Thursday, June 07, 2007

..::KAKAK ADIK KAKAK::..

Aku cerita pada Daun, aku penat sekarang ni. Kerja di pejabat banyak dan kain baju di rumah juga dah dekat 2 minggu tak berlipat. Timbunan makin meninggi.

Daun dengan suka hati cerita yang walaupun kain bajunya masih dalam beg lepas balik kampung hujung minggu dulu, tapi ia tetap tersusun elok. Adik-adiknya yang tolong lipat dan susun cantik-cantik.

Aku beranggapan mesti Daun jelingkan adik-adiknya. Dengan menundukkan muka, tangan mereka pantas melipat kain baju Daun. Jelingan Daun memang tajam. Sungguh aku pun takut.

Daun menafikan sekeras-kerasnya. Mereka tolong sebab sayangkan kakak yang seorang ini.

Ooohh.. untung Daun sebab dia ada ramai adik perempuan. Yang boleh tolong lipatkan kain. Yang boleh tolong masak-masak bila kakak yang seorang ini malas.

Aku? Aku umpama adik perempuan tu. Yang kena rajin lipat kain baju dan masak-masak bila kakaknya semua dah kawin dan ada anak sendiri.

Bezanya cuma sekarang aku punya anak saudara yang sudah boleh diarahkan bila aku malas-malas buat semua tu. Ha ha ha

8 comments:

amyz! said...

Pembuli!

Hahaha.

Oh aku lupa, aku pun suka saja arah-arah adik-adik bila aku malas nak buat kerja. Hahaha.

samurai said...

Apa lagi? Jeling le anak sedara kau yg ramai tu.

cik daun said...

aku ckp pesan aje kat adik aku.. Mizah.. nanti tolong keringkan baju kakak ek?

Aku rasa yang lipat2 baju tu syidah.. sbb dia yang paling rajin.. ehehee..

Pembuli anak buah.. amyz baik.. dia rajin bawak anak buah dia jalan2.. ahahaha

KiMi said...

Mujur anak aku baru berumur 10 hari,
kalau tak, tentu hang dah suruh dia lipat baju dan masak.haha.
adik ipaq hang pulak dlm pantang.haha

madulebah said...

AMYZ : Ahaha.. aku bukan pembuli la.. aku mengajar diaorang.. kalau tak pemalas nak mamposs

SAMURAI : Aku dah jeling.. Diaorang lak buat pastu cebik2.. ntah apa2 la budak sekarang.. ahaha

DAUN : Ahaha Syidah tuh ntah-ntah ada agenda tersendiri..

Anak buah aku ramai sangat dah 30 orang, tak kuasa la aku nak bawak pegi jalan-jalan..

Tapi aku boleh pergi shopping ngan anak sedara aku yang umur 22 tahun tu.. ahaha..

CUKIMI : ahaha.. tunggu la dia umur 3 tahun Cudaz buli dia pulak :p

Tu la nak buli-buli adik ipaq pun rasa kesian.. Dulu mengandung.. lani dah ada anak pulak.. ahaha..

Manusia Pekasam said...

Salam,

Saya takde adik perempuan. Jeles gak bila tgk oghang lain ghamai adik perempuan.

Kita sebagai abang boleh jadi 'shoulder to cry on'. Mesti best no?

BTW, mintak kebenaran saya nak letak URL awak kat blog Pekasam saya, terima kasih no

http://pekasam.blogpsot.com

madulebah said...

PEKASAM : Tak tahu la ade ke tak adik perempuan ngan abang yang rapat sampai boleh shoulder to cry on (macam dalam drama)..

Lagipun zaman sekarang bahaya.. kadang-kadang ahli keluarga sendiri pun tak boleh diharapkan..

Tapi macam adik (lelaki) bongsu saya dulu, sebelum tidur selalu datang bilik kakak-kakak dia nih sembang2 cerita itu ini, sampai mak kat bilik sebelah sound suruh tidur..

madulebah said...
This comment has been removed by the author.