Wednesday, September 12, 2007

..::USAH TERPEDAYA::..

Jika anda memandu di sekitar Lembah Kelang atau lebih tepat di Kuala Lumpur, anda tidak boleh mempercayai keadaan trafiknya.

Sekiranya semalam anda keluar pejabat jam 5.00 petang dan tiba di rumah jam 6.00 petang, itu tidak bermakna hari ini anda akan sampai ke destinasi pada masa yang sama seperti semalam. Anda mungkin akan lewat tidak kurang daripada 1/2 jam.

Anda juga tidak boleh mempercayai bahawa jika semalam laluan yang anda ambil agak sesak pada permulaannya, itu tidak bermakna hari ini ia akan sesak seperti semalam. Dan bila anda telah mengambil keputusan untuk menggunakan jalan alternatif, anda sudah tidak boleh berpatah balik walaupun menyedari rupa-rupanya jalan itu lebih jauh dan sesak daripada jalan yang anda gunakan sebelum ini.

Jadi belajarlah bersabar bila berhadapan dengan karenah di jalan raya. Keadaan boleh berubah dalam masa beberapa minit sahaja. Tambahan pula anda telah bertahun-tahun menjadi pengguna Sistem Transit Aliran Ringan di Ibu Kota, tanpa sebarang tekanan yang besar.

Selamat datang ke dunia baru.

3 comments:

Amyz! said...

Wahahaha. Baru kau tahu...

Nida Shaari said...

AMYZ :
Ha ha ha.. Pengajarahnya aku tak boleh berlagak kepada kamu dengan sms bahawa jam 6 aku dah sampai rumah

ezham said...

wahahahahahhaha. Usah tertipu. Jangan terpedaya.