Siri mahu menjadi ala-ala Martha Steward dan Cheff Wan.
Kawan aku buat blueberry cheesecake. Aku rasa hebatnya. Sungguh. Sehari sebelum tu dia buat kuih nagasari. Dapat pujian daripada teman serumahnya yang selama ni selalu saja komen ketidak sempurnaan hasil masakannya.
Aku tanya kenapa minggu ni dia ala-ala Martha Steward?
Katanya, kalau dia masak sardin saja mesti aku tak rasa hebat pun. Nampak hebat hanya kerana blueberry cheesecake. Ha ha ha.
"Yang kau masak ala-ala Cheff Wan tu, aku tak bising pun." Katanya.
Ha ha ha.. Mana ada. Aku masak campak-campak saja. Tak merasa pulak tu. Tapi ya, hasilnya sedap. (Siri puji diri sendiri juga)
Kami ketawa.. dan kemudian sama-sama setuju bahawa memasak juga merupakan satu terapi.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
2 comments:
wahh. kalo tentang masak2 ni, aku tak berani nak komen.
tanya pada yang pakar~ *sambil tunjuk cik nida*
hahahaha.
AMYZ :
Babe, Martha Steward lebih hebat daripada Cheff Wan lah..
So, siapa yang pakar?
Cik Nida ke kawan dia tu..
ahaks..
Post a Comment