Tuesday, August 14, 2007

Memandu sendirian. Melalui jalan utama bandaraya pada waktu puncak. Hujan. Manusia berpusu-pusu mahu pulang ke rumah setelah bekerja.

Dengar radio. Tenang-tenangkan jiwa. Sabar-sabarkan hati.

Tiba-tiba terdengar hon dibunyikan bertalu-talu. Seorang polis trafik dengan motor besarnya sedang mengarahkan kereta-kereta yang bersesak-sesak ini memberi laluan. Sejurus kemudian muncul lagi 2 buah motosikal polis trafik diiringi sebuah kereta mewah meluncur melewati kereta-kereta yang tidak bergerak.

"Arrgh!! Menyibuk saja mahu lalu pada waktu begini!!"

Ntah siapa yang lalu tadi. Ntah ke mana dia mahu pergi. Mudah saja hidupnya. Tak perlu melalui kesesakan lalulintas. Tak adil sungguh.

Tapi kan.. kenapa Sultan Kedah perlu berjalan 2km untuk ke Stadium Batu Kawan tempohari? Mana pergi polis yang selalu membunyikan siren dan hon minta orang awam ini beri laluan? Atau polis di sana mahu golongan atasan juga merasai derita rakyat biasa ini?

"Eh, nanti kena saman pula kalau cakap lebih-lebih dalam blog"

4 comments:

Amyz! said...

memang diorang suka menyemak waktu-waktu sesak! menyampah!

Anonymous said...

polis trafik bahagian istiadat protokol bukit aman lagi pro bab escort, trafik negeri ni, tak pandai, kadang kadang, depa dah lepas depan, vip terlekat kat belakang.

cik puan daun said...

sabar jer laa.. kita bkn VIP.. kita BIP (Bukan Important People)

Nida Shaari said...

AMYZ :
aku suspek kau akan cepat kena darah tinggi.. hik hik hik

AJID :
hik hik hik sebab tu aku xmau balik state :p

DAUN :
ha ha ha