Monday, April 16, 2007

Kawan aku pernah cakap
suruh revise kriteria yang aku letak kepada mana-mana lelaki yang ingin bersama dengan aku

Terfikir pula
Tinggi sangatkah penanda aras yang aku letakkan?

Tidakkah lelaki juga punya kriteria yang tertentu dalam memilih wanita sebagai teman hidup?

Aku tak minta lebih
Cukup sekadar aku senang dengan sesuatu keadaan itu
secara semulajadi
dan aku tahu
tak selalunya kita dapat apa yang terlalu kita inginkan

8 comments:

amyz! said...

Ya. Nida. Sedarlah. Memang apa yang kita nak, tak mudah untuk kita capai. Sekian.

Mood pms & tak larat nak mengeji.

rasso said...

Lawatan sambil belajar... ehehehe

ady said...

akak...apakah penanda aras akak??

cik daun said...

nida guna klcc sebagai penanda aras.. ahaha patut la tak tercapai.. nak naik ketingkat paling atas pon nak kena guna dua lift... susah ginihh..

madulebah said...

AMYZ! : oohh.. jarang sekali ko tak mengeji aku. Terima kasih di atas nasihat

RASSO : Dapat ilmu ke?

ADY : banyak lah.. Salah satunya ialah bijak

DAUN : Keji la ko.. mana ada macam KLCC.. cukup la macam masjid KLCC tuh pun dah OK.. :p

nett said...

Sebuah puisi oleh sasterawan negara.

pendek tapi padat.

segala yang dihasrat
tapi tidak didapat
adalah nikmat
yang paling padat

Nikmat, 1973 A samad Said

ron97 said...

segalanya atas seru
percayalah.

dari orang yang dah kawin, yang atas atas tu, cakap jer lebih, kawin belum. muahahaha

salwa a.k.a tipahlawa said...

Yakin..
DIA yg lebih mengetahui..

Yakin..
DIA yg mampu membukakan hati..

Yakin..
DIA akan 'memberitahu' bila jodoh telah ketemu...

yg penting..
YAKIN... bersama DOA + USAHA + TAWAKKAL..

Amin...