Tuesday, April 24, 2007

.::PERTEMUAN vs PERPISAHAN::..

Pertemuan dan perpisahan
adalah lumrah kehidupan

Bila bertemu
tak selamanya kita akan terus dipertemukan
satu hari perpisahan mungkin terjadi

Bila sudah berpisah
tidak bermakna juga akan terpisah selamanya
kita mungkin akan bertemu semula
walaupun dalam suasana
atau keadaan yang jauh berbeza

Tanpa kita sedar
AturanNya itu bersebab
Ada hikmah di sebalik semua
pertemuan dan perpisahan



* Untuk jiran sebelah tembok, selamat ulangtahun perpisahan kita
* Untuk Imie, selamat ulangtahun kelahiran

Semoga persahabatan antara aku dengan kalian berpanjangan

2 comments:

d'arkampo said...

teringat lagu Aud Lang Syne..masa Camp Fire Perkhemahan Badan2 Beruniform dulu-dulu.

Budak2 lelaki sebak..yang perempuan mengalir air mata.Padahal, bukak sekolah minggu depan jumpa lagi.

Padahal.

amyz! said...

lumrah Nida. Nanti, bila-bila kita juga mungkin terpisah. Saat dihati kita penuh dengan sayang. :-)