Monday, May 28, 2007

Dalam perjalanan balik ke rumah di atas langit
Ada pakcik yang menekan punat lif ke tingkat 12
sedang bermain-main dengan telefon bimbitnya
di sebelah aku

Tiba-tiba, "ini nombor telefon anak saya."
Pakcik tu bersuara sambil menyuakan telefon hampir ke wajah aku

So what?? Giat aku dalam hati.
Aku masih membatu

Telefon masih belum dialihkan, dia menyambung lagi "Tak nak salin ke??"

WTF?? Rasa jengkel dalam hati memuncak

"Tak payah la.." aku jawab dengan sopan

oohhh lif ni terasa lambat benar nak sampai ke tingkat 12
Kenapa aku perlu berada satu lif dengan pakcik ini?
Adakah wajah aku ni nampak macam orang terdesak mencari calon suami?
Hello.. I'm 18_wannabe okay.. ahaks

Sebelum keluar sempat lagi pakcik tadi bersuara "itu anak saya ye.. anak lelaki" sambil tersengeh macam kerang busuk

ooohhh.. please.. please..

7 comments:

Amyz! said...

hahahahahaha.. WOOOOOWW!! Pakcik tu dah melamar ko untuk anak dia tu. terimalah. terimalah.

Hahaha.

Kan bagus entri ni ada dlm pp?

Nida Shaari said...

ahaha..
keji sangat lah tu

nak masukkan dalam PP apa halnya pulak kejadian ni baru semalam..

Tapi dalam PP ada entry makcik yang terpandang aku dan berkenan untuk dijadikan menantu..

bukankah itu lebih kurang sama??

Anonymous said...

he he...

Jangan salahkan pakcik itu, dia cuba buat yang terbaik untuk anak lelakinya.

...dan dia merasakan bahawa dia ketemui yang terbaik di dalam lif ke tingkat 12.

Persoalannya, apakah orang yang disuakan dengan telefon bimbit sejengkal dari hidungnya itu telah melakukan segala yang terbaik buat dirinya sendiri?

Siapa tahu, mungkin anak lelakinya itu adalah orang ke 30 terkaya di Malaysia?

..atau mungkin seorang ahli pemegang tali pinggang hitam dalam Taekwondo yang sering memakai baju putih tertulis besar 'WTF' di belakangnya..?

Salina said...

dahi hang ada tulis AVAILABLE dalam font verdana saiz 26 (muat kot utk dahi hang tuh)yang transparent. hanya pakcik yg ada henset, dan ada anak lelaki bujang jer boleh nampak.

kakakakaka :p

Kemat said...

dari sudut positif, jika pakcik tu melamar kamu untuk anaknya, pasti pak cik itu merasakan kamu nie cantik, berbudi bahasa, punyai sifat kewanitaan dan keibuan yg tinggi, sopan, menarik dan pandai menghormati orang tua.

sinaganaga said...

Nida,
Aku rasa, kau ni sesuai aaa jadi menantu bapak aku...
HA HA.

Nida Shaari said...

NAGA : eerrr maknanya aku ni sesuai jadi adik ipar kau lah ye?? ahahaha..