..::PRIHATIN, PERHATIAN DAN PEREMPUAN::..
Kalau kamu dah pakai baju tu pada hari Jumaat semasa photo-shoot, kemudian kamu pakai semula pada hari Isnin, jangan ingat tak ada orang yang sedar. Aku sedar.
Kalau kamu dah pakai baju tu pada majlis malam Ahad lepas, kemudian kamu pakai semula hari ini, jangan ingat tak ada orang yang tahu. Aku tahu.
Dan tentu aku rasa kamu tak cuci baju tu. Kan?
Terus terang aku katakan, aku memang prihatin tentang pakaian. Bukan kerana aku ada stok baju yang boleh dipakai selama 3 bulan tanpa mengulang satu pun. Tetapi kerana penampilan kita juga menjadi perhatian orang sekeliling.
Mungkin mereka rasa tak kisah. Kamu wanita yang sudah berumahtangga serta beranak pinak dan kamu lelaki yang sudah bertunang. Jadi, tak peduli tentang perhatian kerana kamu tidak ada niat tersembunyi pun mahu menarik perhatian sesiapa. Cuma pada pendapat aku, walaupun kamu tak ada niat tersembunyi itu, tapi tetap nak ulang baju dalam tempoh yang terdekat pakai la untuk acara lain atau jumpa orang lain yang kamu tak jumpa sebelum ni. Atau kalau nak pakai juga ke pejabat, pakai la selang seminggu. Kerana kamu tak tahu berapa ramai orang seperti aku yang menyedari kamu memakai semula baju 2 hari lepas, ada di luar sana. Daripada terperangkap lebih baik berhati-hati.
Di samping itu, aku rasa rata-rata perempuan (yang bujang pastinya), amat mementingkan penampilan. Mahu sentiasa kelihatan menarik. Terutama sekali bila bertemu dengan seseorang yang istimewa atau ke tempat di mana seseorang yang berpotensi bekerja. Ha ha ha.. OOhh.. itu pendapat aku. Kalau kamu tak setuju, tidak mengapa. Aku bercakap tentang diri aku sendiri, wanita yang dress to impress. Kalau tidak, masakan aku sanggup gosok 4 pasang baju batik (termasuk 2 yang baru sekali dipakai semasa raya) untuk aku pakai sepanjang minggu ini.
lalalalala...
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
8 comments:
aku cuma ada kitar baju utk seminggu stgh aje.. ahahahah
aku, walaupun ada baju kitaran lebih bulan dari nida, aku pilih utk buat kitar 2 minggu je. Malassssss nak iron.
Miahahaha ;p
kakak nida,
utk pengetahuan kakak nida, adik nett ada banyakkkk tshirt kaler hitam. jadik kalo nampak adik nett dan baju hitam tu, bukan bermaksud adik nett tak tukar baju tauu.. ihikss...
mencik tau kakak nida ni...
DAUN:
Kau kerja teknikal.. x apa.. aku ni frontliner..
SAL :
Hang boleh p kerja pakai kasual so aku tak hairan la hang pilih untuk malassss..
NETT :
Tak apa adik Nett.. Kakak Nida akan tengok corak pada baju hitam adik tu.. kalau berlainan maknanya adik x ulang la.. kalau sama.. tahu la akak telah tertipu.. ha ha ha..
Ya. itu sebab aku kena pakai t-shirt lain-lain bila jumpa ko. Hahahaha.
bila sekutu2 lian mula berbicara, aku rasa hang yang terlebih perati kot nida. hak hak hak
aku lelaki memang tak ingat baju apa yang di pakai sebelum ini, mungkin di awal minggu dah pakai, dan dihujung minggu di pakai lagi..tapi mesti la dah basuh dulu..err aku cakap pasal baju..seluar memamng kami ulang berkali-kali..hari demi hari
AMYZ :
Ahahaha.. kita selalu ke jumpa pun?
ANONY :
Itu pendapat peribadi aku. Tak setuju tak apa. Manusia memang tak sama.
KEMAT :
Tipsnya. Gantung baju ikut urutan dari hadapan ke belakang / kanan ke kiri. Bila baju berada dalam susunan kanan sekali bermakna belum dipakai. Begitulah sebaliknya.
Err.. tapi peduli ke pasal susunan baju?
ha ha ha..
Post a Comment