Monday, May 21, 2007

Jika anda gian sangat nak menelefon seseorang
telefon la pada waktu yang bersesuaian

Kalau dah telefon pada pukul 12.00 tengah malam
atau pukul 1.00 pagi
dan panggilan tidak berjawab
selepas sekali atau dua kali mencuba
sudah-sudah la dail
tak payah la nak telefon sampai 5 hingga 10 kali
Bodoh betul!!
Mengganggu orang lain yang nak tidur
Faham tak??!!!

Dan orang yang ditelefon tu pun
kalau tak nak jawab panggilan, off je handphone tu
atau letakkan ia dalam mode senyap
supaya tak ganggu orang lain
atau kalau kau memang tunggu panggilan
dan nak pergi dating pukul 1 - 2 pagi
apa barang yang kau tidur mati??

Nak je aku campak telefon kau tu keluar tingkap
tau tak??

4 comments:

Amyz! said...

kalau aku, mmg aku campak henpon tu ke luar tingkap. pagi² esok, room-mate tu tanya, jawab saja tak tahu.

Nida Shaari said...

ha ha ha..
tingkap aku tinggi di atas langit.. jatuhnya nanti terus berderai..

Nanti tak pasal-pasal dia report polis dan peristiwa 2 tahun lepas berulang lagi.. letih aku walaupun dulu cuma sebagai 'saksi'..

biar lah.. sabar sikit hari lagi..

KiMi said...

apa kata bunuh ja dia..jadi tiada siapa akan report polis..
lagipun mazidul kan dah kena tangkap..tiada siapa akan buat pendedahan.

Nida Shaari said...

KIMI : ha ha ha.. bernas sungguh idea tu :p

walaupun Mazidul dah kena tangkap tapi Gelak-gelak-gelak Khas masih ada.. tak boleh lepas jugak