Tuesday, August 28, 2007

..::PEREMPUAN BILA KELUAR MEMBELI BELAH::..

Perempuan bila keluar membeli-belah, kedai yang wajib masuk ialah kedai kasut, kedai pakaian dan kedai emas. Beli atau tidak terpulang kepada keadaan. Tapi, WAJIB masuk.

Semalam cuti sebab ada urusan. Alang-alang, ambil kesempatan untuk lunch date dengan kawan-kawan di Alamanda. Ooh.. bukan lunch saja ya, makan sambil belek-belek katalog Akojaya dan katalog Alfio Raldo.. Ha ha ha.. tiba-tiba terasa seperti kelab makcik-makcik pula. Hmm sangkut juga lah satu set pinggan mangkuk dan satu handbag. Tapi boleh bayar 3x. OK lah kan?

Lepas lunch jalan-jalan ke kedai wajib masuk. Aku berhajat nak beli t-shirt di Butik Cheetah. Tapi pekerjanya macam tak nak menjual saja. Malas aku nak masuk butik tu lain kali.

Kemudian jalan lagi ke kedai emas. Rasa macam nak beli je atau trade in gelang tangan yang ada sekarang. Fikir-fikir nanti lah dulu. Belek-belek juga cincin. Ya lah, nak tunggu orang bagi cincin ntah bila, jadi beli sendiri saja la. Malang bila kat kedai tu cincin paling kecil cuma saiz 9 saja. Oohh.. untuk pengetahun cincin saya saiz 7 yach. ha ha ha.. Selamat lagi duit.

Untuk melengkapkan perjalanan di Alamanda, sebelum balik singgah dulu kedai kasut. Belek-belek kasut yang berkenan di butik Primavera. Minta saiz tapi malang sekali lagi. Budak kedai cakap kaki aku ni macam cinderella. Ha ha ha. Selamat duit walaupun rasa rugi sikit sebab kasut cantik tu ada potongan harga 50%. Tak apa lah, mungkin duit tu untuk barang lain yang lebih penting.

Dalam perjalanan balik, aku singgah kedai perabot. Tujuan utama nak cari rak kasut dan rak untuk dapur gas. Dapat lah barang yang berkenan. Tapi mata melilau juga sekitar kedai. Ya ampun.. Mata TERnampak pula satu set meja makan yang cantik. Tanya harga agak berpatutan pula. Maka, aku pun tempah meja tu untuk raya. ha ha ha.

Jadi betul la orang kata, hidup ni kena ada give and take. Aku tak dapat emas, kasut dan t-shirt, tapi aku dapat perabot. Eh, lupa aku juga dapat pinggan mangkuk dan handbag. Ha ha ha. Anggaplah itu pelaburan jangka panjang.

6 comments:

Anonymous said...

Give and take???? yea... aku bleh pakai ayat ini untuk cakap dekat Abg. Mie, bila aku nak beli handbag baru...

Anonymous said...

Tau x per...pelaburan jangka panjang..lgpun bukannya nak beli n tukar selalu...masa bujang ni la ligat nak membeli itu dan ini, bila dah kahwin agak terbatas gak la nak membeli...mcm G...huhuhuhuu....sentiasa ja dapat alasan yang kadangkala sayu je hati...

ezham said...

Amboihhh... carik t-shirt nak ganti yang kena cat hari tu ka? adehhhh!

cik puan daun said...

kena sampuk gelang ketumbar.. aahahah

Nida Shaari said...

MARIAH :
itu konsep 'what you give, you get back'..

GEE :
Ha ha ha.. ko tu dah melampau bab beli kain.. kalau aku jadi laki ko pun, aku marah :p

AM :
Tambah koleksi je

DAUN :
Yach!! Gelang ketumbar yang cantik!!!

Anonymous said...

alah...bukan selalu pun..kdgkala kita ni terlalu taksub ngan potongan harga..hehehhehehe...