Tuesday, October 09, 2007

Lupakan seketika diet dengan makan spaghetti dan puding buah sambil menonton siri CSI selepas jam 12 malam. Nikmatnya.

Gadis A dan Gadis B kata aku mengalami sindrom Bolemia Nervosa. Tak.. Aku bukan macam tu. Aku bukan sengaja muntahkan makanan. Tapi makanan tu yang nak keluar balik bila dia rasa macam dah tak ada ruang nak duduk dalam perut aku.

Adik aku pula kata aku paranoid bila mengelak untuk menjamah daging dalam hari yang berturut-turut dengan alasan daging mengambil masa 3 hari untuk dihadamkan.

Hasilnya berat badan turun mendadak sebanyak 5kg. dan jeans yang dijadikan benchmark sudah boleh dipakai dengan selesa. (atau mungkin terlebih selesa kerana aku perlu mengenakan tali pinggang pula)

Sebenarnya aku tidak mahu berat badan turun sebaliknya aku mahu mengurangkan lebihan-lebihan yang ada pada tempat yang tidak sepatutnya. Tak apa lah. Lepas raya aku akan berusaha mendapatkan kembali berat badan yang telah hilang. Mungkin juga aku akan mula bersenam dan bersukan kerana aku sudah temui teman yang boleh diajak melakukan aktiviti itu bersama-sama.. ha ha ha..

5 comments:

Amyz! said...

Wah. Ada teman? Teman tapi mesra? Ihiks!!

Hahaha. Tu la. Perut dah penuh, isi lagi. Mana tak muntah? :-p

5kg? Aku turun 2kg. Takut nak makan banyak. Susah tau nak turun 2kg. Nak maintain lah. :-)

Nida Shaari said...

AMYZ :
Ha ha ha.. teman yang mesra gitu.. dan boleh diajak untuk bermain bedminton bersama..

weh kau tu berat badan dah ok.. aku ni bila turun 5kg tinggalnya 38kg aje.. apa ada??

Anonymous said...

tu la...bila diberitahu yang ko tu tinggal tulang x percaya...skang ni ko dalam kategori TERLALU KURUSS!!!!

x payah la nak diet² keterlaluan...ikut je seperti biasa...

Anonymous said...

nak turun ka, naik ka takde hal, asalkan jangan keterlaluan. Take care

Anonymous said...

aiseh akak ku.. turun berat bdn dgn diet x dpt kurang kn sgt part2 yg lebih2 tu... gi workout aa exersice n tumpukan exercise kt tmpt yg nk buang tu.. lg berbaloi dr diet..

sbb bila dh exersice leh je mkn cm biasa..