Wednesday, September 19, 2007

..::ITU SAJAKAH YANG DIA FIKIR?::..

Di kampung, aku ada sorang jiran. Anak dara. Muda lagi. Umurnya baru dalam 21 tahun kalau tak salah aku. Sekarang tengah sambung belajar kat Sarawak.

Dia ni kalau ada 'masalah' tergempar, baru cari aku. Contohnya dia ada interview kat KL ke, atau terlepas kapalterbang dari Sarawak nak balik Semenanjung, dan memerlukan tempat untuk menumpang tidur atau jemput dia di mana-mana lokasi. Aku tak berapa kisah pun selagi aku tak ada halangan lain.

Cuma, aku agak 'annoying' bila dapat sms daripada dia. Dalam sms nya tak pernah tertinggal soalan "kakak tengah buat apa, dating ke?". Setiap kali sms mesti itu soalannya. Kalau jumpa pula dia tak habis-habis tanya pasal teman lelaki. Dalam perjalanan hidup ni, itu saja ke yang dia fikir? Semalam aku dapat sms daripada dia jam 11.00 malam. Tanya soalan yang sama. Bosan dengan soalan tu, aku jawab "tak dak benda lain ka yang hang pikiaq? Tua-tua ni dok rumah diam-diam lagi best daripada melewaq tau dak."

Terfikir pula aku, pada umur awal 20-an, itu saja kah yang difikirkan? Mahu berteman lelaki atau keluar bersuka ria bersama kawan-kawan. Hmmm.. Mungkin kerana dia belum terdedah sepenuhnya dengan dunia luar, dunia pekerjaan mahupun politik, fikirannya tertumpu hanya pada keseronokan saja. Ya, aku kena akui kami berbeza dari segi tahap pemikirian, kematangan dan pendedahan terhadap dunia luar. Dalam situasi aku sendiri, umur 20 tahun aku dah mula bekerja dan bekerjaya, lalu sedar bahawa dalam hidup ini banyak lagi perkara yang perlu difikirkan. Sedangkan dia masih lagi tercari-cari arah hidup..

9 comments:

Amyz! said...

Jangan kata budak umor 21 tahun, kakak2 kat sini pun kadang-kadang bila aku nak balik, selalu pun tanya, balik cepat nak gi dating ke?

Bukan tak tahu rumah aku kat cheras dan aku balik awal sebab nak elak jam!

Aku rasa dating2 skrg ni, cam poyos je. Sebab aku terbayang couple2 duduk rapat2 kat tembok2 klcc mengadap tasik dan pegang2 tangan. yurkss!!

Nida Shaari said...

AMYZ :
Ha ha ha.. Ya.. ya.. agaknya 'kakak-kakak' kat Jabatan Kerajaan memang macam tu kot? Aku pun selalu ditanya soalan serupa. Bosan betul. Apa ingat orang bujang ni xde rumah ke nak diuruskan. Kain baju kena lipat/basuh, dapur kena berasap juga walaupun sekali sekala..

Dan sekarang aku juga punya alasan "saya duduk juah, mahu elak jem"

Sudah tidak ada istilah 'geli-geli' bagi kita.. ahahaha

Amyz! said...

Nida, best ke dating. Aku rasa lepas kahwin lagi best kan? kan?

Hahaha.

Nida Shaari said...

AMYZ :
Ntah la aku pun tak tau best ke tidak.. tak pernah cuba la..

Lepas kawin semua benda jadi best.. ha ha ha

ezham said...

bila kakak-kakak aku bergosip pasal masa depan, aku rasa the best way is to keep my mouth shut.


Good Luck kakak kakakku. hahahahahaahaks.

Anonymous said...

sokong apa ezham cakap pada kakak kakak

kakak? hahaha

cik puan daun said...

ehehe.. topik generic adalah dah ada bf ke lom? sbb dia ada bf, fikir sumer orqang ada bf kots.. ahahah

Anonymous said...

Lepas kawin semua benda jadi best.. ha ha ha


ye ke?

Ya kot.

Nida Shaari said...

EZHAM / RON97 :
Ye lah.. korang jangan menyampuk apa kakak-kakak tengah dok bincangkan..

CIK DAUN :
ahahah.. ye la.. dia ada laki, ingat orang lain pun ada laki gak kot..

ha ha ha

BRO PO :
Dok diam-diam boleh tak?

:p