Wednesday, October 10, 2007

Iklan TV keluaran Petronas memang selalu memberi kesan kepada penonton. Kalau tidak masakan dalam kad jemputan untuk A Screening of PETRONAS Popular TV Commercials yang diterima bulan lepas tertulis satu nota "kertas tisu tidak disediakan" kerana mereka yakin pasti ada di antara penonton yang bakal mengalirkan air mata. Terutama sekali apabila menonton iklan sempena hari raya.

Ya. Petronas tidak pernah gagal menyentuh jiwa penonton untuk iklan rayanya. Pertama kali aku menonton iklan raya Petronas tahun ini, aku rasa sebak. Ditambah pula dengan lagu yang melatari paparan adegannya. Alunan bait-bait lirik "ayah dan ibu... ayah dan ibu.. itulah permulaan kami.. dapat melihat bulan dan matahari..aaa.." sungguh meruntun jiwa. Terbuai seketika. Terkenang kisah lama.

Dan rasa aku ini anak yang tidak cukup berbakti kepada kedua orang tua bila kini yang tinggal hanya seorang ibu di kampung.

1 comments:

Amyz! said...

kalau cerita pasal jasa kedua ibu bapa tak terbayar sehingga sekarang.

aku rasa sangat2 terharu pagi tadi dengan keperihatian ayah aku.

seperti biasa aku panaskan enjin kereta waktu pagi sebelum ke tmpt kerja.
kereta aku kena hujan malam tadi. basah. berwap. cermin pun kabur.
ayah balik dari surau selepas solat subuh. siramkan air ke atas kereta aku - biar hilang kabur-kabur dan air bekas hujan malam tadi.
aku keluar lihat kereta aku dah bersih disiram air. aku dah lewat. tak sempat nak ucap terima kasih pada ayah. :-( terukkan aku?
petang ini aku balik, aku nak salam tangan ayah dan ucap terima kasih.

sorry. terbuat entri pendek kat komen ko. since entri kau tentang ibu dan bapa kan?

skrg ni, doa anak yg solehah yang arwah ayah terima. sedekah atas nama ayah. insya Allah. Ayah bahagia di sana... :-) aku tahu ko anak yang baik. :-)