Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Saturday, September 08, 2012

..::BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT::..

Kita sambung cerita raya.

Pagi-pagi Syawal kedua kami dah plan nak balik Perak. Gedebak-gedebuk bersiap kemas itu ini dan sarapan, 7.40 pagi gerak dari Melaka. Lalu Masjid Tanah-Lubok China-Rembau, masuk lebuhraya di Pedas-Linggi dan turun di Senawang kemudian sambung guna LEKAS.

Pemandangan menarik yang kami nampak ialah semua gerai yang ada jual roti canai memang penuh dan orang memang beratur panjang. Semua orang dah tak lalu nak makan lemang, ketupat dan rendang ye. Hehe.

Kami singgah dulu di Semenyih rumah Atam sebab nak ziarah dia yang tak dapat balik beraya di kampung. Sekaligus nak bagi kek yang saya buatkan untuk dia dan sedikit ole-ole daripada mertua. Masa gerak tu saya sms bagitau dan atam bajet kami sampai pukul 10.00. Saya tanya suami, dia jawab pukul 9.00. And we make it at 9.15 ihiks. Atam kata memang laju sungguh kami ni. He he. Sampai saja bagi mandi Muhammad dulu kemudian baru senang nak lepak-lepak.

..::Muhammad mengamuk sebab Pak Tam pegang kamera mama ha ha::..

Ini saja gambar yang saya ada. Lain-lain gambar tengah makan semua boleh tengok dalam blog Atam.

10.30 gerak dari Semenyih. Sebab awal lagi suami kata singgah rumah dulu. Masuk Putrajaya untuk naik ke Elite dan turun Bukit Jelutong. Lancar. Singgah rumah tinggalkan baju kotor, kemas beg baju sikit-sikit lagi dan suami sempat cuci kereta. 12.30 gerak dari rumah menuju destinasi.

Dari Guthrie masuk ke Plus mula-mula tu lancar saja walaupun kereta banyak, sampailah ke kawasan pertukaran lorong dari 3 ke 2 lorong di Slim River. Selalunya bila sesak kami akan keluar di Slim River, tapi haritu jalan keluar tu pun dah penuh sesak, jadi kami terus saja. Hujan sekejap-sekejap di sesetengah kawasan. Dan, merangkak-rangkaklah sampai ke Tapah. Kalau tak salah saya waktu tu dah dekat pukul 3.00petang, which is biasanya dah dekat nak sampai kampung huhu.

Berhenti di Tapah untuk isi minyak dan memenuhi lain-lain keperluan. Perut pun dah lapar. Kereta banyak, parking pun tepi-tepi jalan saja. Suami keluar cari makan. Tak lama lepas tu hujan turun dengan sangat lebatnya, dan suami sangkut di luar hampir 2 jam. Sebab KFC penuh sampai ke luar dan tempat makan yang lain pun penuh suami cuma tapau mee rebus restoran Pak Tam, 2 biji pau dan jagung rebus daily fresh.

Dipendekkan cerita dalam perjalanan yang panjang ni, pukul 7.30 malam baru kami sampai Bagan Serai. Lemau rasa badan. Singgah rumah abang saya dulu sebab siangnya dia buat makan-makan jemput adik beradik. Kimi pun ada kat situ baru sampai.

..::Gambar ambil dari Facebook abang saya::..

Lepas kenyang makan, borak-borak sambil bagi duit raya, pukul 9.00 lebih gerak balik rumah. Penatnya tak tahulah nak cakap. Dekat 12 jam baru nak sampai. Tapi tak apalah, bak kata tajuk entry ni, biar lambat asalkan selamat. Kami berhenti lama di Tapah sebab hujan lebat sangat tak nampak jalan dan memang bahaya nak drive. Alhamdulillah.

Pengalaman perjalanan panjang nak balik kampung kali ni disusuli dengan kami suami isteri terpaksa bangun jam 4.00pagi sebab cirit birit. Dan, saya syak mee rebus Pak Tam puncanya. Bukanlah bersangka buruk. Cuma memandangkan kami berdua saja yang makan benda tu, dan kami berdua saja yang kena, tak ada apa lagi yang dapat menyangkal. Mujur juga tak teruk mana.

Kegembiraan beraya bersama keluarga tak tergugat olehnya ;)











Friday, April 15, 2011

..::MUHAMMAD BALIK KAMPUNG::..

Hmmm.. mama Muhammad ni entah bila lah nak update blog. Suram ja. Jadi baik Muhammad yang bercerita kat sini.

Sebenarnya sekejap saja hari ni dah Jumaat. Rasa macam baru ja Muhammad balik kampung Perak, rupa-rupanya dah dekat seminggu.

Muhammad balik kampung hari Sabtu lepas. Keluar rumah awal pagi. Sebab mama kata janji dengan Tok, Acu Kimi dan maksu nak makan tengahari kat kampung. Tapi kemudian mama dengan ayah singgah rumah Mak Long dekat Tanjung Rambutan. Tak lama lepas tu Pak Uda sekeluarga pun datang juga. Meriah sungguh. Pak Uda bawak banyak durian bagi ayah. Suka sungguh ayah dapat makan durian. Tapi tak ada gambar la sebab mama tu dah tak tegar berblog. Lepas ayah makan durian, Mak Long, Pak Long dan Abang Hafizuddin hidang nasi untuk makan tengahari. Sedapnya diaorang makan, tapi Muhammad cuma dapat tengok saja. Mujur lah Mak Uda rajin dukung dan layan Muhammad.

Lepak punya lepak, sudahnya lepas solat Zohor juga lah baru bertolak balik rumah tok. Sampai rumah tok dah petang. Tak sedar pun sebab Muhammad tidur.

Kat rumah tok cuma ada Acu Kimi, Maksu dengan kakak Nany. Kakak Nany cukup suka buat lawak sampai terkekek-kekek Muhammad ketawa. Lepas tu Kakak Nany beriya-iya nak riba Muhammad.



Tengok gambar last tu sampai terpele'ot Muhammad. Kakak Nany buat macam anak patung ja. He he. Lepas tu maksu pulak riba Muhammad sebab kakak Nany nak makan cendol.



Dah minum petang semua, Mama bawa Muhammad jalan-jalan dekat kawasan rumah Tok. Ayah dengan kakak Nany pun ikut sama. Balik jalan-jalan Ayah ajak Mama main badminton. Muhammad jadi penonton saja sambil gelak-gelak dengan kakak Nany



Muhammad balik kampung 3 hari. Hari Isnin sebelum bertolak balik kita bergambar dulu. Hari ni ada Ateh pula.



Mama pun tak mahu ketinggalan. Tapi duduk kat depan blocking Muhammad. Sebab tu la Muhammad jeling je kat mama. He he he



Ok lah. Sekian cerita Muhammad balik kampung. Nanti kalau ada aktiviti menarik, Muhammad kongsi cerita lagi ya. Babai dan Assalamualaikum semua.

Tuesday, September 18, 2007

..::ENJOY THE MOMENT::..

Ini rangkuman catatan perjalanan aku balik kampung setelah hampir 5 bulan tak balik..

Aku kata mahu keluar rumah selepas Subuh agar dapat tiba di kampung menjelang tengahari dan sambung tidur. Aku bohong sebenarnya. Aku mahu menikmati pejalanan ini. Jadi aku memilih untuk melalui jalan lama Rawang - Ipoh. Hasilnya, aku tiba di kampung ketika jarum hampir mencecah jam 3.00 petang kerana sepanjang perjalanan aku singgah di rumah abang-abang dan adik ipar aku.

Kepulangan aku ke kampung disambut dengan hujan lebat tanpa henti sejak petang Jumaat sehingga la ketika aku nak memulakan perjalanan balik pada petang Ahad. Mujurlah kampung di kelilingi bendang, telaga dan parit. Hujan 3 hari 3 malam pun tidak apa. Kalau di Kuala Lumpur hujan lebat selama 3 jam saja sudah tenggelam bandaraya.

Hari Sabtu berbuka puasa ramai-ramai. Meriah. Lauk yang dihidang mengalahkan menu hotel dengan bayaran berpuluh-puluh ringgit sekepala. Itu la nikmat sebenar berpuasa. Cerita pasal makan, balik kampung punah segala diet aku. Makan nasi saja dah 2 kali sehari belum kuih dan air macam-macam jenis. Jawapannya balik KL mungkin aku tak akan jamah nasi selama 2 minggu.

Kerana terlanggar lubang yang sangat besar dan dalam di Jalan Bercham masa nak ke rumah kakak, semalam RM aku beterbangan sebab tayar terkoyak. Mujur juga tayar tu cuma mengelembung aje sepanjang aku speed dari Ipoh ke KL. Errrkk tak dapat aku bayangkan kalau (aku bilang kalau) tayar tu meletup kat lebuhraya. Ok sebenarnya dah sampai KL baru aku check tayar tu pun. Lepas kena tu aku tengok tak de apa-apa walaupun dah rasa mesti ada sesuatu sebab hentakan tu kuat sangat. Tapi sebab dah petang dan letih aku terlupa semua.

Kerana ganti tayar, habis lari bajet aku sebulan. Hilang juga semua bajet aku nak beli pasu dan tanah untuk bercucuk tanam. Nampak gayanya kena tanam dalam air dulu la pokok pandan, daun kesum dan lain-lain herba yang aku bawa dari kampung. Maklum saja rumah tak ada tanah, terima lah seadanya.

Hmm.. Walaupun penat, aku enjoy semuanya.. ok selamat kembali ke rutin harian..



* saya teringin nak berbuka puasa dengan awak lah