Tuesday, June 12, 2007

..::KENAPA, TAK PERCAYA?::..

Aku mahu pindah rumah
Cari ruang untuk diri sendiri
Ruang yang lebih selesa
dan bebas untuk aku tengok rancangan TV kesukaan
atau mengisi peti ais dengan barang yang perlu sahaja

Dah sebulan aku beritahu teman serumah
agar mereka lebih bersedia
dan terima hakikat
aku boleh keluar bila-bila aku suka
dan tinggalkan rumah tu kekosongan

Tapi mereka tak percaya
Alasannya kerana
Aku tak kemas barang masuk kotak

Berkali-kali aku nyatakan
Barang-barang aku kebanyakannya
memang disimpan dalam kotak
Yang perlu aku kotakkan ialah
baju-baju kerja sahaja

Tapi mereka masih tak percaya
Alasannya kerana
Aku tak kemas barang masuk kotak

Aku tak perlu simpan peti ais
dalam kotak untuk pindah
Aku tak perlu simpan TV
dalam kotak untuk pindah
Aku tak perlu simpan dapur gas
dalam kotak untuk pindah
Aku tak perlu simpan almari baju
dalam kotak untuk pindah

Tapi mereka masih tak percaya
Alasannya kerana
Aku tak kemas barang masuk kotak

Tak apalah kalau kau tak percaya
Aku dah beritahu awal-awal
Jangan nanti bila aku dah angkut barang
Kamu merayu agar aku tunggu sebulan dua lagi
Sehingga kamu boleh mengisi kekosongan
yang aku tinggalkan

Kenapa, tak percaya?

5 comments:

KiMi said...

mau pindah mana?sungai besi?bila?

Nida Shaari said...

CUKIMI : anytime ar..

nanti mai Lembah Klang bleh ar lepak situ.. eerr buleh la aku buli2 budak kecit tuh ahaha.. :p

Amyz! said...

Wooo.. Aku boleh tolong ko kemas barang bila nanti beb. Lepas tu boleh berenang kat pool. Lepas tu boleh buat party kat rumah ko.. woooaaa.. tak sabar aku! Hahaha.

Kemat said...

kalau nak pindah nanti, mesti ramai datang tolong..bila dah ramai datang tolong, mesti kamu buat makan2..ada ayam panggang, udang goreng tepung dan air sirap oren..hmm..ajak aku sekali nanti..untuk makan..

Nida Shaari said...

AMYZ!ahaha ya kita akan buat party bujang..

KEMAT : ahaha.. Nak pindah tak payah ramai-ramai.. nanti yang ramainya tolong tengok, bukan tolong angkat barang.. InsyaAllah ada rezeki saya jemput makan-makan time raya..