"Weh, haritu hang kata aku kena saman, berapa lebih had laju?" Aku memulakan soalan kepada si Peguam
"90km/j" jawab Si Peguam ringkas.
"Huh!! Lebih banyak tu ja? Hari-hari aku bawak keta 100 km/j. Apa kelas bawak 80km/j je kat highway Seremban - KL." Aku mempertahankan diri.
"Hang jawab la macam tu kat Majistret." Kata si Peguam.
"Dah aku balik kerja pun pukul 11.00 - 12.00 malam, apa barang nak bawak 80km/j ja." Aku masih mempertahankan hujah.
"Woho.. Kalau aku yang jadi Majistret aku sumbat hang dalam lokap 3 hari." Si Peguam cuba menakutkan aku.
Hmmmmm..
Aku kena saman. Pertama kali dalam sejarah aku bawa kereta. Memandu melebihi had laju di Lebuhraya Seremban - Kuala Lumpur.
RM300.00 jumlahnya. Tak boleh kurang ke?
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
3 comments:
Wah. Ingatkan peguam ni patuh undang2. Rupanya langgar juga ya? Hahaha.
Ko tunggu bila PDRM buat diskaun 50% nanti. Adaaa... ;)
macam ops SIKAP je
kalo ye usah harap nak nak diskaun..hahaha
p buat OT byk2 sket
AMYZ :
Si Peguam tu awal2 lagi kena saman. Polis tahan sebab dia memotong bukan di tempat yang sepatutnya. Tapi sebab dia Peguam dan bapa mertua dia polis.
SIEW :
Tarikh yang saya kena tu bukan dalam tempoh ops SIKAP..
eerrr saya sentiasa berSIKAP sopan di jalan raya..
memang tengah pulun OT pun sekarang ni.
Post a Comment