkan ia mengalir..

..sepuas-puasnya..

Sebelum ia lenyap ditelan masa..




p/s : kita masih sahabat kan?

Tuesday, December 11, 2007

..::MASAK-MASAK/MAKAN-MAKAN::..

Hujung minggu haritu masak mee bandung. Cubaan kali pertama. Buat macam nak bagi makan 10 orang. Tapi tak apa lah, kawan aku yang sorang tu pun dah makan 2 mangkuk sebab dia lapar sangat.



Minggu sebelum tu buat apple pie. Dah lama nak cuba tapi baru berkesempatan. Jangan tak percaya, 4 ketul tu aku sorang saja makan. Ha ha ha..



Ini pula hidangan untuk Adik Nett dan Adik Amyz yang singgah rumah lepas pergi menjamu mata di Cavenzi. Mujur la perjalanan balik kerja kakak Nida lancar je, jadi sempat la masak-masak. Dan bukan senang nak dapat makan dalam pinggan hijau tu, tetamu terpilih je tau. Ha ha ha..




p/s : lately ni tak berapa betul sikit..

Monday, December 10, 2007

..::KERJA GILA::..

Tak pernah aku buat kerja macam ni. Sakit pinggang okay. Hanya kerana kek.



p/s : ye lah.. aku tak punya seseorang yang boleh tolong beratur macam kawan aku ni

Friday, December 07, 2007

..::TONTON & BACA::..

Suatu ketika dulu
Boss terkejut bila aku beritahu
nak pergi menonton pertandingan akhir
gubahan lagu-lagu puisi di DBP

"Minat you dengan puisi ye?" tanya boss

hari ni
boss terkejut bila aku cakap
aku beli buku Faisal Tehrani
dan satu antologi cerpen
melalui ujanailmu

"Huh? Waaaa..." hanya itu yang keluar dari mulut boss

Aku agak mungkin sebab dia tak baca Berita Harian semalam. Dia ada seminar di luar. Boleh dimaafkan.

Atau mungkin selama ni dia agak aku baca Wira Tunggal, Dewa Naga atau URTV dan Mangga?

Ha ha ha..

Thursday, December 06, 2007

Lebih 100 penonton khusyuk menyaksikan Baca Naskhah Sindiket Sol-jah di Rumah Pena

SUARA wanita yang mengisi setiap ruang Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, ketika berlangsungnya Baca Naskhah Sindiket Sol-jah dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka (Maskara) V, baru-baru ini, memegunkan lebih 100 khalayak sehingga ke akhir acara.

Baca di sini untuk berita penuh.

Ada gambar lelaki-lelaki yang memberi sokongan kepada wanita.. Ha ha ha..

Juga ada laporan dalam
UTUSAN

Wednesday, December 05, 2007

Fiksi : Salahkah?

"Ye ke.. Mesti dulu pakwe pun ramai ni.." Adiff membalas.

Argh! Lelaki ni silap menduga. Potong stim saja.

Sebetulnya, diakah yang cepat terasa atau Adiff yang lebih dahulu berasa?

Asal sebut jiwang, mesti dikaitkan dengan punya ramai teman lelaki. Eh, pernah dengar ke lelaki yang cair dengan puisi-puisi daripada wanita? Pernah ke? Dituduh mengada-ngada adalah.

Potong stim sungguh.


**********

"Awak kat mana ni?" Adiff memulakan bicara. Setelah 4 hari membisu.

"Saya kat rumah PENA. Baca sajak malam ni. Datang la sini tengok." Jawab dia ceria. Suka bila Adiff telefon.

Ah, dia saja yang merajuk tak kena gaya, sedangkan Adiff tak apa-apa pun. Gerutu sendiri di dalam hati.

"Tak boleh la awak, saya tengah kerja ni ada show. Waaa.. Minat sajak rupanya.. Puitis jugak awak ni." Balas Adiff dalam tawa.

"Ha ha ha.. Banyak lagi yang awak belum tahu pasal saya. Bukan setakat puitis, jiwang karat pun boleh jadi." Pintasnya sambil mahu menceritakan sedikit kelebihan diri.

"Kalau macam tu bacalah sajak untuk saya" Adiff membuat permintaan.

"Saya memang ada sajak yang sesuai ditujukan untuk awak. Dah lama saya tulis, tahun 2004 dulu lagi. Tapi baru sekarang rasa relevan. Nanti kita jumpa saya bagi." Dia bercerita dengan penuh semangat. Mahu Adiff teruja asalnya. Tak sangka pula jawapan Adiff membuatkan dia terkedu dan mahu menjerit saja.

Talian diputuskan seketika kemudian. Hati rasa sebal. Merajuk. Lagi?

Arrggh!! Sudah la dapat jumpa pun sebulan 3 kali sahaja. Itu pun kerana tuntutan kerja, sekadar berbalas sms dari jauh, peluang bercakap sesama sendiri belum tentu ada. Dia dengan kerjanya, Adiff dengan kerjanya. Hujung minggu juga begitu, jika tidak dia yang bekerja, Adiff pula bekerja hingga lewat malam. Susah juga bila difikirkan. Cuma mungkin kelebihan, dia dan Adiff sudah tahu bagaimana persekitaran kerja masing-masing.

Teringat pula kejadian di awal minggu. Puncanya, pertanyaan dan jawapan pendek sms daripada Adiff membuatkan dia berjuah hati. Memang betul pun dia yang mengganggu Adiff sedang memandu mahu berjumpa kawan-kawan lamanya ketika menuntut dulu. Dia saja yang tak mahu memahami. Kemudian merajuk sendiri. Padan muka juga jika Adiff tidak menghubunginya.

Hmm.. Dia mengeluh seketika. Mungkin betul kata temannya. Dia ni cepat sangat tersentap.

Tuesday, December 04, 2007

..::KAMU dan AKU::..

Aku pernah menulis tentang ini suatu ketika dulu.

Hari ni kakak aku sms bagitau yang dia terkejut si lelaki-teman-berutus-surat-aku-dulu bertunang dengan kawan sekolah.

Aku kata tak hairan lah kerana dulu sewaktu kami berutus surat pun dia dah ada teman. Cuma terputus hubungan bila temannya cemburukan hubungan kami.

Kakak aku kata lagi, temannya yang cemburu-cemburu dulu pun tak dapat. Dia bertunang dengan orang lain. Tinggal dekat-dekat kampung kami dan satu sekolah rendah dengan kami. Tapi tidak satu kelas dengan aku dan si lelaki waktu sekolah menengah dulu. Katanya dah berkawan sejak sekolah lagi.

Oohh.. Apakah?

Ok siapa lagi? Aku bagi pilihan A - D. Senaraikan beberapa nama teman sekolah rendah yang aku pasti belum berkahwin.

Dan kakak aku seronok bila dia rasa aku juga terkejut. Tekaan aku pada pilihan B mengena.

Wow!! Ok. Tahniah dan jangan lupa jemput aku bila kamu berdua nak kenduri nanti.



//Amyz kata aku easily sentap. Eeerr.. Sentap ke aku?

Sunday, December 02, 2007

..::MASKARA 5 - MALAM PEREMPUAN-PEREMPUAN::..



Jangan ingat kelab malam atau panggung wayang saja yang ada Ladies Nite. Kami pun ada. Jadi marilah sama-sama meramaikan majlis sambil menghayati santapan halwa telinga dan menikmati pemandangan indah ciptaan Allah. Anda pasti mencapai kepuasan.

~~~~~~~~~~~~~


Malam Perempuan-Perempuan yang memang hebat!! Superb!!
Kehadiran melebihi biasa. Penuh! Bak kata Ummu Hani, tak pernah dia lihat rumah PENA sepenuh ini. Makanan & minuman yang disediakan juga habis tak sampai 10 minit masa rehat berlalu. Ha ha ha.

Ya, inilah penangan perempuan-perempuan. Hinggakan lelaki-lelaki tidak boleh duduk diam lalu memonopoli sesi 'open-mic'. Mereka juga mahu mendedikasikan sesuatu untuk perempuan-perempuan yang ada di sekeliling.

Walaupun MASKARA 5 ini tamatnya lebih lewat daripada sesi MASKARA sebelum-sebelum ini, tetapi semuanya senyum kepuasan. TERIMA KASIH kepada semua yang datang memberi sokongan. Terima kasih kepada Darekampo kerana mengizinkan karyanya aku baca dalam MASKARA.

MASKARA 5 cipta sejarah dan penutup yang indah untuk MASKARA 2007. Jumpa lagi MASKARA akan datang pada Februari 2008.

Laporan daripada perempuan di sini
Laporan daripada lelaki di sini
dan
gambar cantik daripada perempuan di sini
gambar cantik daripada lelaki di sini

Friday, November 30, 2007

Siri mahu menjadi ala-ala Martha Steward dan Cheff Wan.

Kawan aku buat blueberry cheesecake. Aku rasa hebatnya. Sungguh. Sehari sebelum tu dia buat kuih nagasari. Dapat pujian daripada teman serumahnya yang selama ni selalu saja komen ketidak sempurnaan hasil masakannya.

Aku tanya kenapa minggu ni dia ala-ala Martha Steward?

Katanya, kalau dia masak sardin saja mesti aku tak rasa hebat pun. Nampak hebat hanya kerana blueberry cheesecake. Ha ha ha.

"Yang kau masak ala-ala Cheff Wan tu, aku tak bising pun." Katanya.

Ha ha ha.. Mana ada. Aku masak campak-campak saja. Tak merasa pulak tu. Tapi ya, hasilnya sedap. (Siri puji diri sendiri juga)

Kami ketawa.. dan kemudian sama-sama setuju bahawa memasak juga merupakan satu terapi.

Thursday, November 29, 2007

Suami orang yang janggutnya hanyalah kosmetik itu telefon aku.

dan aku rasa macam nak pengsan.

ha ha ha..

Keji saja..

Wednesday, November 28, 2007

..::WARNA::..

Aku moody hari ni. Ada saja perkara yang membuatkan aku rasa naik angin dan emosi. Sampaikan boss pun kena tempias. Bukan aku marahkan boss. Tapi aku marahkan orang yang ntah apa-apa dengan boss.

Kemudian menjelang petang, kepala aku sakit. Aku rasa mahu balik rumah dan berehat sahaja.

Mungkin ada pengaruh dengan warna. Macam yang aku jumpa dalam artikel ni

"Psikologi yang mengkhususkan diri membahas pengaruh warna, Patricia Szczerba, menyarankan untuk memilih warna-warna yang tepat untuk mengendalikan perasaan kita. Jika sedang marah, tegas, atau cemas yang berlebihan, sebaiknya kita memilih warna-warna netral dan warna-warna muda (biru muda, hijau muda) yang dapat memberikan ketenangan, dan menghindari warna merah, yang dapat meningkatkan kecemasan. Jika sedang pada titik emosi terendah (depresi, sedih), hindari warna-warna gelap dan tua (hitam, biru tua) yang bisa menyebabkan kita merasa lebih tenggelam dalam kesedihan, dan kelilingi diri kita dengan warna-warna cerah yang membawa keceriaan."

Hmm.. Aku pakai hitam dan kelabu hari ni.

Friday, November 23, 2007

Aku rasa berguni-guni sumpahan kamu terima hari ini.

Ada ke patut buat sekatan jalan raya ketika waktu puncak.

Orang sibuk nak pergi pejabat, dia pula sibuk buat halangan.

****************


Rasanya hujung minggu ni bakal jadi macam 2 minggu lepas.

Sekatan jalan raya di sana sini. Kesesakan melampaui batas.

Mujur hujung minggu ni tak ada kerja lebih masa.

Jadi baik aku duduk rumah saja.

Wednesday, November 21, 2007

"Weh, haritu hang kata aku kena saman, berapa lebih had laju?" Aku memulakan soalan kepada si Peguam

"90km/j" jawab Si Peguam ringkas.

"Huh!! Lebih banyak tu ja? Hari-hari aku bawak keta 100 km/j. Apa kelas bawak 80km/j je kat highway Seremban - KL." Aku mempertahankan diri.

"Hang jawab la macam tu kat Majistret." Kata si Peguam.

"Dah aku balik kerja pun pukul 11.00 - 12.00 malam, apa barang nak bawak 80km/j ja." Aku masih mempertahankan hujah.

"Woho.. Kalau aku yang jadi Majistret aku sumbat hang dalam lokap 3 hari." Si Peguam cuba menakutkan aku.

Hmmmmm..

Aku kena saman. Pertama kali dalam sejarah aku bawa kereta. Memandu melebihi had laju di Lebuhraya Seremban - Kuala Lumpur.

RM300.00 jumlahnya. Tak boleh kurang ke?

Tuesday, November 20, 2007

..::PRIHATIN, PERHATIAN DAN PEREMPUAN::..

Kalau kamu dah pakai baju tu pada hari Jumaat semasa photo-shoot, kemudian kamu pakai semula pada hari Isnin, jangan ingat tak ada orang yang sedar. Aku sedar.

Kalau kamu dah pakai baju tu pada majlis malam Ahad lepas, kemudian kamu pakai semula hari ini, jangan ingat tak ada orang yang tahu. Aku tahu.

Dan tentu aku rasa kamu tak cuci baju tu. Kan?

Terus terang aku katakan, aku memang prihatin tentang pakaian. Bukan kerana aku ada stok baju yang boleh dipakai selama 3 bulan tanpa mengulang satu pun. Tetapi kerana penampilan kita juga menjadi perhatian orang sekeliling.

Mungkin mereka rasa tak kisah. Kamu wanita yang sudah berumahtangga serta beranak pinak dan kamu lelaki yang sudah bertunang. Jadi, tak peduli tentang perhatian kerana kamu tidak ada niat tersembunyi pun mahu menarik perhatian sesiapa. Cuma pada pendapat aku, walaupun kamu tak ada niat tersembunyi itu, tapi tetap nak ulang baju dalam tempoh yang terdekat pakai la untuk acara lain atau jumpa orang lain yang kamu tak jumpa sebelum ni. Atau kalau nak pakai juga ke pejabat, pakai la selang seminggu. Kerana kamu tak tahu berapa ramai orang seperti aku yang menyedari kamu memakai semula baju 2 hari lepas, ada di luar sana. Daripada terperangkap lebih baik berhati-hati.

Di samping itu, aku rasa rata-rata perempuan (yang bujang pastinya), amat mementingkan penampilan. Mahu sentiasa kelihatan menarik. Terutama sekali bila bertemu dengan seseorang yang istimewa atau ke tempat di mana seseorang yang berpotensi bekerja. Ha ha ha.. OOhh.. itu pendapat aku. Kalau kamu tak setuju, tidak mengapa. Aku bercakap tentang diri aku sendiri, wanita yang dress to impress. Kalau tidak, masakan aku sanggup gosok 4 pasang baju batik (termasuk 2 yang baru sekali dipakai semasa raya) untuk aku pakai sepanjang minggu ini.

lalalalala...

Monday, November 19, 2007

..::TAK FAHAM::..

Hmm kadang-kadang aku tak faham kenapa dia boleh naik pangkat? Gelaran jawatan dia ada perkataan 'Tinggi' pulak tu.

Tapi benda mudah seperti exam, sah jawatan dan sebagainya pun boleh keliru, atau lebih tepat tak tahu lah.

Kenapa tidak. Minggu lepas dia tanya sama ada aku dah sit exam khas (syarat sah jawatan) untuk jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan).

Dan jawapan aku mudah. "Kak, saya dah 7 tahun servis. Saya dah ambil PTK 2, tak kan la saya tak ambil exam tu lagi. Lagipun saya dapat pengecualian sebab ada Diploma Kesetiausahaan."

"ooo.. ye ke.. tak ada la.. saja tanya mana tahu kot-kot tak ambil lagi" Jawab dia.

Ya ampun.. Nak saja aku jawab balik "Rasanya baik kita tukar tempat lah kalau macam tu."

Tak faham aku.

Friday, November 16, 2007

Lihat kawan-kawan yang dok bising aku kurus tu, semalam aku makan nasi.. (selepas 2 hari aku tak sentuh sebutir nasi pun)..



Sampai rumah seawal jam 6.00 petang membuatkan hati aku berkobar-kobar untuk masak.. Di samping aku memang lapar pun. Berwarna-warni je hidangan aku tu kan.. Bukan itu saja, ia lengkap dengan buah dan sayur-sayuran juga.

Dan seperti biasa bila makan, aku selalu tertanya-tanya dalam diri sendiri, "kenapa lah apa yang aku masak ni sentiasa sedap walaupun aku campak-campak je tanpa merasa garam dan gulanya.." Ha ha ha..

Kenapa, tak percaya?

Thursday, November 15, 2007

Hari ni keputusan UPSR diumumkan. Aku ada 3 anak saudara yang menduduki UPSR tahun ni.

Alhamdulillah, keputusannya baik-baik belaka. Walaupun yang 2 orang tu tak dapat 4A dan dapat B untuk Sains lalu menangisi keputusan yang diperolehi, itu dah cukup cemerlang. Tak apa.. Baru UPSR.

Tak semua yang dapat keputusan cemerlang masa UPSR jadi orang di kemudian hari. Yang penting tekad dalam diri sendiri.

Aku sendiri tak dapat keputusan cemerlang pun dalam UPSR. PMR aku bukannya keputusan yang membanggakan pun. Tapi mungkin kerana aku di antara pelajar yang popular di sekolah, jadi malu la kalau tak dapat keputusan yang baik kan? ha ha ha.. dan mungkin juga sebab aku ada cita-cita yang besar.. Dulu.. Jadi, motivasikan diri sendiri la untuk menghadapi SPM dengan keputusan baik, sambung belajar dan cuba juga kejar cita-cita yang diimpikan. Walaupun tak tercapai apa yang aku citakan, tapi aku terjun ke bidang lain dengan jayanya dan boleh berbangga dengan diri aku hari ini.

Pokoknya, tak semestinya bermula dengan biasa kita tak boleh mengakhirinya dengan cemerlang.. dan tak semestinya bermula dengan cemerlang tu pengakhirannya kecemerlangan juga.. Cuma, kalau dapat kekalkan kecemerlangan dari awal sehingga akhir itu adalah sebaik-baiknya.

Tahniah untuk anak-anak saudara aku yang menangis sebab tak dapat 5A dalam UPSR. Aku bangga dengan korang. (Bukan macam anak saudara Kimi yang nak kena buang sekolah tu, tapi buleh selamba je.. ha ha ha)
I

Minggu bosan. Tak tahu kenapa. Mungkin post-menstrual-syndrome. Ade ke?


II

Aku bermain dengan Picasa untuk hilangkan rasa bosan. Hasilnya aku ada beberapa collage yang comel.. dan aku sangat suka.. ha ha ha.. sekarang jadi wallpaper baru aku..


III

Pelajaran baru hari ini. Walaupun PC itu pakai Windows Vista, tapi kalau dokumen yang kita buka itu disimpan di dalam external hard disk, ia mobile.. Bawa sajalah benda tu dan pasang di PC sendiri. Ha ha ha..


IV

Ok. Jika kita rancang perjalanan dengan baik, mesti kita tidak akan tersangkut di dalam kesesakan lalulintas yang teruk akibat penutupan terowong SMART. Aku suka bila aku tahu jalan-jalan alternatif di sekitar Lembah Kelang ni.


V

Pagi tadi dengar dalam radio. Ustaz Wan Sohor Bani Leman kata kita ni bukan saja setakat nak mengangkasakan masyarakat, tetapi kena la mengakhiratkan masyarakat juga. Jika program mengakhiratkan masyarakat tu berjaya, bukan setakat mengangkasakan, lebih daripada itu pun insyaAllah tak ada masalah.


VI

Ok aku nak sambung kerja dan bermain-main dengan Picasa. Nanti aku upload collage tu dalam blog yach!!

Wednesday, November 14, 2007

Pagi ini, aku tersedar

yang aku perlu berkorban lagi..

untuk kepuasan diri

dan kesempurnaan hidup..

Friday, November 09, 2007

Dalam hidup ni

untuk dapat apa yang diinginkan

kita perlukan sedikit pengorbanan

dan

usah takut untuk berkorban..

namun harus berhati-hati

agar kita tidak terkorban

kemudian nanti..

Thursday, November 08, 2007

Aku dapat anak saudara lagi..

Yang ke 3 dalam tahun ni..

dan yang ke 31 dalam keluarga..

mungkin dua - tiga tahun lagi aku akan dapat cucu pula..

siapa tahu..

Wednesday, November 07, 2007

Apakah harga nyawa itu setara dengan harga set pinggan mangkuk berjenama, bila ada seorang isteri yang sanggup mahu membunuh diri kerana keinginan untuk memiliki set itu tidak dipenuhi oleh suami?

Hmmm.. perempuan.. perempuan.. umur masih muda.. 22 tahun.. Kalau kau gunakan masa yang ada tu bekerja dan ada pendapatan sendiri, bukan setakat satu set pinggan mangkuk kau boleh beli, 5 - 6 set pun kau mampu, tanpa membebankan suami. Lain lah kalau kau berkahwin dengan seorang peguam yang mampu bawa kau ke pasaraya setiap malam.

Kasihan pada suami yang bekerja sendiri. Mungkin dalam solatnya, dia sentiasa berdoa kepada Allah mohon diberi rezeki lebih agar dapat memenuhi permintaan isteri yang dikasihi. Tetapi, balik dari solat Isya' di masjid, tengok isteri dah pengsan kerana mengambil racun tikus akibat kecewa.

Kasihan. Pendek sungguh akal. Kalau Allah tak beri peluang dan dia mati ketika itu, betapa ruginya dia. Set pinggan tak dapat. Mati pula dalam kemurkaan Allah. Sia-sia sahaja.

Tapi dalam dunia ni memang macam-macam perkara boleh berlaku. "rambut sama hitam, tapi hati lain-lain". Memang klise. Tapi itu benar. Tak semua orang berfikir perkara yang sama. Tak semua orang buat pertimbangan sebelum bertindak. Kerana sekarang ini rambut orang dah bermacam-macam warna...

Tuesday, November 06, 2007

Kalau Salina,
Jual kamera Nikon DSLR
untuk ditukarkan dengan mesin basuh

Aku?
Apa yang nak dijual
untuk gantikan handphone yang dah nazak?

Hu hu hu

Monday, November 05, 2007

..Sesungguhnya..

menangis itu..

melegakan..

Sunday, November 04, 2007

Kamu tahu tak yang memenuhi undangan tu wajib?

Saturday, November 03, 2007

Kakak aku cadangkan supaya aku menyertai rancangan Cari Menantu Musim Ke-2..
Katanya, kalau menang boleh bersanding di PICC.

WOW!!

Tapi tergamak ke aku nak pergi uji bakat? dan layak ke pun aku ni.

Ha ha ha..



* Awak nak pergi audition dengan saya tak?

Thursday, November 01, 2007

Bila aku mula menolak ajakan teman-teman untuk minum-minum dan lepak-lepak selepas waktu kerja, aku terfikir apakah sekarang aku menjadi seorang anti social?

Bila aku mula menolak ajakan teman-teman untuk keluar berjalan-jalan (menghabiskan masa/duit) di gedung membeli-belah, aku terfikir pula apakah aku mengalami middle age crisis tahap tinggi?

Sejujurnya sekarang ini aku lebih suka menghabiskan masa di rumah dan yakin bahawa frasa Home Sweet Home itu adalah benar..


* Jangan risau kawan.. aku masih bersosial dengan kamu kan?

Wednesday, October 31, 2007

Puan M to me : Dah berbicara pasal hati dan perasaan ke?

Me to Puan M : Ish, awal sangat lagi. Nantilah dulu.

Puan M to me : Hmm.. ya la.. kayuh pelan-pelan..


Eeerrr.. Aku tak naik sampan ye. Aku naik kereta. Tapi ini kereta baru. Kena jaga baik-baik. Kalau kereta lama pun, bila dah start enjin tetap tak boleh terus ke gear 5. Mati nanti enjinnya. Dah fitrah, ia tetap kena mula satu persatu.

Itu perumpamaan bagi aku yang bawa kereta manual. Bagi mereka yang bawa kereta automatik aku tak pasti macam mana pula. Mungkin boleh terus speed?

Thursday, October 25, 2007

Bila kita rasa satu perkara tu sudah tidak berapa nak sesuai dengan jiwa dan usia kita, tiada lagi keikhlasan dan kegembiraan untuk melakukannya.

Atau sebetulnya aku memang sudah jemu benar untuk berada di sini?

Wednesday, October 24, 2007

Tak perlu sentap-sentap ye kawan

Kau tetap berada dalam senarai 5 teratas

Walaupun telah muncul orang lain dalam hidup aku kini

Kerana dia berada dalam kelas yang tersendiri

Tuesday, October 23, 2007

Berkumpul ramai-ramai sempena musim cuti perayaan.

OOhh. Aku sudah punya anak saudara yang kelihatan seperti adik-adik kepadaku.

Yang lelaki sudah bekerja. Mungkin bila dah stabil, mereka akan terkeluar daripada senarai penerima duit raya. Tapi ada tambahan lain pula.

Yang perempuan pula sudah dapat lampu kuning rupanya. Maklum la setahun saja lagi nak habis belajar. Yang sorang tu pun gaya-gayanya macam lampu dok lip lap je.

Hmmm.. Macam ni Cuda kena la tambah 'kuasa' bagi lampu yang suram tu menyala terang menderang. Ha ha ha..

Monday, October 22, 2007

OK. Biarkan mereka nak tanya apa saja soalan yang mereka suka. Aku tahu mereka tak akan jemu. Sebagaimana aku tak jemu dan gembira untuk menjawab soalan mereka.

Sekurang-kurangnya aku puas hati. 10 hari cuti raya, dapat aku habiskan sepenuhnya di rumah. Di kampung yang aku jarang-jarang sekali balik.

Thursday, October 11, 2007

Di kesempatan ini

saya ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir dan Batin

Kepada semua pembaca blog ini

Terutama sekali kepada teman-teman yang pernah bersama-sama susah payah mengharungi liku-liku hidup ini

Mohon dihalalkan segala makan minum dan maafkan segala keterlajuran perbuatan serta perkataan yang pernah berlaku

Jika ada kelapangan jemput la datang beraya ke rumah saya

Wednesday, October 10, 2007

Iklan TV keluaran Petronas memang selalu memberi kesan kepada penonton. Kalau tidak masakan dalam kad jemputan untuk A Screening of PETRONAS Popular TV Commercials yang diterima bulan lepas tertulis satu nota "kertas tisu tidak disediakan" kerana mereka yakin pasti ada di antara penonton yang bakal mengalirkan air mata. Terutama sekali apabila menonton iklan sempena hari raya.

Ya. Petronas tidak pernah gagal menyentuh jiwa penonton untuk iklan rayanya. Pertama kali aku menonton iklan raya Petronas tahun ini, aku rasa sebak. Ditambah pula dengan lagu yang melatari paparan adegannya. Alunan bait-bait lirik "ayah dan ibu... ayah dan ibu.. itulah permulaan kami.. dapat melihat bulan dan matahari..aaa.." sungguh meruntun jiwa. Terbuai seketika. Terkenang kisah lama.

Dan rasa aku ini anak yang tidak cukup berbakti kepada kedua orang tua bila kini yang tinggal hanya seorang ibu di kampung.

Tuesday, October 09, 2007

Lupakan seketika diet dengan makan spaghetti dan puding buah sambil menonton siri CSI selepas jam 12 malam. Nikmatnya.

Gadis A dan Gadis B kata aku mengalami sindrom Bolemia Nervosa. Tak.. Aku bukan macam tu. Aku bukan sengaja muntahkan makanan. Tapi makanan tu yang nak keluar balik bila dia rasa macam dah tak ada ruang nak duduk dalam perut aku.

Adik aku pula kata aku paranoid bila mengelak untuk menjamah daging dalam hari yang berturut-turut dengan alasan daging mengambil masa 3 hari untuk dihadamkan.

Hasilnya berat badan turun mendadak sebanyak 5kg. dan jeans yang dijadikan benchmark sudah boleh dipakai dengan selesa. (atau mungkin terlebih selesa kerana aku perlu mengenakan tali pinggang pula)

Sebenarnya aku tidak mahu berat badan turun sebaliknya aku mahu mengurangkan lebihan-lebihan yang ada pada tempat yang tidak sepatutnya. Tak apa lah. Lepas raya aku akan berusaha mendapatkan kembali berat badan yang telah hilang. Mungkin juga aku akan mula bersenam dan bersukan kerana aku sudah temui teman yang boleh diajak melakukan aktiviti itu bersama-sama.. ha ha ha..

Saturday, October 06, 2007

Ntah apa-apa ntah

dah dua kali terjadi

tak tahu kenapa

aku nak cuci muka sebenarnya

tapi aku pergi tuang shower cream

membazir saja

Friday, October 05, 2007

..::HUBUNG::..

Berhubung dengan teman-teman seperjuangan ketika menuntut melalui e-mail.

Jarang sangat ketemu. Banyak cerita baru.

Dan yang paling penting ramai yang dah tambah ahli keluarga baru rupanya.

Tak terkejar lah macam ni.

Thursday, October 04, 2007

Hey, kalau pun kamu tidak boleh berpuasa

jangan la bancuh 'Nescafe' dan minum di cubicle

Wednesday, October 03, 2007

OK

Tiba-tiba aku rasa nak pergi kursus

.....

....

...

..

.

Kursus Pra-Perkahwinan dalam Islam

Tuesday, October 02, 2007

..::MABUK::..

Islam mengharamkan meminum minuman yang memabukkan.

Kerana ia boleh menjadi punca kepada kemungkaran lain yang dilarang dalam Islam.

Jatuh cinta juga sesuatu yang memabukkan.

Kerana ia juga boleh menjadi punca kepada perkara-perkara mungkar dan dilarang dalam Islam.

Jadi, berhati-hatilah.

Monday, October 01, 2007

Jika orang bertanya
hari apa yang paling aku suka
dalam seminggu

Aku akan jawab
Jumaat

Sebab hari Jumaat ialah hari yang paling best

Friday, September 28, 2007

..::MAAF II::..

Aku pengsan semalam..

Maaf kepada sesiapa yang telefon dan sms..

Thursday, September 27, 2007

..::MEDLEY::..

:: Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran untuk diri sendiri.. I'm proud of myself. It's better than nothing.. Kan?

:: "Cuda, bila Cuda nak kawin? Umur Cuda berapa, tahun ni?" Asma' anak saudara yang berumur lapan tahun bertanya. Rasa macam nak cepuk saja. Ha ha ha.

:: Semalam aku tertinggal jam tangan ELLE kat rumah kakak. Dan sebagai permulaan hari baru, aku dah pakai jam tangan TITUS.

:: Kawan-kawan baik merangkap geng kutu, geng biskut raya dan geng katalog dah bagi hadiah birthday semalam. Tapi pesan suruh buka hadiah tu di pejabat hari ni. Terima kasih kepada Pjah, Mariah dan Mak Intan. Tak ada yang lebih berharga daripada nilai persahabatan kita yang telah terjalin sejak 10 tahun yang lepas.. ni gambar hadiahnya.



:: Terima kasih kepada teman-teman, kenalan dan ahli keluarga yang smskan ucapan beserta doa daripada kalian.

:: Tak sangka orang yang bagi jam ELLE masa birthday aku tahun 2003 pun hantar sms dengan ucapan "semoga berbahagia selalu" ahahaha

:: Untuk bestfriend, aku tunggu hadiah kau yang special dari Sabah OK. Hak hak hak

Friday, September 21, 2007

Bila apa yang kita idam-idamkan tiba-tiba jatuh ke riba tanpa perlu membayar satu sen pun. Tentu gembira, teruja, seksited semua ada.

Lupakan bagaimana caranya. Yang penting, aku tidak perlu lagi mengintai-intai di balik kotak kaca setiap kali melintasi ruang niaga di sebelah pintu masuk Maju Junction Mall, atau ruang niaga di sebelah tangga bergerak pusat membeli-belah Alamanda, Putrajaya.

OK mungkin juga ini petanda aku perlu 'move on' dan tinggalkan apa yang aku dapat pada September 2003 dulu sebagai kenangan indah. Ha ha ha.. dan aku akan anggap ini juga hadiah ulantahun kelahiran aku minggu depan. (tapi hadiah handbag daripada kawan-kawan masih terbuka ya)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Inilah dia apa yang aku ceritakan.. Walaupun bukan model yang aku inginkan.. sekurang-kurangnya jenama masih sama.. dan akhirnya aku memiliki seutas jam tangan Titus bagi menggantikan jam tangan Elle yang aku pakai sekarang..


* kalau nanti saya terjumpa awak dan tengok saya dah tak pakai jam Elle tu, harap-harap awak faham lah ye..

Thursday, September 20, 2007

"We giving you the power of connection.. The rest is up to you.."

Terima kasih kepada Celcom - The Power Is In Your Hands kerana telah menghubungkan kami..

Ooohh.. ini bukan iklan berbayar yach!!
..::MAAF::..

Sejujurnya, aku tak suka dengan keadaan baru clutch aku ni.

Bukan tak hargai pertolongan orang, tapi dah memandai-mandai pula minta mekanik adjust tanpa dimaklumkan dulu.

Maaflah..

Aku rasa sungguh tertekan.

Iya lah.. yang nak memandunya aku, bukan kau.

Wednesday, September 19, 2007

..::ITU SAJAKAH YANG DIA FIKIR?::..

Di kampung, aku ada sorang jiran. Anak dara. Muda lagi. Umurnya baru dalam 21 tahun kalau tak salah aku. Sekarang tengah sambung belajar kat Sarawak.

Dia ni kalau ada 'masalah' tergempar, baru cari aku. Contohnya dia ada interview kat KL ke, atau terlepas kapalterbang dari Sarawak nak balik Semenanjung, dan memerlukan tempat untuk menumpang tidur atau jemput dia di mana-mana lokasi. Aku tak berapa kisah pun selagi aku tak ada halangan lain.

Cuma, aku agak 'annoying' bila dapat sms daripada dia. Dalam sms nya tak pernah tertinggal soalan "kakak tengah buat apa, dating ke?". Setiap kali sms mesti itu soalannya. Kalau jumpa pula dia tak habis-habis tanya pasal teman lelaki. Dalam perjalanan hidup ni, itu saja ke yang dia fikir? Semalam aku dapat sms daripada dia jam 11.00 malam. Tanya soalan yang sama. Bosan dengan soalan tu, aku jawab "tak dak benda lain ka yang hang pikiaq? Tua-tua ni dok rumah diam-diam lagi best daripada melewaq tau dak."

Terfikir pula aku, pada umur awal 20-an, itu saja kah yang difikirkan? Mahu berteman lelaki atau keluar bersuka ria bersama kawan-kawan. Hmmm.. Mungkin kerana dia belum terdedah sepenuhnya dengan dunia luar, dunia pekerjaan mahupun politik, fikirannya tertumpu hanya pada keseronokan saja. Ya, aku kena akui kami berbeza dari segi tahap pemikirian, kematangan dan pendedahan terhadap dunia luar. Dalam situasi aku sendiri, umur 20 tahun aku dah mula bekerja dan bekerjaya, lalu sedar bahawa dalam hidup ini banyak lagi perkara yang perlu difikirkan. Sedangkan dia masih lagi tercari-cari arah hidup..

Tuesday, September 18, 2007

..::ENJOY THE MOMENT::..

Ini rangkuman catatan perjalanan aku balik kampung setelah hampir 5 bulan tak balik..

Aku kata mahu keluar rumah selepas Subuh agar dapat tiba di kampung menjelang tengahari dan sambung tidur. Aku bohong sebenarnya. Aku mahu menikmati pejalanan ini. Jadi aku memilih untuk melalui jalan lama Rawang - Ipoh. Hasilnya, aku tiba di kampung ketika jarum hampir mencecah jam 3.00 petang kerana sepanjang perjalanan aku singgah di rumah abang-abang dan adik ipar aku.

Kepulangan aku ke kampung disambut dengan hujan lebat tanpa henti sejak petang Jumaat sehingga la ketika aku nak memulakan perjalanan balik pada petang Ahad. Mujurlah kampung di kelilingi bendang, telaga dan parit. Hujan 3 hari 3 malam pun tidak apa. Kalau di Kuala Lumpur hujan lebat selama 3 jam saja sudah tenggelam bandaraya.

Hari Sabtu berbuka puasa ramai-ramai. Meriah. Lauk yang dihidang mengalahkan menu hotel dengan bayaran berpuluh-puluh ringgit sekepala. Itu la nikmat sebenar berpuasa. Cerita pasal makan, balik kampung punah segala diet aku. Makan nasi saja dah 2 kali sehari belum kuih dan air macam-macam jenis. Jawapannya balik KL mungkin aku tak akan jamah nasi selama 2 minggu.

Kerana terlanggar lubang yang sangat besar dan dalam di Jalan Bercham masa nak ke rumah kakak, semalam RM aku beterbangan sebab tayar terkoyak. Mujur juga tayar tu cuma mengelembung aje sepanjang aku speed dari Ipoh ke KL. Errrkk tak dapat aku bayangkan kalau (aku bilang kalau) tayar tu meletup kat lebuhraya. Ok sebenarnya dah sampai KL baru aku check tayar tu pun. Lepas kena tu aku tengok tak de apa-apa walaupun dah rasa mesti ada sesuatu sebab hentakan tu kuat sangat. Tapi sebab dah petang dan letih aku terlupa semua.

Kerana ganti tayar, habis lari bajet aku sebulan. Hilang juga semua bajet aku nak beli pasu dan tanah untuk bercucuk tanam. Nampak gayanya kena tanam dalam air dulu la pokok pandan, daun kesum dan lain-lain herba yang aku bawa dari kampung. Maklum saja rumah tak ada tanah, terima lah seadanya.

Hmm.. Walaupun penat, aku enjoy semuanya.. ok selamat kembali ke rutin harian..



* saya teringin nak berbuka puasa dengan awak lah

Friday, September 14, 2007

Sejenak..

Aku tersedar daripada lena..

Dan..

Rasa itu telah tiada..



//inikah petanda dariMu Tuhan..

Thursday, September 13, 2007

Hidup ini banyak dugaannya..

Tak boleh salahkan takdir semata-mata..

Kita tak jangka sebenarnya apa yang akan jadi pada masa hadapan..

Hari ni kita tanpa sebarang maksud tersirat, dengan rela hati membantu memudahkan sesuatu urusan..

Tidak sedikit pun melibatkan unsur kewangan..

Hanya satu tandatangan pada buku pengeluaran..

Tapi pada pengakhirannya..

Kita menjadi mangsa..

Tanpa kita sedar..

Tanpa kita pasti penyelesaiannya nanti..

Tanpa kita tahu siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab..

Pengajaran yang diperolehi mungkin menjadikan kita 'berkira' pada masa akan datang..

Wednesday, September 12, 2007

..::USAH TERPEDAYA::..

Jika anda memandu di sekitar Lembah Kelang atau lebih tepat di Kuala Lumpur, anda tidak boleh mempercayai keadaan trafiknya.

Sekiranya semalam anda keluar pejabat jam 5.00 petang dan tiba di rumah jam 6.00 petang, itu tidak bermakna hari ini anda akan sampai ke destinasi pada masa yang sama seperti semalam. Anda mungkin akan lewat tidak kurang daripada 1/2 jam.

Anda juga tidak boleh mempercayai bahawa jika semalam laluan yang anda ambil agak sesak pada permulaannya, itu tidak bermakna hari ini ia akan sesak seperti semalam. Dan bila anda telah mengambil keputusan untuk menggunakan jalan alternatif, anda sudah tidak boleh berpatah balik walaupun menyedari rupa-rupanya jalan itu lebih jauh dan sesak daripada jalan yang anda gunakan sebelum ini.

Jadi belajarlah bersabar bila berhadapan dengan karenah di jalan raya. Keadaan boleh berubah dalam masa beberapa minit sahaja. Tambahan pula anda telah bertahun-tahun menjadi pengguna Sistem Transit Aliran Ringan di Ibu Kota, tanpa sebarang tekanan yang besar.

Selamat datang ke dunia baru.

Tuesday, September 11, 2007

OK aku akan mulakan sekali lagi

Doakan aku berjaya yach!!

Monday, September 10, 2007

OK aku dah jumpa

Friday, September 07, 2007

Lelaki itu menelefon tatkala mimpi

baru menjengah lena..

Tapi yang kedengaran

hanyalah alunan lagu

Lelaki Ini..

dan

aku terus hanyut dalam lena

dan anganan yang tidak mungkin jadi kenyataan

Thursday, September 06, 2007

untuk adik-adik kerani yang baru kerja..

bila pegawai suruh buat 'copy'

itu bukan bermaksud buat 'kopi' yach

Wednesday, September 05, 2007

|hendak ku luahkan takut makanlah diri|hendakku simpankan meracuni hati|hendak ku carikan takut malu sendiri|hendak ku diamkan kau takkan mengerti


Kadang-kadang..

ada perkara yang lebih baik

kita diamkan saja..

pendamkan saja..

atau kemudian

lupakan saja..

Monday, September 03, 2007

..Selamat tinggal Bandar ES..

..Selamat tinggal Encik A di Menara O.. (Ha ha ha)

..Selamat tinggal LRT..

..Selamat tinggal 'tempat biasa'..

Aku kini menjadi warga Bandar ES di Negeri ES

Thursday, August 30, 2007

..seketika
aku rasa terlalu penat..

..dan
aku perlu berhenti..

..seketika..

Wednesday, August 29, 2007

..::MERDEKA::..

Sebenarnya..

kita masih belum merdeka


~~~~~~~~~~~

Dalam kami sibuk di Dataran Merdeka dengan persiapan sambutan kemerdekaan, pagi ni pejabat di gemparkan dengan kejadian pecah masuk. Bilik-bilik yang berkunci serta kabinet besi berkunci turut digeledah. Beberapa barang berharga telah hilang.

Perompak tu tahu tentang kewujudan CCTV. Pandai dia sorok muka.

Tuesday, August 28, 2007

..::PEREMPUAN BILA KELUAR MEMBELI BELAH::..

Perempuan bila keluar membeli-belah, kedai yang wajib masuk ialah kedai kasut, kedai pakaian dan kedai emas. Beli atau tidak terpulang kepada keadaan. Tapi, WAJIB masuk.

Semalam cuti sebab ada urusan. Alang-alang, ambil kesempatan untuk lunch date dengan kawan-kawan di Alamanda. Ooh.. bukan lunch saja ya, makan sambil belek-belek katalog Akojaya dan katalog Alfio Raldo.. Ha ha ha.. tiba-tiba terasa seperti kelab makcik-makcik pula. Hmm sangkut juga lah satu set pinggan mangkuk dan satu handbag. Tapi boleh bayar 3x. OK lah kan?

Lepas lunch jalan-jalan ke kedai wajib masuk. Aku berhajat nak beli t-shirt di Butik Cheetah. Tapi pekerjanya macam tak nak menjual saja. Malas aku nak masuk butik tu lain kali.

Kemudian jalan lagi ke kedai emas. Rasa macam nak beli je atau trade in gelang tangan yang ada sekarang. Fikir-fikir nanti lah dulu. Belek-belek juga cincin. Ya lah, nak tunggu orang bagi cincin ntah bila, jadi beli sendiri saja la. Malang bila kat kedai tu cincin paling kecil cuma saiz 9 saja. Oohh.. untuk pengetahun cincin saya saiz 7 yach. ha ha ha.. Selamat lagi duit.

Untuk melengkapkan perjalanan di Alamanda, sebelum balik singgah dulu kedai kasut. Belek-belek kasut yang berkenan di butik Primavera. Minta saiz tapi malang sekali lagi. Budak kedai cakap kaki aku ni macam cinderella. Ha ha ha. Selamat duit walaupun rasa rugi sikit sebab kasut cantik tu ada potongan harga 50%. Tak apa lah, mungkin duit tu untuk barang lain yang lebih penting.

Dalam perjalanan balik, aku singgah kedai perabot. Tujuan utama nak cari rak kasut dan rak untuk dapur gas. Dapat lah barang yang berkenan. Tapi mata melilau juga sekitar kedai. Ya ampun.. Mata TERnampak pula satu set meja makan yang cantik. Tanya harga agak berpatutan pula. Maka, aku pun tempah meja tu untuk raya. ha ha ha.

Jadi betul la orang kata, hidup ni kena ada give and take. Aku tak dapat emas, kasut dan t-shirt, tapi aku dapat perabot. Eh, lupa aku juga dapat pinggan mangkuk dan handbag. Ha ha ha. Anggaplah itu pelaburan jangka panjang.

Friday, August 24, 2007

Banyak perkara yang terjadi sepanjang minggu ni. Ada yang menyesakkan kepala. Ada yang menggembirakan hati. Tidak kurang yang merobekkan beg duit.

Aku malas nak fikir banyak-banyak. Pedulikan semua.

Kalau kamu boleh buat macam tu, jangan ingat orang tidak boleh lakukan yang serupa pada kamu. Malah mungkin kamu bakal merasai sesuatu yang lebih perit daripada itu. Banyak perkara yang kamu perlu belajar. Sepanjang perjalanan ke hadapan, toleh-toleh lah sekeliling kamu. Sesekali pandang juga ke belakang. Adakah yang kamu tinggalkan itu memberi manfaat untuk perjalanan kamu seterusnya atau ia bakal merubah nasib kamu di masa hadapan. Kamu bertanggungjawab menentukannya.

Kamu, kamu dan kamu. Aku sayang kamu. ha ha ha..

dan kamu yang satu lagi, aku juga sayang kamu. Kamu pelengkap hidup aku. Mengerti.

Thursday, August 23, 2007

..::HIDUP ITU INDAH::..

"Tidur lena malam tadi?" tanya Gadis B pada aku pagi ni.

"Ha ha ha.. Leeeenaaaaaa sangat." jawab aku. Ya, sejujurnya tidur aku memang lena setiap hari. Tiada masalah.

Terima kasih kepada teman-teman yang menceriakan hari-hariku.. Hari-hari kita bersama. Walaupun tak sampai ke 'kemuncak' asalkan aku rasa gembira itu sudah memadai setakat ini.. ha ha ha..

Dan terima kasih kepada Amyz sebab hadiahkan aku jam Ikea.. Nanti dah lepas gantung aku ambil gambar dan letak kat blog yach. Ahaks.

Thanks semua.. Hidup itu akan indah jika kita hayati dan nikmatinya dengan matang.

Wednesday, August 22, 2007

..::TERAPI::.

Ooh.. Daripada duduk terperap di pejabat melayan kecewa dan rasa kecil hati, baik keluar dan hiburkan hati sendiri.. Siapa lagi yang nak jaga hati kita kalau bukan diri sendiri..

Demi menggembirakan hati, aku belikan diriku sebuah beg comel dari Lovely Lace. Pejam mata saja.. Esok dah nak gaji.. ini begnya..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

(oohh pesanan buat kawan-kawanku yang dah berhajat nak belikan beg comel itu sempena birthday aku bulan depan, sila cari beg lain sebagai alternatif yach)

Dan untuk perutku yang dikecewakan, aku ubatkan dia dengan Pizza..

Alhamdulillah..
kerana dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi..
..::PERASAAN::..

Hari ni aku sangat kecewa

Tuesday, August 21, 2007

..::TAK FAHAM BAHASA::..

Ada seorang makcik kat pejabat ni yang selalu menyusahkan hidup aku. Dia juga selalu menjadi penyebab orang lain mendapat bala.

Semalam aku dah tak tahan. Dalam email maklumbalas mesyuarat yang aku TOLONG buatkan, aku tulis nota:

"ni maklumbalas yang saya dah buat untuk meringankan beban kerja akak.. Terima kasih banyak-banyak"

(ooh.. sungguh berbudi bahasanya aku)

Tak lama kemudian makcik tu telefon. Mungkin nak ucap terima kasih dan membodek-bodek aku. Maaf. Aku tak jawab sebab serabut kepala otak. Anggap la aku dah balik sejurus selepas email tu dihantar. Boss aku gelakkan aje bila aku jawab macam tu.

Pagi ni datang kerja, rutin biasa check email dulu. Nampak ada balasan daripada makcik tu.

"Memang betul Nida.. Terima kasih banyak-banyak meringankan beban tugas akak hari ini. Tak payah akak taip lagi... Dato' KP akan semak dulu.."

Ya ampuuunnn.. Tidakkah kamu faham apa maksud ku wahai makcik?

Boleh tak jangan kacau hidup aku? Dah nak habis 8 bulan tak kan tak dapat ikut rentak lagi? Apa guna pengalaman kerja 23 tahun lebih tu? Selama lebih 5 tahun aku kat kerusi tu, dan selama setahun aku dok situ 'for free' je, ada aku kacau makcik? Ada ka aku kacau-kacau makcik suruh makcik atau boss makcik yang buat maklumbalas mesyuarat dengan alasan KP takde? Dan TOLOOOOONG la jangan bagi alasan bodoh "banyak surat masuk/keluar nak kena key in", "banyak called masuk", "ramai orang nak set appointment jumpa KP".

Banyak la cikadak makcik. Kalau nak bagi alasan macam tu kat orang yang baru lapor diri, mungkin la orang tu akan jadi tak tentu hala macam makcik sekarang. Jadi kelam kabut macam makcik sekarang. Jadi takut-takut macam makcik sekarang. Jadi benak macam makcik sekarang. Alasan tu tak akan dapat diterima oleh aku yang bukan setakat buat kerja rutin pejabat. Aku juga uruskan perkara-perkara peribadi seperti bayar bill, uruskan pengambilan bibik, hantar gaji bibik ke Indon, bayar duit kereta anak boss, belikan lipstik, maskara, celak kening, belikan tudung, kasut, henbeg boss, pilihkan batik sutera mana yang cantik, hantar dan ambil baju daripada tukang jahit dan macam-macam lagi yang makcik tak akan sanggup nak fikirkan kena buat.

Tolong lah jangan kacau aku. Aku lebih sakit jiwa layan perangai makcik ni daripada layan karenah boss besar yang sorang tu.

Monday, August 20, 2007

Aku jatuh cinta dengan
.
.
.
.
.

Lelaki Ini

Thursday, August 16, 2007

Aku rasa migrain dan sakit jiwa bila menonton drama bersiri Manjalarat di TV3..
Terlalu banyak kebodohan di dalam babaknya..

Tapi

Aku tetap menontonnya..

huk huk huk...

Mungkin daya penarik drama itu hanyalah lelaki yang memegang watak Jofry..
Cute la walaupun sebutan 's' tak berapa betul..

ihiks..

Wednesday, August 15, 2007

..::HAJAT TAK SAMPAI::..

Tak sabar-sabar mahu bertemu dengannya. Perasaan bergelodak. Pintu ditolak. Tergamam seketika bila terpandang seorang wanita manis tersenyum di dalam.

"Ah! Potong stim sungguh!!" bentak dalam hati.

Mahu tidak mahu, langkah terpaksa diteruskan. Pintu bilik ditutup dan dikunci dari dalam.

Termenung. Tiada apa yang dapat dilakukan disebabkan kehadiran orang ketiga. Rasa terganggu.

Selesaikan apa yang patut saja kemudian terus keluar. Tak puas langsung. Kecewa. Apa yang dihajat tak kesampaian. Ntah bila peluang yang sama akan muncul.

Tuesday, August 14, 2007

Memandu sendirian. Melalui jalan utama bandaraya pada waktu puncak. Hujan. Manusia berpusu-pusu mahu pulang ke rumah setelah bekerja.

Dengar radio. Tenang-tenangkan jiwa. Sabar-sabarkan hati.

Tiba-tiba terdengar hon dibunyikan bertalu-talu. Seorang polis trafik dengan motor besarnya sedang mengarahkan kereta-kereta yang bersesak-sesak ini memberi laluan. Sejurus kemudian muncul lagi 2 buah motosikal polis trafik diiringi sebuah kereta mewah meluncur melewati kereta-kereta yang tidak bergerak.

"Arrgh!! Menyibuk saja mahu lalu pada waktu begini!!"

Ntah siapa yang lalu tadi. Ntah ke mana dia mahu pergi. Mudah saja hidupnya. Tak perlu melalui kesesakan lalulintas. Tak adil sungguh.

Tapi kan.. kenapa Sultan Kedah perlu berjalan 2km untuk ke Stadium Batu Kawan tempohari? Mana pergi polis yang selalu membunyikan siren dan hon minta orang awam ini beri laluan? Atau polis di sana mahu golongan atasan juga merasai derita rakyat biasa ini?

"Eh, nanti kena saman pula kalau cakap lebih-lebih dalam blog"

Friday, August 10, 2007

..::TER..::..

Malam tadi
Aku TER pergi Damansara Perdana

Kemudian
Aku TER pergi Ikea

Di Ikea
Aku TER beli barang

Dan
Bajet aku TER lari

ha ha ha






* (macam mana nak kumpul duit nak beli heels Jimmy Choo ni?)

Thursday, August 09, 2007

Baru aku sedar
(atau pun sebenarnya memang sedar)
Rupa-rupanya aku ni
cepat tertarik dengan lelaki
yang pandai menyanyi
dan bermain muzik

Jadi
kepada lelaki-lelaki di luar sana
yang pandai menyanyi dan bermain muzik
berhati-hatilah
anda mungkin akan menyebabkan
aku tertarik dan mengagumi anda
atau lebih bahaya lagi
jatuh cinta pada anda
ha ha ha

Wednesday, August 08, 2007

Sometime
I don't care
.
.
.
Sometimes
I do care
Enough

Tuesday, August 07, 2007

now-i-feel
.
.
.
.
like-no-other

Thursday, August 02, 2007

Maafkan aku

kerana

terlanjur

mencintaimu...

Wednesday, August 01, 2007

..::KEJI::..

Dalam perjalanan balik kerja
lewat petang semalam
Aku terserempak dengan seorang lelaki keji
berpakaian agak kemas
yang sedang bermain-main dengan 'anunya'
berhampiran jejantas 'MAXIS'
di ruang pejalan kaki
menuju ke Stesen LRT Sultan Ismail

WHAT??!!!

Ooohhh, sangka ku
Aku hanya akan terserempak
dengan lelaki keji sebegini
dalam perjalanan berbasikal
merentasi sawah bendang menuju ke sekolah
semasa zaman kanak-kanak dulu

Rupa-rupanya
di tengah bandaraya
seperti Kuala Lumpur pun
ada lelaki keji sebegitu

Kasihan..

Tolong lah
pergi buat kerja yang lebih berfaedah

Monday, July 30, 2007

..::APA MAKNANYA II::..

Sejak semalam
sehingga ke hari ini
Bibir aku
sebelah atas kiri
pula yang rasa bergerak-gerak

Tak.. Tak..
Aku tak suntik botox
atau vitamin C
Aku masih mengekalkan kecantikan asli
dan semulajadi

Friday, July 27, 2007

..::APA MAKNANYA?::..

Hari ni
kelopak mata kiri aku
asyik menggedik-gedik aje
dan aku rasa
sangat tidak selesa

Wednesday, July 25, 2007

..::BILA II::..

sesuatu yang kita risaukan

rupa-rupanya mudah saja nak diselesaikan

cuma perlu sedikit keberanian

dan keyakinan

serta kewarasan




* aku cuma belum cukup berani untuk itu..

Tuesday, July 24, 2007

..::BILA..::..

yang dirancang langsung tidak menjadi..

kegembiraan dan semangat diragut pergi..

meninggalkan ruang-ruang sepi..

tak berpenghuni..

Friday, July 13, 2007

..::SAYA MEMERLUKAN INSPIRASI::..

"Saya memerlukan satu sentuhan sebagai inspirasi untuk menulis" Nida cuba mengadu kepada Cik Daun.

"Kenapa perlu berfikir sedemikian?" Soal Cik Daun.

"Awak perlu mendorong diri sendiri. Cuba awak bayangkan, bila novel awak dicetak dan berada di pasaran, awak hanya perlu menunggu royalti sahaja. Waktu itu, apa saja yang awak mahukan, semuanya boleh". Panjang lebar syarahan Cik Daun kepada Nida.

Nida masih diam memikirkan kebenaran kata-kata Cik Daun. Terbayang di ruang matanya, kebebasan untuk membeli apa saja yang diinginkan untuk rumah barunya. Nida juga terfikir akan tabiatnya yang suka membeli-belah. Jika dia menerima royalti daripada hasil penulisan, di samping gaji yang diterima setiap bulan, wang bukan lagi menjadi masalah besar. Pinjaman pelajaran yang sudah hampir 10 tahun tertunggak boleh diselesaikan bila-bila masa sahaja. Nida memikirkan perkara yang lebih utama.

"Saya menghadapi masalah untuk menulis dalam bentuk dialog dan pihak ketiga" Adu Nida pada Cik Daun lagi.

"Senang sahajalah. Menggunakan pihak ketiga yang paling senang" Pintas Cik Daun mematikan keluhan Nida.

Nida masih muram memikirkan bagaimana harus dia memulakan cerita. Masa yang diperlukan sudah tidak lama. Dia harus cuba untuk memotivasikan diri sendiri jika mahu semua ini berhasil.

Nida mengambil peluang waktu rehat yang panjang pada hari Jumaat untuk berjalan-jalan mencuci mata di pasaraya SOGO dengan harapan di sana nanti dia akan menemui inspirasi yang diperlukan.

Thursday, July 12, 2007

..::RUANG - TERLUANG III::..

..pada ruang yang ditinggalkan
..pada jurang yang terbina
..pada rasa yang tercipta
..pada jiwa yang teraniaya
..pada suka.. duka..
..cinta yang tiada penghujungnya..

Monday, July 09, 2007

..::HOUSEMATE II::..

Mak : Cuda tu tak mau cari kawan serumah ka?

Atam : Hmm.. Tak tau kat dia lah.. Tak kot..
(sambil buat-buat tak faham apa maksud soalan mak)

Ha Ha Ha

Friday, July 06, 2007

..::RUANG-TERLUANG II::..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


..ada rindu menyapa
pada ruang
yang ditinggalkan..

Wednesday, July 04, 2007

..::RUANG - TERLUANG::..


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Berilah ruang.. jika itu yang diperlukan"

Tuesday, July 03, 2007

..::FASA::..

Seorang teman rapat
telah memasuki suku pertama fasa baru
dalam kehidupan
Walaupun pernah melaluinya
lama dulu
Tapi itu zaman geli-geli
yang dah berlalu
Tahniah

Aku
Masih dalam fasa yang lama
Walaupun mungkin
telah mencapai suku keempat
fasa berkenaan

* Rasa mahu celup kaki kat tepi lombong lah

Monday, July 02, 2007

..::KOSONG II::..

Semalam
Aku pergi shopping. Lagi
Kononnya lah. Terapi emosi
Aku yang berhajat nak membeli dan membelah
Akhirnya pulang tanpa beli apa-apa
Sweater yang aku nak pun offernya dah tamat semalam
Lain kali kalau nak shopping sama-sama
lelaki dan perempuan
Perlu 6 jam untuk lelaki
dan 6 jam lagi untuk perempuan, kot?
Baru masing-masing puas hati

Tengah malam sampai jam 2.30pagi
Aku tertengok cerita Ghost kat TV
Cerita yang aku dah tengok banyak kali
Tapi masih boleh tengok lagi, lagi dan lagi
Macam juga cerita Save The Last Dance
atau Pretty Woman atau The Gladiators
pun aku masih boleh tengok banyak kali

Pagi ni mata aku pedih dan merah
tak cukup tidur
Bosannya
Aku rasa nak cuti lagi lah
Esok atau lusa

Friday, June 29, 2007

..::KOSONG::..

Hari yang terasa kosong

Tengahari aku pergi SOGO
Kalau sudah ke SOGO bohong la kalau tak berbelanja
RM bertukar tangan dengan sepasang terompah. Lagi
Mujur juga seluar yang aku berkenan di SODA KIDS
sudah tak ada..

Minggu lepas masa girls out dengan Sal & Daun
Aku beli jacket untuk ke pejabat
Tapi aku juga masih mengintai-intai
blaus Ladylike warna pink yang cantik
dan menutup aurat (Daun dan Sal kata aku sekular sekarang ni)

Bulan lepas saja 3 helai baju aku beli
Sepasang terompah aku sapu
Aku juga beli 3 helai tudung

Perempuan kalau dengan membeli-belah
mudah saja terpengaruh
Walaupun sebenarnya duit yang ada tu
dah diperuntukkan untuk perkara yang lebih utama

Bahaya betul bila menghadapi hari-hari yang kosong
dan perlukan aktiviti membeli-belah sebagai terapi emosi

Wednesday, June 27, 2007

Siapakah sebenarnya kau
yang telah berjaya
membuatkan aku
menangis

Tuesday, June 26, 2007

..::HOUSEMATE::..

Bulan-bulan terakhir berumah di Bandar ES,
aku makin cepat sentap dengan housemate
Dia pun agaknya semakin suka nak buatkan aku sentap

Semalam bertekak-tekak manja lagi
dalam bahasa alien
yang aku faham dan boleh bertutur sedikit-sedikit.

Dia yang mulakan dulu
Geram
Tapi aku diamkan saja
Lebih baik layan TV

Housemate aku bangun pegi dapur
Seketika kemudian kembali ke depan TV
dengan sepinggan french toast
dan ajak aku makan sama

Ha ha ha
aku pun makan 3 keping
sebab lapar sangat
Ha ha ha
Keji kan?

Friday, June 22, 2007

..::AKU NAK IKUT DIA::..

"Aku nak ikut dia, yang ku cinta.

Ku takkan kira, berapa harganya.

Ku tak nak ingat, sama ada ia betul.

Ku tak nak tahu, sama ada dia cinta ku.

Aku nak ikut dia, yang ku cinta."



* Petikan daripada buku himpunan puisi Dendang Cinta karya Bertolt Brecht terjemahan oleh Pauline Fan. Dah setahun Pauline hadiahkan buku ni pada aku dengan ucapan "selamat membaca (dan bercinta)".

Tadi aku kemas kotak di pejabat, aku jumpa buku ni dan baca.
Sangat menarik.
Dan aku rasa ingin bercinta.. ha ha ha

Thursday, June 21, 2007

..::HUJAN::..

Walaupun hujan di dalam
tidak selebat hujan di luar

Tapi suara dan bahasa yang digunakan
oleh Pegawai PTD di corong telefon sebelah sana
sebentar tadi
cukup membuatkan aku rasa

......

ke mana perginya
kempen yang dilaung-laungkan oleh Pak Menteri
dan sia-sia saja di sekeliling pejabat dihiasai
poster dan pelekat-pelekat budi bahasa


* sumpah aku tidak mahu berurusan dengan dia lagi!!!
..::AIR::..

Hairan sungguh
Bil air di rumah sewa ku sekarang ni
mencecah RM53++
Bil sebelum ni pula lebih RM80
Lagi mahal

Duduk 3 orang sahaja
Masing-masing bekerja di siang hari
Ada di rumah cuma waktu lewat petang
membawa ke malam hari

Ish musykil benar aku rasa
Gayanya macam ada kolam renang saja
Ntah-ntah ada yang sembunyi-sembunyi
main air kot?

Wednesday, June 20, 2007

..::DINA (MI) - MALU TAPI MAHU::..

ooooo~
apa harus ku simpan saja~...
cinta yang bermain di jiwa~..
tak mampu lagi ku tunggu..
ku malu tapi ku mahu cinta mu~..

terpana aku tika menuju
di depan mata memanggil nama ku...
menyapa mesra...
berisik nada...menjadi diri rasa bagai melayang

di hati mula tertanya-tanya..
resah gelisah di setiap masa
apakah benar ku susah tergoda?
ku malu untuk menyatakannya

*
ku malu mengaku kau di hatiku...
ku malu merindu kau takkan tahu
ku malu bertemu menatap matamu
ku malu ku pendam rahsia hati ku..(ohhhhh)

**
apa harus ku simpan saja...
cinta yg bermain di jiwa..
tak mampu lagi ku tunggu
ku malu tapi ku mahu cinta mu...

***
diriku bukan lah pujangga...
tapi cuma bermadah kata...
haruskah ku diam saja?...
ku malu tapi mahu cinta mu... (yeaaaahhh, mmmmm)

berdebar-debar..tidak ku sabar...
menanti saat kita bersua..
hendak ku khabarkan hasrat di jiwa..
namun pasti diriku terkaku...

di hati mula tertanya-tanya..
resah gelisah di setiap masa
apakah benar ku sudah sedia...
masih ku malu menyatakan nya...

repeat *, **, ***

oh kasih yg tercipta
pasti tiada tandingan nya
pedih hati ini jika kau tak membalas cintaku yg ada
makin terseksa di jiwa tiap kali ku mencuba..
melagu kata namun lidah ku kelu tak berdayaa~ (uuuuuuu)

oooooowaaaooohh

repeat **, ***, **, ***


* aku terdengar lagu ni dalam radio hari Ahad lepas..
Tiba-tiba aku jadi suka pulak sebab rentaknya yang catchy dan liriknya yang cute..
ahaha...

Monday, June 18, 2007

Pada petang Ahad
Encik A yang bekerja di Syarikat D
dan tinggal di bandar ES
telah belanja Cik N
yang juga tinggal di bandar ES
minum cokelat panas di Hotz Cafe

Soalannya, berapakah harga
pizza yang dibeli oleh Encik A untuk anaknya
walaupun status Encik A adalah berselisih faham

~~~~~~~~~~

Treasure Hunt hari Sabtu lepas cukup
membuatkan tidur aku dibayangi
jawapan-jawapan yang gagal diperolehi..

Namun begitu, kami PUAS sebab dapat kalahkan
team SOLJAH yang jauh ketinggalan di belakang

Ha Ha Ha..

Friday, June 15, 2007

..::MALAM JUMAAT::..

Hajat di hati mahu bersenam
sambil membakar kalori
Maklum la perempuan berisiko tinggi
untuk mengalami 3G
Walaupun sebenarnya lelaki
berisiko mengalami 5G (tanpa mereka sedar)

Tapi, hajat tak kesampaian
bila terbaca notis

"Bazar larut malam Danau Kota dibuka setiap hari
dari jam 11.00malam hingga 4.00pagi
KECUALI hari Khamis
"


Ha ha ha

Tu la
Diaorang menghormati malam Jumaat
Suruh duduk rumah beribadat
atau bersenam dan bakar kalori di rumah aje
Bukan merayau-rayau tengah malam kat luar




* Aku akan ingat sampai bila-bila

Thursday, June 14, 2007

Semalam
Ada sorang makcik terlebih ramah
yang membahasakan dirinya nenek
dan memanggil aku adik
telah menegur, mahu bertanyakan arah

Aku tanya dia tinggal di mana (dengan harapan jangan la sama dengan aku)

"Dekat dengan rumah Cik Lily.. kenal?"

Huk oloh mokcik nih..

Makcik tanya pulak aku dok mana

"Sri Perak" aku jawab ringkas

"Dekat dengan rumah Cik Betty ye?" tanya makcik excited

Saya tau Betty Suarez jer makcik
Tiap malam Selasa dia keluar TV sambil tersengeh-sengeh
Lagipun makcik, ini Key Ell.. Key ELL occay..
Jiran sebelah rumah pun belum tentu orang kenal
Ini kan pula lah ntah sapa-sapa

Sampai di stesen, aku keluar lambat-lambat
dan terus menyimpang ke sebelah kanan
Makcik pula meneruskan perjalanan balik
ke rumahnya yang berhampiran dengan
rumah Cik Lily itu..

Wednesday, June 13, 2007

..::COMEL::..

Kat lobi pejabat aku
ada satu poster baru
gambar budak perempuan
sedang senyum

Comel sangat-sangat

hmmmm

Tuesday, June 12, 2007

..::KENAPA, TAK PERCAYA?::..

Aku mahu pindah rumah
Cari ruang untuk diri sendiri
Ruang yang lebih selesa
dan bebas untuk aku tengok rancangan TV kesukaan
atau mengisi peti ais dengan barang yang perlu sahaja

Dah sebulan aku beritahu teman serumah
agar mereka lebih bersedia
dan terima hakikat
aku boleh keluar bila-bila aku suka
dan tinggalkan rumah tu kekosongan

Tapi mereka tak percaya
Alasannya kerana
Aku tak kemas barang masuk kotak

Berkali-kali aku nyatakan
Barang-barang aku kebanyakannya
memang disimpan dalam kotak
Yang perlu aku kotakkan ialah
baju-baju kerja sahaja

Tapi mereka masih tak percaya
Alasannya kerana
Aku tak kemas barang masuk kotak

Aku tak perlu simpan peti ais
dalam kotak untuk pindah
Aku tak perlu simpan TV
dalam kotak untuk pindah
Aku tak perlu simpan dapur gas
dalam kotak untuk pindah
Aku tak perlu simpan almari baju
dalam kotak untuk pindah

Tapi mereka masih tak percaya
Alasannya kerana
Aku tak kemas barang masuk kotak

Tak apalah kalau kau tak percaya
Aku dah beritahu awal-awal
Jangan nanti bila aku dah angkut barang
Kamu merayu agar aku tunggu sebulan dua lagi
Sehingga kamu boleh mengisi kekosongan
yang aku tinggalkan

Kenapa, tak percaya?

Thursday, June 07, 2007

..::KAKAK ADIK KAKAK::..

Aku cerita pada Daun, aku penat sekarang ni. Kerja di pejabat banyak dan kain baju di rumah juga dah dekat 2 minggu tak berlipat. Timbunan makin meninggi.

Daun dengan suka hati cerita yang walaupun kain bajunya masih dalam beg lepas balik kampung hujung minggu dulu, tapi ia tetap tersusun elok. Adik-adiknya yang tolong lipat dan susun cantik-cantik.

Aku beranggapan mesti Daun jelingkan adik-adiknya. Dengan menundukkan muka, tangan mereka pantas melipat kain baju Daun. Jelingan Daun memang tajam. Sungguh aku pun takut.

Daun menafikan sekeras-kerasnya. Mereka tolong sebab sayangkan kakak yang seorang ini.

Ooohh.. untung Daun sebab dia ada ramai adik perempuan. Yang boleh tolong lipatkan kain. Yang boleh tolong masak-masak bila kakak yang seorang ini malas.

Aku? Aku umpama adik perempuan tu. Yang kena rajin lipat kain baju dan masak-masak bila kakaknya semua dah kawin dan ada anak sendiri.

Bezanya cuma sekarang aku punya anak saudara yang sudah boleh diarahkan bila aku malas-malas buat semua tu. Ha ha ha

Tuesday, May 29, 2007

..::TAHNIAH::..

Adik aku dah selamat menjadi bapa semalam..
Adik ipar aku pula selamat menjadi ibu muda..
Dan dalam tempoh sebulan aku menjadi makcik lagi..
Untuk kali yang ke 30..

Monday, May 28, 2007

Dalam perjalanan balik ke rumah di atas langit
Ada pakcik yang menekan punat lif ke tingkat 12
sedang bermain-main dengan telefon bimbitnya
di sebelah aku

Tiba-tiba, "ini nombor telefon anak saya."
Pakcik tu bersuara sambil menyuakan telefon hampir ke wajah aku

So what?? Giat aku dalam hati.
Aku masih membatu

Telefon masih belum dialihkan, dia menyambung lagi "Tak nak salin ke??"

WTF?? Rasa jengkel dalam hati memuncak

"Tak payah la.." aku jawab dengan sopan

oohhh lif ni terasa lambat benar nak sampai ke tingkat 12
Kenapa aku perlu berada satu lif dengan pakcik ini?
Adakah wajah aku ni nampak macam orang terdesak mencari calon suami?
Hello.. I'm 18_wannabe okay.. ahaks

Sebelum keluar sempat lagi pakcik tadi bersuara "itu anak saya ye.. anak lelaki" sambil tersengeh macam kerang busuk

ooohhh.. please.. please..

Saturday, May 26, 2007

..::TERAPI EMOSI::..

Iye ke membeli belah tu terapi emosi bagi wanita?
Kalau sekali sekala mungkin ada betulnya.
Tapi kalau setiap minggu ada saja yang dibeli,
itu sudah dikira terapi poket.
Betul tak?

Ha ha ha
Tepuk poket, tanya isinya

Friday, May 25, 2007

Teman..

Maafkan aku atas keterlanjuran
kata dan tutur bicara

Wednesday, May 23, 2007

Berbicara soal jodoh dengan seorang teman

katanya bahawa jodoh tu kadang-kadang bukan sesuatu yang boleh dirancang

katanya lagi semakin dikejar, semakin menjauh ia

Jadi, bersabarlah

Andai dah tertulis sedemikian untuk kita

Suatu hari pasti ia akan datang juga

Wallahu'alam..

Monday, May 21, 2007

Jika anda gian sangat nak menelefon seseorang
telefon la pada waktu yang bersesuaian

Kalau dah telefon pada pukul 12.00 tengah malam
atau pukul 1.00 pagi
dan panggilan tidak berjawab
selepas sekali atau dua kali mencuba
sudah-sudah la dail
tak payah la nak telefon sampai 5 hingga 10 kali
Bodoh betul!!
Mengganggu orang lain yang nak tidur
Faham tak??!!!

Dan orang yang ditelefon tu pun
kalau tak nak jawab panggilan, off je handphone tu
atau letakkan ia dalam mode senyap
supaya tak ganggu orang lain
atau kalau kau memang tunggu panggilan
dan nak pergi dating pukul 1 - 2 pagi
apa barang yang kau tidur mati??

Nak je aku campak telefon kau tu keluar tingkap
tau tak??

Friday, May 18, 2007

..::PINJAMAN::..

Kerajaan Malaysia sungguh baik hati
Macam-macam kemudahan pinjaman diberikan kepada rakyatnya
dan terbaru ialah pinjaman untuk menunaikan haji dan umrah
kepada belia sebagai galakan

Berita penuh di sini

Hmm bukankah dalam Rukun menyebut
"menunaikan haji di Makkah bagi yang berkemampuan"?
ooohhh.. Hadharinya

Tuesday, May 15, 2007

Hari ni birthday mak aku
Sama gak dengan birthday adik aku

Errr.. baru sedar
Dah hampir-hampir 30 tahun aku hidup
Aku tak pernah belikan hadiah birthday untuk mak
*Insaf seketika*

Tapi kasih sayang tak semestinya ditunjukkan dengan harta benda kan?

Monday, May 14, 2007

Middle age crisis?

Tiba-tiba
aku rasa mahu pindah rumah
dan
tinggal sendirian..

Jadi
hujung-hujung minggu
bolehlah aku anjurkan
party untuk 'gadis-gadis kesepian'
ahaks



*Lagi kisah middle age crisis di sini dan sini

Wednesday, May 09, 2007

Hari ni
aku syak
aku sakit mata

kepada
yang memandang mata aku
masa berbual dalam LRT tadi
berhati-hati ya
anda mungkin akan terkena jangkitan

Tuesday, May 08, 2007

..::HAIRAN::..

Pagi tadi aku ambil periksa
Penilaian Tahap Kecekapan
Tahap II

Dalam ramai-ramai calon
aku sorang saja berumur di bawah 30 tahun
dan tentunya
aku sorang saja yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun

Mana teman-teman seangkatan aku?
Sibuk menguruskan suami dan anak-anak ke?

Monday, May 07, 2007

..::Ekstra Perhatian Bukan Masalah::..

Pink Platun

Akan Menemui Anda Tidak Lama Lagi

Thursday, May 03, 2007

Semalam dapat sms daripada seorang teman
Minta alamat
mahu hantar kad katanya..

Waaah.. tentu mahu hantar kad yang ada wangi-wangian
Tak kan nak hantar kad ucapan Secretaries Week pada aku kot
ahaks

Katanya ada sebab kenapa majlis diadakan tergesa-gesa
dalam masa terdekat
oohh.. tidak mengapa
Jodohnya sudah tiba
Walaupun jauh menyeberang sempadan negeri

Tahniah dahulu daripada aku
Ada rezeki
Tiada apa aral
InsyaAllah aku menyusul di majlis nanti



* Daun, Sal, Amyz & Nett : tidak rasa mahu terjun lombong sama-sama kah?

Tuesday, April 24, 2007

.::PERTEMUAN vs PERPISAHAN::..

Pertemuan dan perpisahan
adalah lumrah kehidupan

Bila bertemu
tak selamanya kita akan terus dipertemukan
satu hari perpisahan mungkin terjadi

Bila sudah berpisah
tidak bermakna juga akan terpisah selamanya
kita mungkin akan bertemu semula
walaupun dalam suasana
atau keadaan yang jauh berbeza

Tanpa kita sedar
AturanNya itu bersebab
Ada hikmah di sebalik semua
pertemuan dan perpisahan



* Untuk jiran sebelah tembok, selamat ulangtahun perpisahan kita
* Untuk Imie, selamat ulangtahun kelahiran

Semoga persahabatan antara aku dengan kalian berpanjangan

Monday, April 23, 2007

AMARAN : Ini mungkin siaran ulangan


Jika anda tidak pasti status
mereka yang sedang bercakap dengan anda
di hujung talian sana
tolong lah tanya dahulu
sebelum anda pandai-pandai
memanggilnya dengan panggilan puan
OK!

Saturday, April 21, 2007

..::SAHABAT vs KEKASIH::..

Ramai orang tidak percaya
dengan perhubungan sahabat
di antara lelaki dan perempuan
kerana selalunya
pada pengakhiran, salah seorang mesti terjatuh

Bila situasi sebegitu terjadi
Maka, beberapa kemungkinan akan terjadi

* Kasih dibalas dan mereka jadi pasangan - bahagia
* kasih tidak dibalas, namun mereka tetap menjadi sahabat
* Kasih ditolak lalu mereka memutuskan persahabatan - jadi musuh mungkin

Jarang ada yang boleh bertindak profesional dalam menangani situasi macam ni kan?

Dan yang sering kita dengar, bila kasih tak berbalas, putus sahabat!!
Paling teruk ada dendam antara mereka.

Macam tu juga situasi sebaliknya.
Bila satu-satu pasangan dikatakan tiada jodoh
Perhubungan yang selama ni indah TERPAKSA diputuskan
Dan tak ramai juga pasangan yang kita jumpa boleh bersahabat dengan bekas kekasihnya

Kenapa ya?

Friday, April 20, 2007

Alhamdulillah..

Baru semalam risau-risau
Hari ni dah dapat SMS daripada abang ipar
Kakak aku selamat melahirkan bayi perempuan
seberat 3.26kg secara pembedahan

InsyaAllah bulan depan sorang lagi bakal menyusul
Dan hujung tahun sorang lagi

Eerrr.. Bila pula produk aku nak terhasil?
Ha ha ha

Thursday, April 19, 2007

..::RISAU::..

Kakak aku kat kampung sepatutnya bersalin anak pertamanya 11 April yang lepas
Tapi sampai hari ni belum ada khabar berita

Hari Isnin lepas dah masuk wad
Doktor kata akan induce pada hari Selasa

Kelmarin mak kata doktor nak suruh cuba bersalin secara normal
Tapi tak tahu lah macam mana
Baby besar dan berat. Tak padan dengan body maknya

Dah seminggu terlebih daripada tarikh yang sepatutnya
Agaknya baby tu tengah pilih tarikh nak lahir kot?





* Risau - membuatkan aku rasa nak balik kampung minggu depan..
Balik aje lah kan.. peduli apa dengan kerja

Wednesday, April 18, 2007

Mengapa
Dalam mimpiku
Selalu ada
kamu..

Tuesday, April 17, 2007

..::MARAH::..

Hari ni banyak perkara yang membuatkan aku tak dapat nak mengawal kemarahan

Marah dengan keadaan sekeliling
Marah dengan karenah birokrasi yang melampau
Marah dengan syarikat penerbangan yang baru nak hidup tapi tidak menyediakan perkhidmatan yang boleh membantu untuk menaikkan imejnya

Marah dengan macam-macam perkara
Sehingga tahap aku menangis pada diri sendiri

Maaf kepada teman-teman yang terkena tempiasnya

Monday, April 16, 2007

Kawan aku pernah cakap
suruh revise kriteria yang aku letak kepada mana-mana lelaki yang ingin bersama dengan aku

Terfikir pula
Tinggi sangatkah penanda aras yang aku letakkan?

Tidakkah lelaki juga punya kriteria yang tertentu dalam memilih wanita sebagai teman hidup?

Aku tak minta lebih
Cukup sekadar aku senang dengan sesuatu keadaan itu
secara semulajadi
dan aku tahu
tak selalunya kita dapat apa yang terlalu kita inginkan

Friday, April 13, 2007

Aku
buat-buat tak nampak orang di fountain tu

Aku
buat-buat tak dengar bila orang tu wisel-wisel memanggil

.
.
.
.

Kejam kah aku?

Wednesday, April 11, 2007

Aku baca Ajid. Dia tagged aku tentang 6 perkara pelik yang selalu aku buat. Tapi tak ada perkara yang pelik dalam diri aku. Rasanya. Kemudian aku baca pasal tag dekstop ni. Katanya sapa yang baca secara automatik ter'tagged' sama. Jadi aku tagged diri sendiri.

Layan.



Itu lah desktop aku yang teratur dan taksbar yang diautohide. Wallpaper yang keji kerana letak muka sendiri. Ha ha ha. Aku suka sebab gambar ni ada jiwa. Gambar gedik dan poyo semasa majlis perkahwinan kawan aku di KGPA, Bukit Kiara. Aku akan tukar wallpaper mengikut mood. Tapi selalunya memang gambar orang macam gambar gathering atau lain-lain acara dengan kawan-kawan. Kepada kawan aku yang mukanya takde kat wallpaper ni, jangan sensitif tau. Mungkin lain kali wajah anda pula akan tertera di desktop aku. ahaks.

Aku tak nak tag sapa-sapa sebab nanti orang yang aku tag tu ntah baca atau tidak blog aku ni. Tapi aku teringin nak tengok desktop PM, Sammy Vellu dan Lim Keng Yeik. Ha ha ha. I like it!!

Tuesday, April 10, 2007

Ada orang menagih kasih aku

Tapi

Aku pula mengharapkan yang lain
.
.
.
.
.
.
.
Cuma

Berbaloikah?

Monday, April 09, 2007

Sebentar tadi
Aku pergi makan
Sorang-sorang
Dalam perjalanan balik aku terfikir sesuatu

Bila makan sorang
sepinggan nasi pun aku boleh habiskan
tapi bila makan berteman
nasi yang separuh pun rasa payahnya nak dimasukkan ke dalam anak tekak

Hmmm.. apakah itu maknanya berdua lebih baik?

Saturday, April 07, 2007

..::APA CERITA::..

Semalam dapat sms
Ajak minum-minum lepas kerja

Eh, tiba-tiba saja
Macam ada apa-apa
Kali terakhir jumpa selepas raya cina
Kemudian terus sepi

Berdebar-debar?
Ha ha ha
Tak adalah
Rasanya dah jadi biasa

*senyap*

Aku tanya apa tujuan sebenar dia ajak aku minum
Dia senyum tanpa jawapan
tapi cerita tentang itu dan ini
tentang teman-temannya yang aku kenal
Tiba-tiba dia bagitahu dah berenti kerja di J*B
dan sekarang bekerja di sebelah menara pejabat aku

Hah??

Bermakna pejabatnya dan pejabat aku hanya dipisahkan oleh tembok batu
dan ada pagar kecil yang menghubungkan antara 2 menara ini

Alahaiii..
Adakah itu perumpaan aku dengan dia juga?

Friday, April 06, 2007

Ooohhh kalau setakat kamu pakai gaun melekap yang terdedah sehingga menampakkan longkang dan berpusing-pusing sambil menyinsing kain hingga paras *toot*, kamu fikir kamu pandai menari?

Atau kamu yang bekerja tetap di institusi kewangan, kemudian menggeletis dengan pakaian dan lagak seperti bekerja sambilan di kelab-kelab erotik, fikir kamu pandai menari?

Memalukan saja
Kalau nama kamu Janet ke, Jennifer ke, Beyonce ke boleh dimaafkan.
Ini nama kamu bermula dengan Nurul dan Nik

Tertanya aku di mana letaknya malu wanita akhir zaman ni ya?
Entah lah

Thursday, April 05, 2007

Tiba-tiba sehelai memo melayang ke dalam tray


Kepada : Semua Warga JK*KN
Perkara : Arahan Bertugas Pada Hari Sabtu & Ahad (7 & 8 April 2007)

2. Adalah dimaklumkan bahawa tuan/puan dikehendaki hadir bertugas di pejabat pada 7 dan 8 April 2007 (Sabtu dan Ahad) bermula jam 11.00 pagi. Pakaian adalah bersopan.(takut nanti ada yang datang pakai skirt ngan baby-T aje)

3. Tujuan bertugas adalah untuk memberi tumpuan kepada perkara-perkara berikut:
i. Program Pertabalan SPB YDP Agong
ii. Program Kemerdekaan
iv. Program/aktiviti induk JK*KN

~~~~~

WTF!!!! Tak ada kaitan langsung dengan aku

Apa guna PM bagi masa bekerja 5 hari seminggu kalau hujung minggu yang sepatutnya dapat kita peruntukkan untuk diri sendiri dan keluarga pun dicuri??

Mujur juga dalam memo tu tak ditulis

"Surat Tunjuk Sebab akan dikeluarkan kepada mana-mana pegawai dan kakitangan yang engkar"

ooohh.. kalau ditulis pun
nanti aku jawab la Surat Tunjuk Sebab tu dengan alasan

"saya pergi mengebur di Bukit Belacan"

Boleh Dato'?

Tuesday, April 03, 2007

Kawan aku cakap
Aku dilihat kurang sesuai
untuk menonton filem yang diklasifikasikan sebagai 18PL, 18SX atau 18SG

kerana
secara fizikalnya aku kelihatan seperti
remaja di bawah umur 18 tahun saja

Aku?
Rasa berbunga-bunga
lalalalala

Monday, April 02, 2007

Aku benci
bila tiba-tiba ada rasa cemburu
wujud dalam diri
tanpa diundang

Betul ke cemburu itu tanda sayang?

Thursday, March 29, 2007

Nida hari ini bukan Nida yang dulu lagi

Nida hari ini sudah pandai zip file dan sudah ada winzip di komputernya



Nida yang dulu cuma pandai unzip sahaja

Monday, March 26, 2007

Ooh.. baru dapat pemakluman
Ada masalah dengan pencawang elektrik di bangunan ini
Bekalan elektrik akan dimatikan bermula jam 12.30 tengahari hingga 5.00 petang ini
Jadi, apa nak buat kan?
Balik rumah, atau pergi shopping?
ahaks..

Friday, March 23, 2007

..::HARI INDAH AKU::..

Lega
Bila penghujung hari bekerja tak sehitam permulaan minggu
Dari awal pagi kawan sepejabat hairan kenapa aku nampak gembira saja

Ha Ha Ha

Tak tahu lah
Tapi hari ni aku cukup bersemangat walaupun matahari malu-malu di balik awan
Tengah hari pergi SOGO - terapi diri
Sambar satu high heels yang seksi
Minggu depan boleh la bergaya dengan heels baru

Oohh..
Hari ini hari yang sungguh indah bagi aku
Lalalala

Monday, March 19, 2007

..::ISNIN YANG HITAM?::..

.......
......
.....
....
...
..
.

Kepala rasa macam nak pecah

Mujur boss aku ambil cuti kecemasan hari ni

Thursday, March 15, 2007

..::SUATU WAKTU DAHULU::..

Seketika. Aku teringat pada teman lama. Bukan. Bukan cinta pertama. Tapi teman berutus surat.

Dia teman sekelas waktu tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Tingkatan 4, aku berpindah ke Vokay Taiping dan dia berpindah ke Teknik Penang. Dari situ bermula episod berutus surat di antara kami.

Warkah demi warkah bertukar tangan. Macam-macam cerita dikongsi bersama. Gambar terbaru juga tak lupa dikirimkan. Dan, dia juga pernah mengutus surat bersama taburan bedak Romano di dalamnya. Mabuk seketika.

Hampir setahun di teknik, dia kembali ke sekolah lama. Mungkin tidak betah di sana. Namun, kami masih berutus surat. Sehingga satu ketika.

Tiba-tiba aku terlupa bagaimana berakhirnya episod ini. Cuma yang aku ingat, dia punya teman wanita, juga bekas rakan sekelas aku dulu, yang tidak 'merestui' persahabatan kami ini. Kami terputus hubungan. Begitu saja.

Terakhir aku dengar dari kakak aku yang bersahabat dengan kakaknya, dia kini seorang pendidik.

Seketika. Aku teringat pada teman lama. Bukan. Bukan cinta pertama. Tapi teman berutus surat.






* Aku tak dapat lelapkan mata, jadi aku taip catatan ni secara offline.. 15/03/07 01:06pagi

Tuesday, March 13, 2007

Tadi,

Menunggu nombor giliran. Lagi.
Lama. Sungguh. Sampai khatam satu Kudeta aku baca.
Bila nombor dipanggil, seorang pakcik melayan aku di kaunter dengan ramah sekali.

Sejuk.


..::kadang-kadang benda yang simple pun boleh buat kita rasa ok::..

Monday, March 12, 2007

..::SANGGUP::..

Mood PMS membuatkan aku sanggup melakukan apa saja untuk terapi jiwa..

* Pergi Giant beli roti, aiskrim, susu segar dan pencuci muka (eh, ini bukan makanan)..
Balik makan kat bilik, boss cakap aku 'jaga tubuh'.. Ha ha ha

* Redah hujan lebat pergi naik monorail ke Stesen Raja Chulan..
Oh, dalam redah hujan tu aku sempat berbuat bakti, menumpang-payungkan seorang anak muda yang juga nak ke stesen monorail.. Tapi aku tak jadi mengorat sebab dia panggil aku kakak..

* Jalan kaki dari Stesen Raja Chulan ke Kompleks Kraf..
Ada orang dari Restoran Seri Melayu pun naik shuttle bus ke Kraftangan..

* Aku cuma mahukan terapi jiwa.. jadi semua duit aku tinggalkan di pejabat.. dan aku berjaya membuatkan jiwa meronta-ronta untuk beli batik yang berkenan di hati..



..::terasa seperti kehilangan sesuatu::..

Friday, March 09, 2007

..::SENSASI::..

Kawan aku bagitau dia cuma masuk blog aku seminggu sekali.
Sebab aku jarang update,
dan kalau aku update pun, tak sampai 5 saat baca dah habis..
Lagipun yang paling utama katanya blog aku tak SENSASI..

uuhh.. Sensitif tau.. ahaks!

Aku menulis bukan untuk mensensasikan diri..
Cerita apa yang aku buat tiap hari..
Cerita hal-hal yang kadang-kadang tak sepatutnya pun didedahkan dalam blog..
atau letak nama blog yang sensasi?

Ha ha ha..

Aku tak perlukan semua tu..
yang kelihatan murahan..

Sebab aku tahu SENSASI aku di mana..

Wednesday, March 07, 2007

..::SENSITIF TAU!::..

Menunggu nombor giliran dalam pejabat pos yang lembab
dengan perut lapar gila
di tengahari panas terik
membuatkan aku rasa nak menangis
dan menjerit-jerit..

Mujur aku masih waras
Tapi aku tak dapat mengawal ekspresi wajah
Mencuka

Hilang seri baju KUNING yang aku pakai hari ni..

Tuesday, March 06, 2007

..::BUNGKUSAN::..

Yey!! Hari ni bungkusan yang aku tunggu-tunggu dah sampai.
Jaket yang tertinggal di hotel masa pergi Cameron Highland minggu lepas selamat 'pulang' ke pangkuan ku..
Terima kasih banyak-banyak kepada kakitangan Hotel Rosa Passadena yang jujur dan amanah serta baik hati.

Cuma, aku masih ternanti-nanti bungkusan mengandungi buku yang dipesan melalui 'surat rasmi' tempoh hari. Mana ek?

Thursday, March 01, 2007

Kegembiraan bercuti di Cameron Highland pudar apabila sampai di rumah dan unpack, didapati rupa-rupanya aku tertinggal jaket denim kesayangan dalam almari di bilik hotel.

Tapi aku kembali lega. Pihak hotel simpan jaket tu dan aku cuma perlu membayar RM15.00 kepada pihak hotel untuk pos, instead of beli jaket baru dengan harga yang tentunya berpuluh-puluh Ringgit.

Jodoh aku masih panjang dengannya.. ahaks

Tuesday, February 27, 2007

..::22 TAHUN DALAM 2 JAM::..

Walaupun bukan dengan berpakaian Yukata, geisha versi perempuan Melayu terakhir begitu setia mengipas Sensei yang berpeluh. Bukan hanya kerana bilik yang aircond lemah syahwat tetapi juga kerana di kelilingi 3 dara yang manja dan pandai mengusik.

Demi ilmu yang begitu berharga, 3 dara pingitan sanggup lakukan apa saja untuk Sensei.

Mujurlah kunjungan kedua Sensei sendirian. Jika bersama pembantu seperti kunjungan di pagi hari, pastinya pembantu yang masih muda akan menjadi rebutan gadis-gadis kipas.


Lagi Geisha :
Cik Daun - Kipas Susah Mati
Amyz - Sensei Yang Berpeluh