Fiksi : Salahkah?
"Ye ke.. Mesti dulu pakwe pun ramai ni.." Adiff membalas.
Argh! Lelaki ni silap menduga. Potong stim saja.
Sebetulnya, diakah yang cepat terasa atau Adiff yang lebih dahulu berasa?
Asal sebut jiwang, mesti dikaitkan dengan punya ramai teman lelaki. Eh, pernah dengar ke lelaki yang cair dengan puisi-puisi daripada wanita? Pernah ke? Dituduh mengada-ngada adalah.
Potong stim sungguh.
**********
"Awak kat mana ni?" Adiff memulakan bicara. Setelah 4 hari membisu.
"Saya kat rumah PENA. Baca sajak malam ni. Datang la sini tengok." Jawab dia ceria. Suka bila Adiff telefon.
Ah, dia saja yang merajuk tak kena gaya, sedangkan Adiff tak apa-apa pun. Gerutu sendiri di dalam hati.
"Tak boleh la awak, saya tengah kerja ni ada show. Waaa.. Minat sajak rupanya.. Puitis jugak awak ni." Balas Adiff dalam tawa.
"Ha ha ha.. Banyak lagi yang awak belum tahu pasal saya. Bukan setakat puitis, jiwang karat pun boleh jadi." Pintasnya sambil mahu menceritakan sedikit kelebihan diri.
"Kalau macam tu bacalah sajak untuk saya" Adiff membuat permintaan.
"Saya memang ada sajak yang sesuai ditujukan untuk awak. Dah lama saya tulis, tahun 2004 dulu lagi. Tapi baru sekarang rasa relevan. Nanti kita jumpa saya bagi." Dia bercerita dengan penuh semangat. Mahu Adiff teruja asalnya. Tak sangka pula jawapan Adiff membuatkan dia terkedu dan mahu menjerit saja.
Talian diputuskan seketika kemudian. Hati rasa sebal. Merajuk. Lagi?
Arrggh!! Sudah la dapat jumpa pun sebulan 3 kali sahaja. Itu pun kerana tuntutan kerja, sekadar berbalas sms dari jauh, peluang bercakap sesama sendiri belum tentu ada. Dia dengan kerjanya, Adiff dengan kerjanya. Hujung minggu juga begitu, jika tidak dia yang bekerja, Adiff pula bekerja hingga lewat malam. Susah juga bila difikirkan. Cuma mungkin kelebihan, dia dan Adiff sudah tahu bagaimana persekitaran kerja masing-masing.
Teringat pula kejadian di awal minggu. Puncanya, pertanyaan dan jawapan pendek sms daripada Adiff membuatkan dia berjuah hati. Memang betul pun dia yang mengganggu Adiff sedang memandu mahu berjumpa kawan-kawan lamanya ketika menuntut dulu. Dia saja yang tak mahu memahami. Kemudian merajuk sendiri. Padan muka juga jika Adiff tidak menghubunginya.
Hmm.. Dia mengeluh seketika. Mungkin betul kata temannya. Dia ni cepat sangat tersentap.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
5 comments:
Hahaha. Kadang-kadang lelaki pun tersentap jugak. Hahaha.
Adiff ingat Dia pernah tujukan sajak itu pada lelaki-lelaki lain. Lagipun Dia tulis sajak tu dah lama. Tahun 2004. Sekarang dah 2007..
Hahaha.
2004. Itu sajak lama tu. Pohon jati yg depan simpang dalam sajak tu pun dah tak der. Kene tebang orang nak besarkan jalan. Tulislah sajak baru. Cerita baru. Buku baru.
AMYZ :
Ha ha ha.. masa mula-mula berkenalan Adiff tak pernah tanya pun sama ada sebelum ni dia ada pakwe ke tidak. Dia pun tak pernah tanya pada Adiff perkara yang sama..
Jadi.. Rasanya dua-dua sentap tu..
KEMAT :
Dia tak guna perlambangan pohon jati sebaliknya Dataran Merdeka yang jadi saksi.. jadi masih relevan kan?
ahahaha...
isy...
ini baru proses mengenal kulit..belum isinya lagi.
dah gaduh?
BRO PO :
Mana ada gaduh pun
Post a Comment