Monday, December 17, 2007

..::NIDA, NODA DAN NADA DERING::..

Kata orang: Hanya Jauhari yang mengenal manikam.
Orang lain pula berkata: Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya.

Itu beberapa perumpamaan yang merujuk kepada kepakaran seseorang dalam mengesan dan mengenal sesuatu.

Dalam dunia serba moden ni kadang-kadang perumpamaan sebegitu sudah tidak boleh diguna pakai. Manusia pandai bermuka-muka. Plastik. Tetapi dalam sesuatu perhubungan (lelaki dengan perempuan) terutamanya, kepincangan boleh dikesan dengan mudah melalui tabiat-tabiat yang selalu kita hadapi.

Saya tak bercakap mengenai orang lain. Saya bercakap mengenai diri saya sendiri. Apa yang pernah saya lalui. Dan ini kajian saya dengan seorang Jauhari mengenai senarai tabiat mengesan kecurangan pasangan anda.

1. Telefon diset kepada Silent Mode, bergetar sahaja bila SMS masuk. Anda tidak dapat teka bilangan SMS yang masuk.

2. Bila ada nada dering, panggilan tidak dijawab segera. Dibiarkan atau ditepis. Seolah-olah panggilan itu tidak penting.

3. Tidak membenarkan orang lain membelek telefon. Jika anda belek, dia akan marah menuduh anda tidak amanah atau cemburu.

4. Apabila menjawab telefon, dia bingkas bangun ke tempat lain. Tempat yang jauh dari capaian gegendang telinga anda.

5. Bila anda periksa log panggilan dalam telefon, anda dapati data panggilan telah didelete.

6. Bukan sahaja pesanan dalam inbox telah dipadam, dalam outbox juga telah terpadam. Setiap hari. Alasan: tidak cukup space.

7. Anda mendapati dia memiliki dua telefon bimbit. Satu untuk urusan kerja katanya.

8. Tidak berenggang dengan telefonnya. Sekejap-sekejap pandang telefon. Kemudian senyum sendiri.

9. Di dalam telefonnya ada folder rahsia dengan label yang tidak disangka. "Akaun: Contohnya." Cuba teka apa ada dalam folder ini?

10. Bila dia menjawab telefon, anda tahu dia berbohong. Contoh: Ketika makan di restoran dengan anda, di telefon dia kata sedang mesyuarat di pejabat. Mesti pandai temberang.

Pernah berlaku kepada anda? Berhati-hatilah dan carilah jalan penyelesaian. Kita punya kuasa untuk memilih dan memutuskannya.

Selamat berjaya!!

16 comments:

Tok Rimau said...

Nida berpengalaman sebagai Si Curang atau Mangsa Curang?

Nida Shaari said...

TOK :
Ha ha ha.. Tok rasa yang mana?

Tok Rimau said...

Nida,
Tok rasa kedua-duanya sekali. Mula2 sebagai mangsa. Then, you belajar dari pengalaman untuk balas dendam sebagai pemangsa.

Tapi, kadang-kadang tabiat-tabiat kehenponan ini cuma kebetulan. Jangan cemburu sangat okay. Jangan paranoid.

Bak kata Kris Dayanti, "Cubalah Untuk Setia."

Amyz! said...

Wah.. nada dering? Lelaki ini? Hahahaha.

Amyz! said...

Aku tak boleh nak percaya lelaki 100%. Trauma. Hahahaha.

Aku dah pernah terkena. Sebab TERbaca sms SAYANG dari wanita lain di HPnya. Dan sehingga kini aku harap dapat ubah kejadian agar aku tidak TERbaca msj itu.

Supaya aku tidak punya doubt dalam cinta lelaki.

dugongsenyum said...

sepandai-pandai tupai melompat.

aku terminatlah pulak nak belajar kod morse sama bahasa isyarat macam masa Masakara malam wanita itu hari. bukan untuk belajar curang haha

Nida Shaari said...

TOK :
Kalau sekadar perempuan saja yang mencuba untuk setia, tetapi lelaki tidak, bagaimana pula?

AMYZ :
Nada dering 'Lelaki Ini' itu cerita lain..

Sebab tu aku elakkan untuk belek henpon teman lelaki supaya aku tak terjumpa sesuatu yang x sedap dirasa. Akukan easily sentap.. ha ha ha

BASRI :
Ha ha ha.. Aku tak kata pun kau nak belajar curang..

Aku pandai trengkas, dulu-dulu aku tulis diary dalam trengkas.. jadi kalau orang nak curi baca pun dia xkan faham apa yang aku tulis.

Lan Rambai said...

Aku rasa nak cuba lah teknik2 ni.. tolong email no henpon ko kat aku haha

blackpurple @ jowopinter said...

Salam.

Memiliki 3 fonsel. Tapi tiada maksud tersembunyi. Kerja. Keluarga. Ehem..ehem...!

Anonymous said...

Kalau partner anda punya teman curang yang tahu dia sudah berpunya tapi tak kisah? bagaimana pula itu?

Dan jumlah perempuan curang juga semakin naik hari demi hari...

Oh, aku mengguris hati feminis nusantara...

musafir said...

Lagi satu tabiat.

Dia selalu kata
" Tak der sape-sape nak sms aku ke hari ni?"
walaupun baru setengah jam tak terima mesej dari pasangan. Wallauweyh!!

Anonymous said...

betol lah kak nida. Panahan 10 cara mengesan pasangan ni 'KENA TEPAT' pada workmate lelaki yang dok sebelah saya!!!! ha ha

posmen said...

salam..
nk tambah.. bawak hp masuk jamban.. hahaha ni mmg berlaku kt membe aku yg akhirnya kantoi dgn bini dia.. watasyem

ngeh3

Anonymous said...

huh, patutlah dulu masa kita berpacaran, semua itu kau tunjukkan pd aku.

nasib baik aku tinggalkan ko dulu...
kalau tak sengsara seumur hidup aku ada isteri yg dalam telefon ada folder nama "akaun"

hahaha...

p/s: nida, peaceeeeeeeeeeeeee

sinaganaga said...

ring ring ringggg

Nida Shaari said...

LANRAMBAI:
eerr kenapa minta nombor telefon aku pulak? Nanti kau simpan dalam folder 'akaun' je.. ha ha ha

BP:
Ada 5 fonsel pun tak apa.. janji mampu.. yang penting tepuk dada tanya hati..

VOVIN :
ooohhh.. kau ada pengalaman yang sama ye?

MUSAFIR:
ahaha.. atau sekejap2 pandang telefon dan check walaupun tahu xde sms atau missed called pun..

BALDUPUTEH:
Wow!! sungguh ke?? kellasss

POSMEN:
Hmm kalau henpon jatuh dalam lubang jamban baru padan muka

IWAN :
Eeerrr... ni betul2 Iwan yang tinggalkan aku selepas berpacaran selama 6 tahun dulu ke?

NAGA:
eh, bunyi telefon baru pun masih ring ring ringgg ke?

eeeeiiiuuuoooo