Thursday, March 15, 2007

..::SUATU WAKTU DAHULU::..

Seketika. Aku teringat pada teman lama. Bukan. Bukan cinta pertama. Tapi teman berutus surat.

Dia teman sekelas waktu tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Tingkatan 4, aku berpindah ke Vokay Taiping dan dia berpindah ke Teknik Penang. Dari situ bermula episod berutus surat di antara kami.

Warkah demi warkah bertukar tangan. Macam-macam cerita dikongsi bersama. Gambar terbaru juga tak lupa dikirimkan. Dan, dia juga pernah mengutus surat bersama taburan bedak Romano di dalamnya. Mabuk seketika.

Hampir setahun di teknik, dia kembali ke sekolah lama. Mungkin tidak betah di sana. Namun, kami masih berutus surat. Sehingga satu ketika.

Tiba-tiba aku terlupa bagaimana berakhirnya episod ini. Cuma yang aku ingat, dia punya teman wanita, juga bekas rakan sekelas aku dulu, yang tidak 'merestui' persahabatan kami ini. Kami terputus hubungan. Begitu saja.

Terakhir aku dengar dari kakak aku yang bersahabat dengan kakaknya, dia kini seorang pendidik.

Seketika. Aku teringat pada teman lama. Bukan. Bukan cinta pertama. Tapi teman berutus surat.






* Aku tak dapat lelapkan mata, jadi aku taip catatan ni secara offline.. 15/03/07 01:06pagi

4 comments:

amyz! said...

Seronoknya ada kawan macam tu. Hubungan rahsia gitu. Haha. Comelnya!

nett said...

aku sedang mencari teman untuk berutus surat.

sudikah kamu?

KiMi said...

aku pun dulu ada teman berutus surat centu.Pompuan
aku kat uia, dia sekolah lagi,SMKASAS.
Pastu lepas dia abes skolah,
dari surat, maju sikit ke SMS.

Sekarang, Surat tak payah,
SMS pun tak payah.
hari2 jumpa,tidor pun sekatil,
ujung minggu, dia ikut aku balik umah mak aku.

madulebah said...

AMYZ : Ahaks.. mana ada rahsia pun.. kalau rahsia awek dia xkan tau..

NETT : Oh, demi mu, sejuta kali aku bersetuju..

KIMI : Ceh! Hampeh je.. Pastu selongkar kotak cari surat lama, bacakan kat dia no..
Kirim salam la kat dia, ucap tahniah sebab dia memang bertuah :p