Tiba-tiba sehelai memo melayang ke dalam tray
Kepada : Semua Warga JK*KN
Perkara : Arahan Bertugas Pada Hari Sabtu & Ahad (7 & 8 April 2007)
2. Adalah dimaklumkan bahawa tuan/puan dikehendaki hadir bertugas di pejabat pada 7 dan 8 April 2007 (Sabtu dan Ahad) bermula jam 11.00 pagi. Pakaian adalah bersopan.(takut nanti ada yang datang pakai skirt ngan baby-T aje)
3. Tujuan bertugas adalah untuk memberi tumpuan kepada perkara-perkara berikut:
i. Program Pertabalan SPB YDP Agong
ii. Program Kemerdekaan
iv. Program/aktiviti induk JK*KN
~~~~~
WTF!!!! Tak ada kaitan langsung dengan aku
Apa guna PM bagi masa bekerja 5 hari seminggu kalau hujung minggu yang sepatutnya dapat kita peruntukkan untuk diri sendiri dan keluarga pun dicuri??
Mujur juga dalam memo tu tak ditulis
"Surat Tunjuk Sebab akan dikeluarkan kepada mana-mana pegawai dan kakitangan yang engkar"
ooohh.. kalau ditulis pun
nanti aku jawab la Surat Tunjuk Sebab tu dengan alasan
"saya pergi mengebur di Bukit Belacan"
Boleh Dato'?
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
5 comments:
Nida.. jgn tak dtg mengebur. tanpa mu sepi lah hidup ku di BB kelak. uhuhuhu.. datang tau. nanti aku jumpa Dato' tu cakap hang tak leh pegi sbb temankan aku. aci dak? ngeh ngeh ngeh
Nak ikut!
waa..nida? WTF? waa...kemajuan ni.
-sal-
AMYZ! : Ha ha ha.. Tanpa mu jua, sepi lah hidupku..
NAGA : Nak aku jemput kat bus stop depan rumah ke?
SAL : Ha ha ha.. Sakit hati punya pasal apa pun boleh terkeluar. Weh, itu bukan kemajuan yang perlu dibanggakan lah :p
SYMP kak!;)
Post a Comment