Wednesday, November 07, 2007

Apakah harga nyawa itu setara dengan harga set pinggan mangkuk berjenama, bila ada seorang isteri yang sanggup mahu membunuh diri kerana keinginan untuk memiliki set itu tidak dipenuhi oleh suami?

Hmmm.. perempuan.. perempuan.. umur masih muda.. 22 tahun.. Kalau kau gunakan masa yang ada tu bekerja dan ada pendapatan sendiri, bukan setakat satu set pinggan mangkuk kau boleh beli, 5 - 6 set pun kau mampu, tanpa membebankan suami. Lain lah kalau kau berkahwin dengan seorang peguam yang mampu bawa kau ke pasaraya setiap malam.

Kasihan pada suami yang bekerja sendiri. Mungkin dalam solatnya, dia sentiasa berdoa kepada Allah mohon diberi rezeki lebih agar dapat memenuhi permintaan isteri yang dikasihi. Tetapi, balik dari solat Isya' di masjid, tengok isteri dah pengsan kerana mengambil racun tikus akibat kecewa.

Kasihan. Pendek sungguh akal. Kalau Allah tak beri peluang dan dia mati ketika itu, betapa ruginya dia. Set pinggan tak dapat. Mati pula dalam kemurkaan Allah. Sia-sia sahaja.

Tapi dalam dunia ni memang macam-macam perkara boleh berlaku. "rambut sama hitam, tapi hati lain-lain". Memang klise. Tapi itu benar. Tak semua orang berfikir perkara yang sama. Tak semua orang buat pertimbangan sebelum bertindak. Kerana sekarang ini rambut orang dah bermacam-macam warna...

6 comments:

Amyz! said...

one word : BODOH

*eiii. kalo adik aku, lama aku lempang2.. bongok sangat!*

KiMi said...

nasib baik bini aku dah mintak beli barang2 anak saja.
lagipun pinggan mangkuk berjenama, dah ada org bagi hadiah masa kawen.
Lagipun Jugak...Aku la peguam yang bawak bini tiap2 malam jalan2 ke supermarket tu..ALLLAAA..rabak.

sinaganaga said...

handphone baru tu kena tunggu laki kau belikan ke?

Nida Shaari said...

AMYZ :
Kalau adik aku?

ha ha ha.. aku dah quote dia dalam entry ni..

KIMI :
Mujur la hang tak duduk KL.. Sale kat SOGO gila sungguh.. baju budak yang kembang2 tu lawa-lawa.. Rambang mata.. lagi rabak la hang..

NAGA :
Ha ha ha.. aku wanita bekerjaya dan berpendapatan sendiri.. beli sendiri saja lah x payah nak tunggu laki..

Anonymous said...

22 tahun, umur memang masih muda, perjalanan masih jauh..

Rin said...

ada sorg YA Hakim kt mhkmh tggi Ipoh ckp, apa2 saja salah isteri suami la yg salah..sbb suami x lead isteri...kata YA Hakim tu laaa..