Sunday, December 02, 2007

..::MASKARA 5 - MALAM PEREMPUAN-PEREMPUAN::..



Jangan ingat kelab malam atau panggung wayang saja yang ada Ladies Nite. Kami pun ada. Jadi marilah sama-sama meramaikan majlis sambil menghayati santapan halwa telinga dan menikmati pemandangan indah ciptaan Allah. Anda pasti mencapai kepuasan.

~~~~~~~~~~~~~


Malam Perempuan-Perempuan yang memang hebat!! Superb!!
Kehadiran melebihi biasa. Penuh! Bak kata Ummu Hani, tak pernah dia lihat rumah PENA sepenuh ini. Makanan & minuman yang disediakan juga habis tak sampai 10 minit masa rehat berlalu. Ha ha ha.

Ya, inilah penangan perempuan-perempuan. Hinggakan lelaki-lelaki tidak boleh duduk diam lalu memonopoli sesi 'open-mic'. Mereka juga mahu mendedikasikan sesuatu untuk perempuan-perempuan yang ada di sekeliling.

Walaupun MASKARA 5 ini tamatnya lebih lewat daripada sesi MASKARA sebelum-sebelum ini, tetapi semuanya senyum kepuasan. TERIMA KASIH kepada semua yang datang memberi sokongan. Terima kasih kepada Darekampo kerana mengizinkan karyanya aku baca dalam MASKARA.

MASKARA 5 cipta sejarah dan penutup yang indah untuk MASKARA 2007. Jumpa lagi MASKARA akan datang pada Februari 2008.

Laporan daripada perempuan di sini
Laporan daripada lelaki di sini
dan
gambar cantik daripada perempuan di sini
gambar cantik daripada lelaki di sini

11 comments:

Anonymous said...

puas?

define puas plzzzzzzzzzzzzzzz

ahaks...

Nida Shaari said...

IWAN :
Terpulang kepada apa tafsiran kau..

ahaks

Amyz! said...

terima kasih. mihun goreng yang sedap. nyum nyum. hahaha

;-)

Nida Shaari said...

AMYZ :
Ha ha ha.. ada orang sms minta aku emailkan resepi taww..

Tok Rimau said...

Jgn merajuk lama-lama, abang gerai tu bukan peduli pun.

sinaganaga said...

Sajak kau memang best. Tahniah. I love you. Ha ha.

Nida Shaari said...

TOK RIMAU :
Ha ha ha.. Dah tak merajuk sebab air bandung dia sedap!!

NAGA :
Tu bukan sajak aku. Tu sajak Kampo. Aku tolong bacakan je. Untuk penuhi impian dia.

Ha ha ha..

I love you too..

azieazah said...

Wow NIDA...
Kulaan ku yang kecil tapi hebat..!
Nice met U..

Terimakasih dan Syabasss..!

dugongsenyum said...

Pasti orang yang sms minta resepi tu hensem orangnya. Hahaha

Anonymous said...

memang puas, tak sedar pun masa berjalan..! Madu, lepas ni kena ingat: MADU MADU MADU!

Nida Shaari said...

KAK AZIEAZAH :
Ha ha ha.. rasa kecil dunia ni, bila terjumpa macam tu.

Thanks!! Akak memang havoc

BASRI :
eeeiiiuuooo... apa kaitan hensem dengan minta emailkan resepi?

FADZ :
Ha ha ha.. perempuan-perempuan ini telah meletakkan penanda aras yang tinggi untuk MASKARA akan datang kan?

Ya.. mudah je nak ingat. Madu itu penawar dan boleh jadi racun juga. ahaks!