Friday, July 13, 2007

..::SAYA MEMERLUKAN INSPIRASI::..

"Saya memerlukan satu sentuhan sebagai inspirasi untuk menulis" Nida cuba mengadu kepada Cik Daun.

"Kenapa perlu berfikir sedemikian?" Soal Cik Daun.

"Awak perlu mendorong diri sendiri. Cuba awak bayangkan, bila novel awak dicetak dan berada di pasaran, awak hanya perlu menunggu royalti sahaja. Waktu itu, apa saja yang awak mahukan, semuanya boleh". Panjang lebar syarahan Cik Daun kepada Nida.

Nida masih diam memikirkan kebenaran kata-kata Cik Daun. Terbayang di ruang matanya, kebebasan untuk membeli apa saja yang diinginkan untuk rumah barunya. Nida juga terfikir akan tabiatnya yang suka membeli-belah. Jika dia menerima royalti daripada hasil penulisan, di samping gaji yang diterima setiap bulan, wang bukan lagi menjadi masalah besar. Pinjaman pelajaran yang sudah hampir 10 tahun tertunggak boleh diselesaikan bila-bila masa sahaja. Nida memikirkan perkara yang lebih utama.

"Saya menghadapi masalah untuk menulis dalam bentuk dialog dan pihak ketiga" Adu Nida pada Cik Daun lagi.

"Senang sahajalah. Menggunakan pihak ketiga yang paling senang" Pintas Cik Daun mematikan keluhan Nida.

Nida masih muram memikirkan bagaimana harus dia memulakan cerita. Masa yang diperlukan sudah tidak lama. Dia harus cuba untuk memotivasikan diri sendiri jika mahu semua ini berhasil.

Nida mengambil peluang waktu rehat yang panjang pada hari Jumaat untuk berjalan-jalan mencuci mata di pasaraya SOGO dengan harapan di sana nanti dia akan menemui inspirasi yang diperlukan.

11 comments:

Anonymous said...

adakah cik nida mendapat inspirasinya untuk novel selepas membeli belah?

Kita tunggu sambungannya pada hari yang sama minggu hadapan..

ceh!! :-p

Nida Shaari said...

Nida nyaris-nyaris terbeli inspirasi iaitu sehelai t-shirt Cheetah berwarna merah jambu. He.. He.. He..

Namun Nida membatalkan niatnya kerana memikirkan keesokan hari dia akan keluar membeli belah untuk persediaan hari raya bersama kakak dan anak saudaranya.

Anonymous said...

Inspirasi.. Inspirasi di mana kah dikauu??

Anonymous said...

aku ada buat novel.
tapi tak tau nak publish camna.

Rin said...

slm akak kimi,
kenapa kah agaknya org banjar ckp membeli itu sbg 'menukar'???

Nida Shaari said...

CUKIMI : Genre macam mana novel hang tu? Hantaq la kat PTS ka, kat Al-Ameen ka, Gempak-Starz ka.. ha ha ha.. Nak contact?

ARIN : Orang Banjar mengambil kira konsep perbuatan tu:

pertukaran di antara barang dengan duit

sebab tu la disebut 'menukar'

Sekian pelajaran hari ini

Rin said...

sebab rasa mcm tukar2 je la kot tak rasa duit tu keluar..heheh!

Anonymous said...

Bila nak mula? Tak apa, beli inspirasi dulu.

Anonymous said...

dptkah inspirasi diSOGO?

Anonymous said...

persediaan hari raya??
apakah??

Salina said...

hmm..nida...apa tak ajak aku...cari inspirasi..hahahah