Showing posts with label catatan perjalanan. Show all posts
Showing posts with label catatan perjalanan. Show all posts

Tuesday, May 01, 2012

..::2 JAM ITU::..

Sambung cerita perjalanan nak datang Bangkok.

Penerbangan jam 3.15ptg MH782 dari KLIA. Bertolak dari rumah mertua di Seremban jam 10.00pagi. Alhamdulillah semuanya lancar.

Kakak-kakak saya dengan anak-anak saudara datang memeriahkan suasana. Lepak-lepak sekejap sambil berkelah makan-makan. Lepas diaorang balik, kami pun masuk dalam untuk ke balai berlepas. Kena naik keretapi. Pengalaman petama saya. Tapi tak dapat nak ambil gambar sebab kena handle bayi yang sedang membesar. Solat siap-siap dan tunggu pintu dibuka.

Kapalterbang berlepas tepat pada masanya. Eeer.. tiba-tiba tak berapa rajin nak menaip banyak-banyak. Tengok gambar sajalah ya.

..::Tunggu kapal terbang AirAsia melintas::..


..::Ok dah boleh terbang::..


..::wah boleh nampak bangunan Kementerian kat Putrajaya::..


Dulu saya pernah terbang sendirian dengan Muhammad ke Singapura. Nak tulis entry tu pun tak terbuat lagi. Konon nak cerita pengalaman terbang sendirian dengan bayi berumur 6 bulan. Terbang kali ni, Muhammad dah setahun 6 bulan. Dah besar. Dan saya terbang dengan suami ada bersama.

..::Dah masuk dalam perut kapal terbang::..


..::Susukan bayi sebagai langkah mengurangkan tekanan pada telinga sewaktu berlepas::..


Dan hasilnya, tidur nyenyak sampai la dah nak keluar dari kapalterbang::..


Disebabkan Muhammad tidur dapatlah saya ambil gambar.

..::Langit biru. Subhanallah::..


..::Pemandangan bumi Siam dari udara::..


Alhamdulillah selamat sampai jam 4.20 petang waktu tempatan. Dan, segalanya bermula di sini.


ok. babai.
















Monday, April 30, 2012

..::KALAU NAK PINDAH RUMAH TAK PAYAH FIKIR BERAPA KILO NAK BAWA::..

Ini cerita tertunda.

Seminggu sebelum berlepas, saya agak stress menguruskan barang-barang yang nak dibawa. Perlu fikir keutamaan. Kalau nak ikutkan semua benda nak angkut. Packing masuk beg, timbang. Packing masuk barang dalam kotak, timbang. Macam Mr. Bean pun ada. Sampai hujung-hujung tu penimbang pun dah jadi pening.

Kakak saya kata itu belum packing barang nak pindah rumah.

Huh, bukan saya tak pernah pindah rumah. Pindah pejabat pun dah 3 - 4 kali. Kalau nak pindah rumah atau pejabat tak payah risau dan fikir berapa kilo kita nak bawa, 30 tan pun tak apa. Ini dengan bajet 40 kilogram, apa sangat yang boleh dibawa.

Dan, packing punya packing dengan beberapa kali punggah keluar masuk dari kotak ke dalam beg dan ke dalam beg yang lain, akhirnya alhamdulillah selesai. Selebihnya kami tawakkal saja.


2 kotak isi barang-barang kering yang tak berapa nak penting sangat dipos 2 hari awal. Eeerrr sebenarnya tak la barang kering sangat sebab dalam tu ada sekotak 20 biji telur masin yang akhirnya cuma 13 biji selamat.. Hu hu hu.. Apa-apa pun terima kasih Pos Malaysia sebab tak sampai 2 minggu barang dah selamat tiba.


Ini barang-barang yang dibawa pada hari kejadian. 2 beg besar dan 1 kotak kecil masuk kargo, 2 bag hand carry, 2 bag pack dan 1 stroller.

Masa check in baru tahu kami ada 50kg. 30kg dari suami dan 20kg dari saya. Dan rupa-rupanya barang kami 57kg, terlebih 7 kilo. Saranan saya suruh suami pergi ke kaunter yang dikendalikan oleh pegawai lelaki berbaloi bila pegawai tu tak kenakan cas pun untuk lebihan 7 kilo tu. He he he. Selain tu pegawai berkenaan bagi kami tempat duduk sebaris nak kosongkan tempat duduk tengah untuk Muhammad. Terima kasih sangat-sangat.

Dah selesai urusan daftar masuk, kami cari tempat duduk untuk tunggu kakak-kakak saya.

Tiba-tiba rasa dah panjang sangat taip. Ok lah kita sambung lain kali. Entry diakhiri dengan gambar Muhammad.






Friday, August 27, 2010

..::REZEKI YANG TELAH DITENTUKAN::..

Leganya rasa dapat minum air selepas air mineral yang dibeli dengan harga RM3.10 di Mc Donald KLIA untuk bekalan berbuka puasa di dalam kapalterbang telah dirampas oleh pakcik imigresen. Nyaris-nyaris juga tupperware berisi kuah durian terkantoi, namun Alhamdulillah bekas kurma menyelamatkan keadaan. Walaupun sebenarnya pakcik tu redha tak redha saja melepaskannya. Huk huk huk. Maka dengan tekak yang kering, berbuka puasa lah kami suami isteri dengan sebiji kurma di terminal sementara menunggu kapal terbang tiba. Kalau (saya cakap kalau) tahu lama juga nak tunggu di dalam sana dan air nak kena rampas, biar saja berbuka puasa dulu di luar, kemudian baru masuk. Tak la rasa ralat sangat bila air kena rampas sebab dah diminum, kan? Huk huk huk lagi.

Ok, tiba-tiba baru sedar entry ini tak ada pembukaan. Terus-terus saja dengan luahan perasaan yang saya pendam dari semalam.

Sebenarnya sekarang saya berada di Singapura. Ini kali kedua saya datang sini. Pertama kali memang dengan tujuan untuk berjalan-jalan dengan suami. Tapi kali ini saya ikut suami yang ada urusan di sini. Bulan puasa, ada cuti panjang pulak tu (walaupun KL tak cuti Nuzul Quran) mengapa harus saya lepaskan peluang untuk ikut sama. Jadi, di sinilah saya sekarang ini.

Sambung kembali luahan perasaan saya di atas, bila masuk dalam perut kapal terbang, kami berdua sudah berangan-angan mahu minum sepuasnya jus yang dihidangkan. Tapi.... hmmm ketua kabin yang bernama Shahir tu seakan-akan tak faham pula keadaan, walaupun sudah 2 kali saya panggil untuk minta air minuman. Asyik-asyik ditawarkannya air kepada encik cina dan encik mat saleh di hadapan kami saja. Suami dah mengomel tentang ketidak prihatinan cabin crew. Biasa lah orang lelaki kan.. Penyelamat dan pembela isteri.. he he he..

Jadi, sampai saja di Singapura dan selesai urusan daftar masuk di hotel kami keluar cari makan. Memandangkan jam sudah 10.30 malam dan cuma KFC saja yang masih beroperasi, maka itu sajalah pilihan kami. Dan feerrgghhh lega sungguh dapat minum air walaupun tak dapat makan nasi. Alhamdulillah, masih ada rezeki kami.

Oleh yang demikian, sempena hari Jumaat di bulan Ramadhan yang mulia ini mari kita muhasabah diri. Walaupun air mineral berharga RM3.10 di KLIA bukan rezeki saya dan suami, tapi kami masih ada bekalan kurma dan roti mighty white untuk dimakan. Dan, walaupun kami tak dapat air dalam kuantiti yang dikehendaki di dalam penerbangan, tapi masih juga disediakan jus sekadarnya dan lebih lagi kami mampu menaiki penerbangan MAS ke luar negara. Seterusnya kami berupaya untuk menikmati hidangan KFC di sini.

Lalu, bila direnung kembali jika dirasakan kami kurang bernasib baik kerana air mineral RM3.10, ramai lagi ummat yang lebih jauh kurang bernasib baik tanpa ada apa-apa sekali pun hanya berharap pada rezeki seadanya. Belum dikira mereka yang kebuluran dan terlibat dengan bencana alam di luar sana.

Jadi, marilah kita tunaikan zakat dan hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

;)

Thursday, August 19, 2010

..::EKSPERIMEN::..

Sejak daripada 1 Ramadhan, sehingga ke hari ini saya sedang melakukan eksperimen. Eksperimen tentang jalan mana harus dilalui untuk sampai di rumah dengan cepat dan selamat. Untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan, faktor-faktor seperti berapa ringgit tol yang terpaksa dibayar perlu diketepikan seketika.

Ini catatan perjalanan saya bermula 1 Ramadhan sehingga semalam.

1 Ramadhan
4.40 petang dari pejabat melalui Jalan Raja Chulan ke Jalan Tun Perak terus ke Jalan Parlimen. Ini laluan tetap yang akan saya tempoh setiap hari. Hari pertama saya lalu SPRINT - NKVE - Guthrie, melalui jalan Batu Arang. Jalan Batu Arang juga adalah laluan tetap untuk ke rumah. Dan saya tiba jam 6.30 petang. Tol = RM2.60

2 Ramadhan
4.30 petang dari pusat servis kereta di Setapak. Melalui Mahameru - SPRINT - NKVE - Guthrie. Juga tiba jam 6.30 petang.

3 Ramadhan
Hari ni saya cuba jalan lain sikit. Jalan Duta - NKVE dan keluar di Bukit Jelutong. Tapi saya tak lalu susur Guthrie, sebaliknya terus masuk Bukit Jelutong dan lalu jalan dalam sehingga ke persimpangan Jalan Batu Arang. Owh, saya berjaya tiba jam 6.15 petang. Ada peningkatan di situ. Tol = RM3.30

6 Ramadhan
Saya ada kursus sehari di Angkasapuri. Laluan paling selesa ialah melalui NPE. Dan Alhamdulillah jam 5.00 petang saya sudah sampai di rumah. Gembira bukan kepalang :D

7 Ramadhan
Beranggapan bahawa keterujaan orang untuk berkejaran balik awal sedikit berkurangan, saya memilih untuk menggunakan SPRINT - NKVE - melalui jalan dalam Bukit Jelutong. Sampai rumah masih sekitar jam 6.15 petang. Kebetulan hari hujan dan saya mengalami sedikit kemalangan di susur keluar Bukit Jelutong.

8 Ramadhan
Saya bertekad mahu mencuba semula melalui Jalan Duta - NKVE dan jalan dalam Bukit Jelutong. Dan hasilnya, saya tiba di rumah jam 5.45 petang. Wow!!! Nampaknya ini lah jalan yang saya akan pilih sepanjang Ramadhan ini sekiranya saya tidak perlu singgah di Pusat Bandar Damansara.

Saya merasakan tiada masalah untuk menggunakan lalu ini kerana perbezaan jarak hanya sekitar 2-3 kilometer sahaja. Tetapi jika diberi pilihan di antara jarak dengan masa, saya akan memilih masa. Ya, masa itu sangat berharga.

Dalam pada itu, tips paling utama dan pesanan untuk diri sendiri juga - sentiasa bertenang dan jangan tewas dengan tekanan kesesakan jalan raya. Banyakkan Istighfar, InsyaAllah jiwa kita akan tenang.

Friday, September 25, 2009

..::DALAM PERJALANAN::..

Ini cerita dah seminggu lebih berlalu. Semua entry adalah backdated.

Balik cuti haritu saya tak bawa balik laptop jadi memang saya tak jenguk langsung blog. Gambar pun terdampar sepi dalam camera.

Perjalanan balik ke kampung bermula pada 17 September 2009 jam 12.00 tengahari. Cadangan awal mahu balik sesudah subuh. Tapi biasa lah kita cuma merancang. Ada urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Urusan berkaitan masa depan.

Alhamdulillah walaupun panas terik dan hujan sekejap-sekejap di sesetengah tempat, perjalanan saya lancar. Saya singgah di Kampar untuk menunaikan solat di samping menziarahi kakak ipar saya yang baru dua hari melahirkan anak. Yang ke-7 ok.


Baby berusia 2 hari yang belum ada nama



2 orang kakak yang sangat teruja dapat adik


Pot pet pot pet dengan kakak ipar dan anak-anak saudara. Kemudian tidur seketika. Saya pun bersedia untuk meneruskan perjalanan. Jam 5.15 petang. Hujan lebat. Namun, perjalanan perlu diteruskan.

Speed speed dan speed. Maklum lah lebuhraya sekarang sudah tiada sekatan tol di Jelapang. Lagipun saya tak mahu berbuka puasa dalam kereta dengan minum air kosong saja. Menjelang waktu berbuka puasa, saya selamat sampai di rumah. Dan terus duduk berbuka puasa dengan emak.

Tuesday, September 18, 2007

..::ENJOY THE MOMENT::..

Ini rangkuman catatan perjalanan aku balik kampung setelah hampir 5 bulan tak balik..

Aku kata mahu keluar rumah selepas Subuh agar dapat tiba di kampung menjelang tengahari dan sambung tidur. Aku bohong sebenarnya. Aku mahu menikmati pejalanan ini. Jadi aku memilih untuk melalui jalan lama Rawang - Ipoh. Hasilnya, aku tiba di kampung ketika jarum hampir mencecah jam 3.00 petang kerana sepanjang perjalanan aku singgah di rumah abang-abang dan adik ipar aku.

Kepulangan aku ke kampung disambut dengan hujan lebat tanpa henti sejak petang Jumaat sehingga la ketika aku nak memulakan perjalanan balik pada petang Ahad. Mujurlah kampung di kelilingi bendang, telaga dan parit. Hujan 3 hari 3 malam pun tidak apa. Kalau di Kuala Lumpur hujan lebat selama 3 jam saja sudah tenggelam bandaraya.

Hari Sabtu berbuka puasa ramai-ramai. Meriah. Lauk yang dihidang mengalahkan menu hotel dengan bayaran berpuluh-puluh ringgit sekepala. Itu la nikmat sebenar berpuasa. Cerita pasal makan, balik kampung punah segala diet aku. Makan nasi saja dah 2 kali sehari belum kuih dan air macam-macam jenis. Jawapannya balik KL mungkin aku tak akan jamah nasi selama 2 minggu.

Kerana terlanggar lubang yang sangat besar dan dalam di Jalan Bercham masa nak ke rumah kakak, semalam RM aku beterbangan sebab tayar terkoyak. Mujur juga tayar tu cuma mengelembung aje sepanjang aku speed dari Ipoh ke KL. Errrkk tak dapat aku bayangkan kalau (aku bilang kalau) tayar tu meletup kat lebuhraya. Ok sebenarnya dah sampai KL baru aku check tayar tu pun. Lepas kena tu aku tengok tak de apa-apa walaupun dah rasa mesti ada sesuatu sebab hentakan tu kuat sangat. Tapi sebab dah petang dan letih aku terlupa semua.

Kerana ganti tayar, habis lari bajet aku sebulan. Hilang juga semua bajet aku nak beli pasu dan tanah untuk bercucuk tanam. Nampak gayanya kena tanam dalam air dulu la pokok pandan, daun kesum dan lain-lain herba yang aku bawa dari kampung. Maklum saja rumah tak ada tanah, terima lah seadanya.

Hmm.. Walaupun penat, aku enjoy semuanya.. ok selamat kembali ke rutin harian..



* saya teringin nak berbuka puasa dengan awak lah