Pertama sekali 'pang' diri sendiri sebanyak 100 kali atau mungkin lebih.
Kedua, dipendekkan cerita, semalam masa nak balik saya terkunci Muhammad dalam kereta yang belum dihidupkan enjin/pendingin hawa lebih kurang 1/2 jam - 45 minit. Dengan segala barang ada dalam kereta termasuk telefon yang dipegang Muhammad. Mujur saya turun serentak dengan Aril, lalu pinjam telefon Aril untuk telefon suami. Kemudian telefon CC untuk minta pertolongan. Dan gerombolan pun tiba lalu mengelilingi kereta sehingga membuatkan Muhammad di dalam berasa musykil dan mula menangis. Ya, panas juga faktor utama. Orang yang kat luar kereta pun panas, ni kan pula dalam kereta yang tertutup rapat.
Alhamdulillah, dengan idea daripada suami serta bantuan abang pakai baju produksi (yang saya tak tahu namanya), berusaha mencari dawai keras dan godek pintu, akhirnya pintu berjaya dibuka. Getah pintu yang rosak boleh dibeli baru, anak amanah Allah tak ada galang gantinya. Huks.
Dipendekkan cerita lagi, alarm dan central lock kereta saya tak berfungsi dengan baik, jadi saya buka kunci secara manual. Tapi sebab saya buka kunci sebelah penumpang untuk masukkan Muhammad dulu kunci pintu lain tak terbuka pun. Saya terlupa itu dan terus campak kunci di tempat duduk pemandu, konon nanti pusing sebelah sana baru nak start kereta. Saya buka juga kunci pintu belakang sebelah penumpang sebab nak masukkan beg dan stroller. Disebabkan kebiasaan, lepas letak Muhammad, saya terus tekan kunci dan tutup pintu. Kemudian masukkan stroller, tekan kunci dan tutup pintu. Bila pusing sebelah pemandu untuk start enjin, baru saya tersedar kereta dah berkunci dan anak ada di dalam.
Kesimpulannya, sebelum ni saya selalu juga terfikir-fikir, macam mana lah andainya saya tertinggal kunci dalam kereta yang berkunci. Dan akhirnya apa yang selalu menghantui saya telah berlaku dan lebih teruk, ada anak yang terkunci sama.
Apa sangatlah duit ratus-ratus ringgit yang perlu dibayar untuk betulkan central lock jika dibandingkan dengan nilai nyawa anak yang priceless. Sob sob sob.
Sujud syukur saya kepadaNya. Perbanyakkan istighfar dan muhasabah diri kerana pasti ada hikmah yang Allah beri disebalik semua kejadian.
Jalan2 Cari Makan
6 years ago








