Monday, October 05, 2009

..::RUMAH TERBUKA - DAPUR TERTUTUP II::..

Sambung entry rumah terbuka.

Lepas zohor saya pergi Bandar Teknologi Kajang. Sepupu saya buat rumah terbuka. Agak mengelirukan juga kawasan perumahan di sini sebab ia bersekali dengan kawasan perindustrian. Kena sabar mencari. Dan jika sesat di hujung jalan, sila kembali ke pangkal jalan.



Saya, kakak-kakak saya, anak saudara saya, sepupu saya dan keluarganya. Sepupu saya masak nasi minyak, ayam masak merah, dalca, nasi impit, kuah kacang, puding caramel. Lepak sembang-sembang sampai nak petang. Saya dan kakak-kakak saya berangkat pulang. Tapi tak lah pulang terus. Saya singgah Tesco Semenyih dulu.

Lepas maghrib saya ke rumah kawan sepejabat pula. Di taman yang sama dengan rumah kakak saya, tapi di fasa lain. Ini pertama kali saya ke rumah Gee walaupun dah berkali-kali saya pergi Taman Pelangi Semenyih. Dia taklah buat rumah terbuka. Tapi sudah saya mahu datang, mestilah dia buka pintu. He he he. Tuan rumah jamu bihun goreng, nasi impit dan kuah kacang.



Lepas pot pet pot pet saya dan Gee bergerak pula ke rumah seorang lagi rakan sepejabat. Gee paksa saya pergi sebab katanya sementelah saya ada di situ adalah dia kawan. Kalau tidak, bila lagi mahu ziarah menziarahi, walaupun duduk berjiran.



Suka-suka je pergi rumah orang malam-malam. He he he.. Tuan rumah tak jemu melayan tetamu. Dan tuan rumah ada koleksi pancing yang banyak dan tentu saja harganya mencecah ribuan ringgit. Peerrgghh.

Pukul 10.30 baru saya berangkat pulang dan tiba di rumah jam 11.15 malam. Sungguh memenatkan dengan badan yang melekit-lekit. Selesaikan apa yang patut dan saya pengsan menidurkan diri menjelang 1.00 pagi.

Alhamdulillah di atas segala nikmat yang dikurniakanNya.

..::RUMAH TERBUKA - DAPUR TERTUTUP::..

Alhamdulillah sempena Syawal yang masih berbaki, menjelang hujung minggu jemputan untuk majlis rumah terbuka datang mencurah-curah. Namun tak semua dapat dipenuhi.

Ini cerita saya yang menutup dapur sepanjang 2 hari bercuti.

Jemputan pertama di rumah kawan kakak saya di USJ 19. Saya kurang mahir dengan kawasan persekitaran Subang Jaya & USJ namun saya mendapat bantuan daripada Encik Google. Bila dicari kawasan itu, baru saya tahu bahawa bangunan kondominium berkenaan terletak di atas Digital Mall dan Carrefour USJ19.


Kualiti gambar kurang memuaskan. Saya budak baru belajar


Menu yang disediakan: Nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang, soto, lontong, puding longan, jajan dan sirap. Saya jamah seadanya sebab lepas ni mahu ke Kinrara pula.

Di Kinrara 5, masih rumah kawan kakak saya. Tapi kerana dalam keluarga saya, kawan kita adalah kawan semua orang, jadi memang saya kenal rapat dengan tuan rumah. Dan kalau tidak salah ini sudah kali ke 4 saya ke majlis rumah terbukanya.



Ini gambar kakak saya dengan tuan rumah dan kawan-kawannya sewaktu di SMDB.Suka-suka hati saja kami sambung meja. Macam kedai makan nampak gayanya. Di sini tetamu dihidangkan nasi beriani, ayam masak merah, acar, laksa utara, mee kari, nasi impit, kuah kacang, beraneka kek, puding buah-buahan, buah tembikai dan air oren. Masih saya jamah seadanya sebab lepas ni ada satu lagi jemputan.

Sebelum balik rumah saya singgah rumah Mariah di Bandar Tun Hussein Onn. Mariah pun ada buat makan-makan sikit. Macam-macam ada. Mee kari, soto, nasi impit, rendang ayam, agar-agar pandan yang sedap, tembikai dan air oren. Alhamdulillah, berkat mengawal pemakanan saya dapat menikmati semuanya dengan selesa. Kerana sudah malam dan sudah kenyang, saya lupa mahu rakam gambar kenangan dengan Mariah.

Rumah terbuka hari Ahad saya sambung di entry lain lah.

Wednesday, September 30, 2009

..::INTAI KAMI ANTARA NAMPAK::..

Gempar!!!

Heboh di pejabat, budak perempuan tingkat bawah kena intai dalam bilik air.

Dalam lif pun saya ada terdengar makcik-makcik cleaner bercerita. Makcik cleaner kata dia orang lebih takutkan hantu daripada manusia. Huh!!

Semua jadi risau bila nak masuk bilik air seorang diri. Lebih-lebih risau bila terfikirkan kalau-kalau si pengintai itu sudah pasang kamera tersembunyi dalam bilik air.

Tapi berita terbaru saya dengar si pengintai sudah kena tangkap. Sudah kena belasah. Kata mereka, budak tu masih muda dan muka baik-baik saja. He he he..

Zaman dulu boleh lah kata "sekilar ikan di air sudah tahu jantan betina". Tapi zaman sekarang ikan di darat pun belum tentu kita tahu jantan betina nya.

Eh, macam tak relevan saja perumpaan itu. He he he.. gasaklah kan.

Tuesday, September 29, 2009

..::KLINIK KESIHATAN & UJIAN HIV::..

Pada zaman sekarang, kalau nak mendirikan rumahtangga macam-macam prosedur perlu dilalui.

Tadi, saya pergi Klinik Kesihatan untuk buat ujian HIV. Daripada 16 buah klinik yang telah disenaraikan oleh JAWI, cuma Klinik Kesihatan Setapak saja ada slot. Klinik lain semua sudah penuh. Temujanji paling awal ialah pada 7 Oktober ke atas. Lambatnya lagi. Macam nak menangis saya telefon setiap klinik tanya ruang temujanji. Dan temujanji untuk ujian HIV hanya akan diadakan jam 2.00 - 4.00 petang. Belum termasuk klinik yang cuma buat temujanji pada hari Rabu sahaja atau hari Jumaat sahaja. Ada juga klinik yang cuma ambil 10 orang setiap hari. Siapa yang datang pada hari berkenaan tapi kuota sudah lebih, terpaksa balik begitu saja. Hmmm.. Itu pun Klinik Kesihatan Setapak semacam mempertikaikan pula kenapa saya (atau lebih tepat disebut kami) nak buat ujian di situ.

Fakta mengenai Klinik Kesihatan Setapak. Ia terletak di Medan Makmur, Jalan Usahawan sebaris dengan bilik pameran Proton dulu. Kiri kanan klinik ialah bengkel kereta. Sangat tak macam klinik. Sebab ia berada dalam lot rumah kedai. Ruang dalam klinik adalah sempit dan sesak. Semacam tak dapat nak menampung kapasiti pelanggan. Di situlah orang menunggu, di situ jugalah kotak-kotak stok ubatan diletakkan. Jika diberi pilihan, saya rela pergi Klinik Kesihatan yang lain. Tapi sebab sudah tiada pilihan, redha sajalah.

Sedikit maklumat mengenai ujian HIV. Darah diambil di hujung jari kemudian di letakkan di atas kit seperti pregnancy test kit. Satu garis bermakna negatif dan 2 garisan bermakna positif. Ada juga sesi soal jawab sejauh mana pengetahuan kita tentang HIV. Dan sedikit soalan mengenai diri kita seperti ini perkahwinan kali ke berapa, pernahkah berkongsi jarum suntikan atau pernahkan melakukan hubungan seks dan sebagainya. Jangan risau jika anda mengamalkan gaya hidup sihat. He he he..

Cuma pesanan saya kepada kawan-kawan yang TIBA-TIBA mahu bernikah pada penghujung tahun ini dan ingin menjalani ujian di Kuala Lumpur, sila buat tempahan awal. Tiada keputusan ujian HIV, borang permohonan pernikahan dikira tidak lengkap. Keputusan ujian saringan HIV ini sah dalam tempoh 6 bulan. Jadi tak salah buat awal. Tidaklah nanti terkejar-kejar.

Dan. Doa saya semoga segalanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Monday, September 28, 2009

..::PERMULAAN BARU::..

Selamat hari ulangtahun kelahiran kepada diri sendiri. Bukan hari ini. Tapi semalam. Selamat datang angka 30.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang menitipkan ucapan dan doa. Sama ada di laman Facebook atau melalui pesanan ringkas.

Terima kasih untuk U kerana memilih I sebagai pelengkap hidup.



Hadiah U beri sangat I hargai. Namun, kasih sayang yang dicurahkan adalah tidak ternilai harganya.

Semoga doa kalian sentiasa mengiringi perjalanan hidup saya. InsyaAllah.

Saturday, September 26, 2009

..::1 SYAWAL 1430H

Ini gambar sebahagian ahli keluarga saya di pagi 1 Syawal 1430H.



Lepas sesi bermaaf-maafan bagi duit raya kepada yang layak dan bergambar sesuka hati kami pun membuat rombongan ziarah ke rumah jiran sebelah yang menyediakan hidangan laksa utara yang memang sedap.

Mujur juga rumah jiran tu tak berapa luas dan kami terpaksa memberi ruang kepada tetangga lain yang datang berkunjung kalau tidak mungkin semua masih tak berenti makan laksa. Kemudian kami pergi rumah sebelah rumah sebelah bersamaan dengan rumah arwah Tok Su. Makan soto.

Menjelang Zohor kami pun berangkat balik. Hajat di hati nak cover tidur yang terganggu di malam hari tapi tak dapat sebab sepupu 3 beradik datang beraya.

Dan seperti tahun-tahun sebelum ni juga saya banyak duduk di rumah tunggu tetamu datang dan beri peluang kepada adik beradik saya yang sudah berkeluarga pergi beraya. Semoga tahun hadapan ada kelainannya.

..::29 RAMADHAN::..

Alhamdulillah kita sudah sampai ke punghujung Ramadhan kali ini.

Seperti biasa keluarga saya yang ramai, bila berkumpul maka suasananya sangatlah meriah. Dan ini yang dinamakan kegembiraan ketika berbuka puasa.


Macam-macam ada


Makan makan dan makan. Berhenti solat. Kemudian sambung makan makan lagi. He he he

Lepas Isya' lepas dah dengar pengumuman raya maka aktiviti seterusnya bermula. Ketupat saya dah rebus di siang hari. Jadi tinggal buat kuah kacang, masak rendang, balut pulut dan masukkan biskut raya dalam balang. Tapi memandangkan angkatan tentera adalah ramai maka urusan boleh menjadi mudah dan lancar.

Sebagai orang Banjar yang masih mengekalkan tradisi, 'pulut pasung' adalah hidangan wajib di pagi raya.


"Walaupun mata saya sudah mengantuk tapi saya terpaksa menunjukkan contoh yang baik sebagai ketua keluarga"



"pulut yang telah ditanak diletakkan di atas daun pisang"



"Kemudian padatkan begini. Lihat jari jermari saya... lembut kannnn"



"Bila dah padat, gulung dan ikat di 3 bahagian seperti pocong"

"meh Ani 'kolong' abah"


Aktiviti menyediakan juadah hari raya diteruskan dengan aktiviti makan makan dan pot pet pot pet(lagi) bila Kak Mah sekeluarga sampai menjelang 1.00 pagi. Sebahagian orang lelaki mula menonton bola sepak di Astro. Budak-budak yang tak mahu tidur terus bermain. Orang yang nak tidur terpaksa bersabar.

Friday, September 25, 2009

..::DALAM PERJALANAN::..

Ini cerita dah seminggu lebih berlalu. Semua entry adalah backdated.

Balik cuti haritu saya tak bawa balik laptop jadi memang saya tak jenguk langsung blog. Gambar pun terdampar sepi dalam camera.

Perjalanan balik ke kampung bermula pada 17 September 2009 jam 12.00 tengahari. Cadangan awal mahu balik sesudah subuh. Tapi biasa lah kita cuma merancang. Ada urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Urusan berkaitan masa depan.

Alhamdulillah walaupun panas terik dan hujan sekejap-sekejap di sesetengah tempat, perjalanan saya lancar. Saya singgah di Kampar untuk menunaikan solat di samping menziarahi kakak ipar saya yang baru dua hari melahirkan anak. Yang ke-7 ok.


Baby berusia 2 hari yang belum ada nama



2 orang kakak yang sangat teruja dapat adik


Pot pet pot pet dengan kakak ipar dan anak-anak saudara. Kemudian tidur seketika. Saya pun bersedia untuk meneruskan perjalanan. Jam 5.15 petang. Hujan lebat. Namun, perjalanan perlu diteruskan.

Speed speed dan speed. Maklum lah lebuhraya sekarang sudah tiada sekatan tol di Jelapang. Lagipun saya tak mahu berbuka puasa dalam kereta dengan minum air kosong saja. Menjelang waktu berbuka puasa, saya selamat sampai di rumah. Dan terus duduk berbuka puasa dengan emak.

Wednesday, September 16, 2009

..::5 MALAM TERAKHIR RAMADHAN::..

Saya agak sibuk di pejabat. Menguruskan perihal boss saya yang akan bertakbir di dalam kapal terbang. Kasihan juga jika dikenangkan. Tapi, saya yang menurut perintah kaedahnya kan.

Di samping itu, perasaan nak balik kampung beraya makin menebal. Tekak asyik rasa nak makan rendang, ketupat, nasi himpit, kuah kacang dan macam-macam lagi. Tapi biskut raya saya tak berapa. He he he. Ok sila jangan layan nafsu makan yang berlebihan itu. Dan sila kenangkan kain baju seluar yang sudah tidak muat dipakai.

Sebut tentang makan, hari Isnin lepas saya berkesempatan berbuka puasa dengan Mya. Tujuan asal mahu buat sesi penyerahan barang segala, tapi sudahnya jadi aktiviti makan dan pot pet pot pet mengenai perancangan masa depan sahaja. Kami makan di Lanai Kijang yang sungguh aman dan damai.



Kami duduk di meja nombor 7.
Kurma dan bubur lambuk diberi percuma. Sedap.



Menu utama saya pilih laksa Johor dan air summer apa ntah namanya. Campuran mangga dan oren. Sebagai pencuci mulut saya ambil banana bowl iaitu potongan pisang dengan 3 scoop ice cream.

Alhamdulillah. Makanan sedap dan murah. Suasana tenang. Surau adalah luas, bersih dan cantik. Cuma Lanai Kijang tidak dibuka kepada orang awam.

Sebelum menamatkan entry, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf daripada semua pembaca blog saya. Jika ada yang tersinggung dengan bahasa penulisan saya, maafkan jua. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah insan tersayang.

Friday, September 11, 2009

..::MERTUA YANG LUCU::..

Kelmarin. Pada hari saya berduka lara itu. Bakal ibu mertua saya menelefon. Lagi. Dia memang rajin telefon orang. Tapi sejak Ramadhan ini kali pertama dia telefon saya.

Sebenarnya saya tak dengar pun bunyi telefon sebab saya sedang masak di dapur dan telefon ditinggalkan di dalam bilik. Selesai masak saya lihat telefon berkelip-kelip. Jadi lepas mandi dan wangi-wangi saya pun telefon dia semula.

Dengar saja suara saya, bakal ibu mertua saya itu cukup gembira. Ok saya pun berbual seperti biasa. Ceria juga. Lagipun tidak elok lah jika saya pamerkan duka lara saya. Petuanya bercakap sambil senyum dan ketawa. Kadang-kadang walaupun agak palsu tapi ia tetap boleh diterima.

Pot pet pot pet lah kami tentang juadah berbuka puasa, tentang pasar Ramadhan, tentang menu kegemaran, tentang itu tentang ini termasuk juga tentang anak lelakinya. (Tapi tak pula berbual tentang baju raya atau mesin jahit).

Sedar tak sedar berbual waktu berbuka puasa pun dah hampir. Sebelum letak telefon bakal ibu mertua saya mengucapkan selamat berbuka puasa. Tak cukup itu, ditambah lagi dengan ayat "kita berbuka puasa 2 orang..." diiringi dengan ketawa halus. Waaahhh sudah pandai 'main kotor' ye. "Ye lah.. makan tu ingat-ingat le kita yang sorang-sorang ni." Balas saya dalam nada sayu. Dan kami ketawa lagi sebelum berbalas ucapan salam.

Lalu, sedikit sebanyak duka lara saya hilang dan diganti dengan rasa lucu yang masih bersisa.

..::PEDAS::..

Ulang siar gambar semalam.



Asam pedas tu pemberian daripada jiran saya. Baru makan masa sahur tadi. Sebab semalam masih makan spaghetti. Itu pun kuah masih berbaki.

Cerita tentang asam pedas tu, mak aih rasanya memang pedas (bagi orang yang tak berapa makan pedas macam saya ni lah). Kalau lidah Cik Puan Daun tentu dia kata rasanya biasa saja.

Eeerrrr... Tapi dah namanya pun asam pedas kan? Tentulah pedas. Kalau tak tentu namanya asam manis atau asam masin. Ngeee..

Apapun, makan je lah. Rezeki. Jangan banyak komplen.

Thursday, September 10, 2009

..::MERAWAT HATI YANG LARA::..

Semalam. Saya agak berdukacita. Ada perkara yang kadang kala agak sukar untuk difahami. Tapi saya sedang cuba dan berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Jam 1 tengahari saya ke Mid Valley. Jumpa Akzam untuk pungut (?) atau kutip (?) barang yang dikirimkan oleh Ika. Saya sungguh kagum dengan diri sendiri kerana berjaya menyelesaikan misi dalam masa satu jam. Tahu sajalah kesusahan mencari parkir di Mid Valley pada waktu puncak. Tapi saya berjaya juga.

Mid Valley sangat meriah. Cuma saya tiada hati mahu membeli belah.

4.30 petang saya terus balik. Sekali lagi saya berasa kagum. Belum pun jam 5.00 petang saya sudah membayar tol di Plaza Tol The Mines. Sesuatu yang belum pernah berlaku di bulan Ramadhan ni. Memandangkan waktu masih awal saya singgah pasaraya untuk beli barang masak. Tak lengkap, saya singgah pula pasar malam.

Kebetulan depan pasar malam ada tempat cuci kereta. Jadi saya tinggalkan kereta di situ untuk dibersihkan. Lega rasa hati bila nampak kereta sudah bersih dan berkilat. Sebetulnya juga memang sudah agak lama saya tak cuci kenderaan itu. Cuci sendiri jauh sekali.

Sampai rumah saya terus mulakan aktiviti memasak. Ya, memasak juga satu terapi. Masak ala kadar saja. Yang penting ia boleh merawat duka lara saya.



Saya masak spaghetti (lagi) walaupun baru hari Ahad lepas saya sediakan masakan tu. Tapi haritu saya tak puas makan. Jadi kali ni saya masak macam untuk 3-4 orang makan. Maka makan lah saya spaghetti sepuas-puas hati.

Sebelum tu, sedang saya bersiap-siap nak hidang makanan ada orang bagi salam di pintu. Dan. Ini rezeki yang dihantar oleh jiran sebelah rumah.



Jadi, hari ini saya sudah ada lauk untuk berbuka puasa.

Dan. Hati saya juga sudah tidak berduka dan berlara.

..::KAD RAYA::..

Ini kad raya pertama yang saya dapat tahun ini. Kad ucapan lebih tepat sebab ia mengandungi ucapan salam Ramadhan dan salam Idulfitri. Hmmm... Entah-entah ini satu-satunya kad yang saya dapat. Apa pun saya sangat suka petikan hadis yang tertera pada kad berkenaan. Terima kasih kak Fifi, agen insurans saya yang sudi menitipkan kad ini.



Oh, orang lain dah berkeping dapat kan, kau baru dapat satu dah nak bising. Ha ha ha.

Wednesday, September 09, 2009

..::PUTARAN HIDUP::..

Kemas kini hari ini dimulakan dengan ucapan takziah kepada Mat Jan dan Kak Max di atas pemergian bapa mereka (Pak Long) pada jam 6.10 petang semalam. Al-Fatihah kepada arwah pak long. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Dan semoga Mat Jan dan keluarga tabah menghadapi keadaan ini.

Kemudian saya mahu mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Norsalina Harun. Semoga cepat-cepat bertemu jodoh yang baik ya. Dan saya dapat tahu Norsalina hari ini bukan seperti Norsalina yang saya mula-mula kenal 5 tahun lalu. Norsalina kini sudah pandai mengenakan kebaya pendek. Wow!!

Dan ini pula sedikit omelan. Mahu melepaskan aura hitam. Hujung minggu lepas saya berkesempatan menunaikan solat tarawikh di surau. Itupun kebetulan sebab saya pergi berbuka puasa di rumah kakak. Selalu buat di rumah sahaja. Di surau mana tidak perlu saya sebut. Ini tentang budak-budak dan budak tak berapa nak budak yang pergi surau, bukan solat tapi main, menjerit-jerit dan berlari ke sana ke mari di luar. SANGAT mengganggu. Saya rasa mahu pang saja mereka dan ibu bapa mereka. Tak boleh nak salahkan budak juga sebab memang jadi kebiasaan bila jumpa kawan, dalam fikiran mereka cuma mahu bermain saja. Yang penting ibu bapa perlu buat pengawasan dan pemantauan. Tegur perlakuan anak tu. Apa tujuan bawa anak ke surau? Nak melatih mereka bukan? Jadi latih betul-betul. Kalau dibiarkan saja macam tu, baik tinggalkan saja di rumah daripada mengganggu jemaah lain.

Ok. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus perlahan-lahan. Dua tiga hari kebelakangan ini sakit kepala saya menyerang kembali. Entah kenapa. Mungkin saya makan ikut suka hati saja waktu berbuka dan bersahur. Atau mungkin juga perubahan hormon. Tapi sakit kepala yang dialami semalam saya yakin berpunca daripada stress. Saya mahu bercuti tapi cuti saya cuma tinggal 20 hari selepas ditolak cuti raya. Tak apa lah sabar dan tunggu cuti panjang hujung tahun saja.

Sekian. Entry ini tiada tajuk khusus. Sekadar mahu kemaskini.

Friday, September 04, 2009

..::FIKIR::..

Kadang-kadang.

Saya rasa sel-sel di dalam otak saya berkelip-kelip dan bercambah seperti kanak-kanak di dalam iklan susu di televisyen.

Macam-macam perkara berlegar-legar di fikiran.

Dan. Saya dituduh terlalu banyak berfikir. Sebab tu saya sakit kepala.

Tapi. Saya tetap rasa itu adalah normal apabila kita memikirkan perkara yang berkaitan dengan diri kita.

Thursday, September 03, 2009

..::DUIT RAYA::..

Tadi. Saya dengar dalam radio. Topik perbincangan tentang boros. Dan kaitannya dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Sangat bagus kupasan-kupasan yang dibuat oleh tetamu jemputan.

Cuma saya tak mahu ulas tentang perkara itu. Lagipun saya percaya semua orang tahu boros tu adalah perangai yang tidak baik. Bukan sahaja di bulan Ramadhan, malah di bulan-bulan lain juga.

Saya mahu cerita tentang kakitangan Kerajaan yang dapat gaji bulan Ogos pada 25hb yang lepas. Pada 10 September nanti sekali lagi kakitangan Kerajaan akan terima gaji. Untuk bulan September. Belum habis dengan itu, gaji bulan Oktober dijadualkan akan diterima pada 8hb. Duit gaji bulan lepas belum habis belanja dah masuk gaji untuk bulan yang baru. (Oh, kemudian masih mahu bonus perayaan pula).

Memang nampak mewah. Sekelip mata. Tapi jika tak pandai mengurus, dan boros di bulan perayaan ni mungkin tanpa disedari hujung-hujung nanti kekeringan. Kena sedar bahawa gaji bulan November hanya akan diterima pada 25hb.

Kadang-kadang bila nampak duit dalam akaun masih banyak berbaki, mata mula jadi gelap. Mula terbayang kasut, baju, beg tangan dan segala macam perkara lagi. Tapi terlupa pula hutang kereta, duit rumah, bil-bil yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, susu anak, lampin pakai buang dan macam-macam lagi.

Jadi, pesanan saya untuk diri sendiri dan kawan-kawan marilah kita sama-sama merancang perbelanjaan sebaik mungkin agar kita tidak kekeringan di kemudian hari.

Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

eh eh silap slogan. he he he

Tuesday, September 01, 2009

..::PARAM PERTAMA SAYA::..

Hari Sabtu lepas saya pergi Shah Alam. Ada misi penting untuk masa hadapan. Kadang-kala janji-janji yang dibuat sendiri kepada diri sendiri boleh diabaikan jika ia melibatkan perkara yang penting.

Urusan pun selesai tak selesai dah pukul 4.00 petang. Tentu bila balik rumah saya dah tak sempat nak masak. Jadi saya (atau lebih tepat disebut kami) pergi saja Pasar Ramadhan (PARAM) bersebelahan Giant (Stadium) Shah Alam.

Memang bila pergi PARAM, otak mula tak dapat berfikir dengan waras. Mata tengok itu rasa nak. Tengok ini pun rasa nak. Bau makanan yang menusuk kalbu jangan dibayangkan bagaimana perasaannya. Asalnya saya nak ambil gambar keadaan PARAM yang dah sesak walaupun masih awal, tapi tak jadi. Segan. Orang di sebelah saya tu belum tahu ketegaran saya dengan blog.

Bila sudah membeli, saya jadi insaf. Seketika. Kalau masak di rumah, tak lebih RM20 pun belanja. Puas hati. Rasa pun ikut selera tekak sendiri. Kalau makanan beli ni belum tentu lagi menepati citarasa.

Inilah makanan yang dibeli di PARAM pertama saya di bulan Ramadhan ini.

murtabak ayam + kuah kari | air tebu | rojak Singapore + kuah kacang | popia SS Ali


Komen saya: Murtabak ayam + kuah kari tu boleh tahan la walaupun kuah agak masin. Saya abaikan sebab bulan puasa. Air tebu tak berapa nak boleh diterima. Dan saya syak itu air tebu semalam yang tak habis. Mungkin saya tertipu dengan aksi memesin tebu di belakang gerai? Saya berpuas hati dengan rojak Singapore dan kuah kacang. Dan, popia SS Ali, hmmm mungkin hanya gah pada nama.

Walaupun makanan itu dibeli dan dikongsi untuk dua orang yang masih belum tinggal serumah, tapi bahagian untuk seorang masih banyak. Malah masih boleh dikongsi bersama. Lalu, sekali lagi saya insaf. Terkial-kial habiskan makanan supaya tidak membazir dan jadi sahabat Syaitan pula. Nauzubillah.

Kejadian itu membuatkan saya berfikir lebih baik masak sendiri di rumah. Lebih terjamin dari segi kebersihan dan rasa. Dan pasti berbaloi-baloi.

..::MENU BUJANG::..

Bulan Ramadhan ni tak banyak aktiviti luar dilakukan. Kebetulan pula dengan penyebaran virus H1N1, memang rasa tak berapa nak berani pergi tempat sesak-sesak. Jadi, rutin harian cuma pergi dan balik kerja. Tepat pada waktunya. Kalau tak keluar 4.30 petang, memang 'masak' atas jalanlah jawabnya.

Nak kemaskini blog pun tak berapa nak ada cerita selain daripada cerita makanan, resipi dan juadah berbuka puasa. Tapi memang itu pun keadaannya. Belum habis satu hari, sudah fikir menu pada hari berikut. Kadang-kadang siap ada menu untuk seminggu. He he he.

Untuk mengelakkan diri daripada masak nasi goreng setiap hari, hari jumaat lepas sebelum pergi kerja saya dah keluarkan sotong dari tempat beku. Letak di bahagian bawah. Jadi bila balik waktu petang tak ada-lah sotong tu masih keras kejung. Saya tak ada bibik nak dipesan-pesankan macam Acik Sapinat tu. Semua buat sendiri.

Saya rasa mahu buat masak asam sotong. Tapi baru teringat asam jawa saya habis dan saya asyik terlupa nak beli. Plan B saya ialah buat sotong goreng tepung. Abaikan saja makan nasi tak ada kuah, janji saya kenyang.

Makan cicah dengan sos macam tu saja pun dah sedap. He he he.


Sahur saya goreng megi. Teringin sangat. Lupakan seketika jika itu makanan yang kurang berkhasiat.

Nak masak ni sebenarnya kena kreatif. Jangan membazir juga. Lebihan makanan atau bahan masak, kita reka buat menu lain pula. Itu pun salah satu sebab kenapa saya asyik makan nasi goreng. Ngeee..

Tepung dan telur yang saya guna untuk buat sotong goreng tepung pada hari Jumaat masih berbaki. Jadi saya bancuh kedua-dua bahan tu dengan sedikit air. Masukkan secubit garam. Oh, tepung saya guna campuran tepung beras dan tepung gandum. 30 minit sebelum waktu berbuka puasa, baru saya mula menggoreng.

Cendawan Goreng Tepung


Petua: Lebih lama bancuhan tepung dibiarkan, lebih rangup hasilnya nanti.

Sekian, menu bujang seorang saya.

Monday, August 31, 2009

..::9 & 10 RAMADHAN::..

Semalam. Utusan 'abang' jiran datang lagi.
Kali ini datang bersama sepinggan pisang goreng.



Dan. Hari ini. Saya balas dengan Puding Caramel.



Manis. Semanis yang membuatnya. Kan? He he he.

Sunday, August 30, 2009

..::KENAL::..



- Kenapa bulu mata U dalam gambar ni nampak lain je?

+ Ha ha ha.. Memang la lain sebab tu bulu mata palsu.. U tak perasan ke haritu?

- I ingat biasa-biasa je. Tak perasan la. Dah tengok gambar baru nampak detail

+ Mujur kenal gak lagi yang mana satu Hanida

- Mesti la kenal.. Tak kenal maka tak cinta.. Ha ha ha

*Speechless*

Friday, August 28, 2009

..::RAMADHAN KE 6::..

- U masak apa hari ni?

+ Nasi goreng

- Bancuh air ape?

+ Teh O panas

- Aik? Semalam tanya, nasi goreng ngan teh O. Kelmarin tanya pun nasi goreng dengan teh O

+ Ok ape? Nasi goreng senang. Campak-campak campur semua. Siap. Teh O pun sama-lah

- Hmmm... Nampak gayanya terpaksalah I redha makan nasi goreng ngan teh O panas hari-hari

+ Ha ha ha

Wednesday, August 26, 2009

..::PETI SEJUK::..

Di pejabat. Tempat yang suhunya sedap-sedap cuma di tandas. Tempat lain semua macam duduk dalam peti ais.

Bilik saya. Saluran aircond keluar betul-betul di atas kepala. Rasa macam beku otak. Terus sakit dan pening kepala saya dibuatnya. Siling pula tinggi. Tak sampai nak tutup lubang tu. Tak tahu cara mana nak buat dah. Bagi panas.

Tapi. Manusia memang macam tu, kan? Jarang nak sedar dan bersyukur. Panas komplen. Sejuk pun komplen.

Tuesday, August 25, 2009

..::BIHUN ABANG::..

Ramadhan kedua. Waktu baru melepasi jam 7.00 malam. Saya sedang mengupas buah di dapur.

Tiba-tiba kedengaran suara orang memberi salam di luar pintu. Sekali. Saya diam kerana tak pasti kepada siapa salam diberi walaupun yakin kerana jiran hadapan rumah saya berbangsa cina. Kali kedua. Saya jawab salam. Sambil mengintai di sebalik pintu.

"Ni abang saya bagi".

Kata seorang budak perempuan sambil menunjukkan sepinggan penuh bihun goreng yang masih panas berasap.

"Oh, rumah sebelah ek?" Tanya saya terkejut.

Bergegas saya cari kunci untuk buka grill tanpa menunggu jawapan budak perempuan tu. Saya sambut pinggan dan ucap terima kasih.

Dan. Ketawa saya pecah di sebalik pintu yang sudah ditutup.

Apakah?

Monday, August 24, 2009

..::YANG DAH LAMA DITINGGALKAN::..

Dah hampir 2 tahun saya tinggalkan kemahiran saya ini.
Ingatkan dah hilang.




Rupa-rupanya masih bersisa.




Dato' kata dia bagi 60%. Ha ha ha. Jadilah tu.

Sunday, August 23, 2009

..::PUASA PERTAMA::..

Alhamdulillah, dapat juga saya berpuasa pada hari pertama 1 Ramadhan. Mungkin berkat kesabaran saya mengawal emosi dan mencukupkan tidur saya yang dah terganggu 2 hari sebelum tu. He he he.. Boleh ke sebenarnya macam tu?

Kerana rasa semangat, saya telah memasak juadah berkenaan untuk meraikan kejayaan saya berpuasa.



Sup tulang | Kacang buncis goreng + telur | Ikan masin | Kurma + buah lai | Nasi putih | Teh O panas


Cukuplah makan sorang. Sup tulang tu ada lagi lebih. Lepas tu masa sahur saya celur saja mee dan jadilah mee sup. Alhamdulillah.

Apa pula hidangan berbuka puasa dan bersahur anda? Jangan jawab sebatang rokok ya. He he he

Friday, August 21, 2009

..::SELAMAT::..

Di kala umat Islam baru mahu memulakan puasa,

saya sudah berhari raya.

Selamat menunaikan ibadah Ramadhan..

Wednesday, August 19, 2009

..::MASAK VS MAKANAN::..

Dalam minggu ni saya asyik balik awal. Jadi bila balik awal saya berkesempatan untuk masak. Semalam asalnya saya cuma nak masak sotong goreng kunyit. Tapi bila bersembang dengan kawan-kawan pasal makanan, menu dan resipi macam-macam keinginan timbul. Kemudian saya ternampak pula gambar mee goreng dalam blog Chika.

Gigih saya berkejaran balik awal, kemudian singgah kedai cari mee dan sawi.

Ini hidangan makan malam saya



Ada lebih lagi, pagi tadi saya bawak bekal. Jimat duit sarapan saya.

Habis bab makan malam dan sarapan. Ini pula cerita makan tengahari.

Tadi saya agak sibuk membuat suntingan untuk ucapan YB Menteri sempena program esok hari. Jadi saya tapau dulu nasi dan lauk. Dan sekarang baru saya berkesempatan untuk makan.

Tapi, gempar okay!!!



Nampak tak apa yang saya cuba tunjuk? Kalau tak nampak sila klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Perasaan saya bercampur baur. Marah. Lapar. Sedih. Semua ada.

Tapi, saya kena redha bahawa itu bukan rezeki saya.

..::IBU MERTUAKU::..

Kata orang; bila kita berkahwin, kita bukan hanya berkahwin dengan pasangan, sebaliknya kita akan berkahwin dengan seluruh ahli keluarganya.

Maka, saya sedang cuba membiasakan diri dengan keadaan itu.

Oh, saya belum berkahwin. Dan saya juga belum ada ibu mertua.

Tetapi saya ada bakal ibu mertua. Yang rajin menelefon saya. Yang sangat peramah. Yang akan bercakap apa yang dia mahu cakapkan secara terus terang. Katanya lebih mudah. (Owh, Tuhan berilah saya kekuatan untuk bercakap dengan sopan tanpa membalas dengan ayat-ayat sarkastik yang menjadi kebiasaan dan tabiat (kurang baik) saya).

Pada suatu hari dalam perbualan kami, bakal ibu mertua saya bertanya sama ada saya pandai menjahit ataupun tidak. Ok saya rasa terperangkap. Mahu jawab tidak, jatuh pula saham saya nanti. Lagipun saya (agak) pandai menjahit cuma tidak cekap kerana tidak berlatih. Sebab selalunya saya sekadar alter baju kemudian sembat saja atau jahit manik-lah kan. Mahu jawab pandai, nanti memandai-mandai pula. Ha ha ha.

Lalu saya memilih jawapan "boleh lah" sebagai langkah selamat. Lagipun pakar motivasi selalu kata jawapan bolehlah itu mungkin boleh jadi boleh atau mungkin juga tidak boleh. Eeerrr berbelitkah ayat itu? he he he. Tapi mulut ini terlebih pula tambah ayat "tapi saya takde mesin".

Dan. Ayat itu semakin memerangkap saya apabila bakal ibu mertua menawarkan sebuah mesin jahit untuk dibawa pulang nanti.

Matilah saya!!!!!

Tuesday, August 18, 2009

..::SUDAH DIMILIKI::..

Saya

sudah

memiliki



anda

bila

lagi?

Monday, August 17, 2009

..::PILIH-USAHA-DOA-TAWAKKAL::..

Selamat menempuh alam pekerjaan diucapkan kepada anak saudara saya yang akan mula bekerja pada hari ini.

Baru tamat pengajian 4 bulan yang lalu. Belum konvo pun. Tapi sudah ditawarkan pekerjaan di sebuah syarikat multi-nasional dengan jawatan yang sangat baik. Jawatan baik, tentu saja pendapatan memberangsangkan. Jadi, pandai-pandailah urus kewangan dan bayar dulu pinjaman pelajaran. (Jangan jadi macam saya).

Dalam perbualan kami tentang cubaan saya minta dibelanja dan pemberitahuan bahawa peruntukan duit raya akan dimansuhkan, anak saudara saya bertanya sama ada tidak terlalu awalkah untuk dia memulakan kerjaya. Maklum sajalah belum puas mahu bermalas-malasan bangun lambat di rumah, celik mata saja makanan sudah terhidang, malah boleh suka-suka hati melayari internet.

Kata saya, terima saja. Sudah rezeki. Zaman sekarang bukan mudah untuk dapat pekerjaan yang kita mahu. Ada orang yang bertahun-tahun tamat pengajian tetapi masih belum punya rezeki untuk bekerja dalam bidang yang dipohon malah masih tanpa rasa jemu mencari peluang pekerjaan yang diimpikan. Mungkin itu kelebihan yang dimilikinya kerana memilih bidang yang dipelopori golongan lelaki.

Begitu juga kisahnya dengan seorang lagi anak saudara saya yang mendapat tawaran pekerjaan dalam sektor awam, tetapi dalam masa yang sama mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya nasihatkan untuk dia terima saja tawaran pekerjaan. Peluang untuk melanjutkan pelajaran nanti akan lebih terbuka dengan pelbagai tawaran biasiswa. Lagipun dia masih muda. Yang penting terpulang pada diri sendiri kemudiannya sama ada masih mahu melanjutkan pelajaran atau tidak. Jika pilihannya tidak, maka jadilah macam saya.

Dalam hidup kita semua adalah tentang pilihan. Namun ketentuan tetap datang daripadaNya. Walaupun kita telah memilih, dan sekuat manapun kita berusaha untuk mendapatkannya, jika tiada keizinanNya, ia tetap bukan untuk kita. Maka kita harus redha tanpa hilang rasa putus asa untuk terus berusaha.

Selamat menempuh bulan Ramadhan. Rebutlah peluang Ramadhan ini kerana tiada siapa yang tahu akan ada peluang lagikah Ramadhan akan datang untuk kita.

Friday, August 14, 2009

..::SUATU LAMARAN::..

Saya perlukan rehat. Saya perlukan sesuatu yang boleh melapangkan fikiran. Walaupun untuk seketika.

Jadi, mengambil peluang waktu rehat yang panjang pada hari Jumaat, saya bergegas berjalan kaki ke Pavilion KL. Saya mahu tonton The Proposal. Seorang diri. Sejak perkataan "berdua lebih baik" terpakai untuk saya, bermakna sudah 4 bulan saya tidak menonton wayang seorang diri. Tapi, ada ketikanya saya masih mahu menikmati masa bersendirian.



"Sandra Bullock stars in the romantic comedy The Proposal, as a Canadian immigrant who creates a demanding and difficult work environment for her subordinates at the office. When the news arrives that she's about to be deported to the Great White North, she rushes into a marriage of convenience with her young assistant (played by Ryan Reynolds) to prevent such a catastrophe from occurring."


Waktu saya sampai, filem sudah bermula sekitar lebih kurang 15 - 20 minit. Saya rasa sedikit kerugian di situ. Namun 100 minit kemudian tidak menghampakan. Saya sangat terhibur. Saya ketawa. Dan saya juga menitiskan air mata. Ok. Saya dalam mood tidak begitu stabil.

Saya sangat suka cerita ini. Lagipun saya memang penggemar filem bercorak komedi romantik. Ditambah pula filem ini dilakonkan oleh Ryan Reynolds yang sangat kacak. Hmmmm. Saya cuba boleh berjumpa Ryan Reynolds di dalam mimpi. Itu pun kalau termimpi. Ha ha ha.

Cuma sepanjang menonton saya agak terganggu dan berasa jengkel dengan lelaki tidak pergi solat Jumaat yang duduk di kerusi belakang saya. Sudahlah ketawa tidak ingat. Asyik menendang kerusi saya pula. Apa kes? Saya kira tempat duduk di GSC Pavilion antara yang paling selesa pernah saya pergi. Sungguh menjengkelkan. Walaupun saya sudah berubah tempat ke tempat duduk yang lain, masih lagi perkara yang sama berlaku.

Oh. Sekian sahaja cerita tentang lamaran. Sebuah filem yang begitu mengghiburkan di samping memaparkan betapa ikatan dan kasih sayang dalam sesebuah keluarga itu selalu memberikan satu rasa yang mengharukan.

..::MAKANAN-SEIMBANG-KONONNYA::..

Semalam. Saya pergi jumpa doktor. Lagi. Kali ini saya pergi klinik swasta yang selalu saya pergi. Tak kuasa saya mahu tunggu berjam lama di hospital Kerajaan tapi kemudian cuma diberi paracetamol 2 papan.

Sila kagum dengan diri sendiri kerana sudah tidak berapa takut untuk jumpa doktor. Tapi, saya jadi takut semula bila doktor minta saya buat ujian darah walaupun semalam tekanan darah saya adalah normal.

Lalu, sekembali dari klinik saya singgah di pasaraya. Gigih saya cari bahan mentah untuk dimasak. Cari bahan yang dikatakan boleh menambah darah.

Hasilnya, dapatlah satu hidangan makan tengahari yang saya kira seimbang dan lengkap. Kononnya-lah. Saya tidak arif pun tentang piramid makanan. Belasah saja dengan harapan ia mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan saya.



Lepas makan saya perlu telan pula ubat-ubatan. Doktor bekalkan saya ubat tambah darah dan folic acid. Kakak saya kata macam ubat orang selepas keguguran. Mujur juga saya belum 'tumpah darah'. Kalau tidak makin kurang-lah darah saya. Huks.

Dan. Sebenarnya juga. Yang paling penting saya perlukan rehat yang secukupnya. Namun, bekerja di tempat kerja saya ini, tiada istilah berehat bagi mereka. Entahlah.

Kawan-kawan doakan saya juga ya.

Wednesday, August 12, 2009

..::MENGANDUNGi::..

Masih dengan cerita saya yang kurang sihat.

Hari ini saya pening-pening dan meloya. Lalu pada waktu tengahari saya gagahkan diri keluar dan pergi ke farmasi. Tujuan utama mahu beli vitamin. Alang-alang di situ, saya tanya juga ubat pening dan loya.

Pembantu farmasi tanya "mengandung ke?"

"Eh, tak mengandung-lah" Jawab saya. Yakin.

"Kalau tak mengandung macam mana boleh loya?" Tanya pembantu farmasi lagi dalam nada 'sesuatu'

"oh, saya meloya sebab saya ada tekanan darah rendah"

Pembantu farmasi agak berpuas hati dengan jawapan lalu pergi semula ke belakang kaunter dan sediakan ubat untuk saya.

Semasa mahu membayar, terasa juga mahu beli PTK. Ye lah, asyik pening dan meloya saja kan sejak akhir-akhir ni. Dah uji baru boleh jawab dengan yakin.

Ha ha ha. *PAANGGGGG*

..::MAKAN HATI::..

Kerana tekanan darah saya rendah, kawan-kawan menasihatkan saya supaya selalu-selalu-lah makan hati.

Eeeerrr... Sebenarnya.

Saya memang selalu makan hati.

Heh!!

Friday, August 07, 2009

..::SIAPA YANG AJAR?::..

Siapa ajar kamu angkat ikan masin dari kuali panas dan terus letak atas bekas polistrina?

..::BERANI KERANA BENAR::..

Saya selesema, batuk dan sakit kepala. Cuma demam saja tidak. Kerana bimbang dengan gejala yang melanda sekarang ni, saya pun beranikan diri pergi hospital. Mahu buat saringan. Bapak punya ramai orang. Saya dapat nombor 50. Masa tu nombor yang dipanggil baru dalam 15. Sabar sajalah.

Borang saringan



Pembantu perubatan yang periksa saya tak percaya dengan tekanan darah saya yang rendah. 3 kali dia ulang periksa. Sakit tangan saya kena cengkam dengan getah tu. Walaupun dia pakai topeng, tapi saya rasa dia comel sebab malu-malu nak pegang tangan saya untuk periksa denyutan nadi. Ha ha ha.

Oh, saya pun pakai topeng juga. Sebab tak mahu terdedah dengan pesakit yang mungkin lebih sakit daripada saya.

Selesai saringan pertama baru jumpa doktor. Doktor periksa saya dan tanya saya beberapa soalan. Dan saya jawab sambil gelak-gelak bila rasa jawapan itu mungkin kelakar. Eh, bukan saya seorang yang gelak. Doktor pun gelak juga. Hiks.

Lepas periksa itu ini, sudahnya doktor cuma bagi saya dua papan paracetamol sebab saya tak demam pun. Tekak tak merah, juga tiada jangkitan pada paru-paru. Oh, Alhamdulillah. Tak perlulah saya pakai topeng hari Ahad nanti. Hi hi hi.

Ini ubat yang saya dapat setelah berada selama 4 jam di hospital



Dan. Saya sudah tidak takut untuk berjumpa doktor.

Thursday, August 06, 2009

..::BAKAL MENANTU::..

Sambil merenung bakal mak mertua



mari kita buli bakal mak mertua ni



Dah penat membuli. Sila tidur. Sambil membayangkan wajah bakal isteri



Oh! Ya ini gambar bakal menantu saya.
Bukan gambar bakal menantu mak saya.

..::TAK FAHAM BAHASA::..

Bila kamu tanya saya boss pergi ke tak, dan saya tanya semula pergi mana?; itu adalah satu tindak balas yang normal kerana soalan kamu memang tidak jelas. Tapi kamu pula tidak mahu menerima keadaan itu sebaliknya mengatakan bahawa saya yang tidak faham dengan soalan kamu.

Bengong!!

Friday, July 31, 2009

..::KALAU ABANG TAK NAK, BOLEH BERI KEPADA KAKAK::..

Hujung minggu lepas saya pergi Mid Valley dan menyertai kelompok rakyat 1Malaysia di Maybank Treats Fair. Ramainya manusia. Tapi demi mahu menebus mata ganjaran untuk barang yang diidamkan, saya turutkan sahaja.

Di kiri, kanan, depan pintu masuk dipenuhi dengan gerai-gerai milik Maybank sendiri. Saya (atau lebih tepat lagi disebut kami) disapa seorang wanita menawarkan Kad Kredit Ikhwan sejurus selepas melangkah masuk.

"Kad Ikhwan ni secara islamic. Tak ada caj bayaran seumur hidup."

"Boleh pohon sekarang. Dan kad boleh siap hari ni juga. Sebelum jam 12."

"Mata ganjaran dalam kad sekarang boleh dipindahkan ke dalam kad Ikhwan."

Bertalu-talu wanita berkenaan bercerita. Membuat tawaran. Yang sedikit sebanyak menggoyahkan hati lelaki di sebelah saya. Tetapi dia masih bertahan.

"Tak apa kalau Abang tak nak guna kad ni. Abang boleh beri kakak yang guna." Sambung wanita itu lagi.

Saya tersengih lebar. Dia pula senyum simpul. Sambil meminta diri untuk melihat-lihat dulu ruang pameran yang lain.

Maaf. Ianya gagal.

Thursday, July 30, 2009

..::BELAJARLAH DELETE SENTIMENTAL VALUES::..

Kawan saya yang sedang ingin bercinta cakap saya ni kena belajar delete sentimental values.

Eh, saya pernah apa padam sentimental values. Kan saya pernah cerita dalam entry ini 3 bulan lepas.

Cuma lepas saya padam folder yang saya cipta 2 tahun yang lalu tu, saya wujudkan pula folder lain. Dan folder yang baru ni belum pun sampai 6 bulan dah beratus-ratus kandungannya sehinggakan telefon saya selalu hang. Saya syak memang simpanan yang melebihi kapasiti dan keupayaan telefon menjadi penyebab. Bukan alasan mahu telefon baru semata-mata. Hiks.

Berfikir sejenak. Mungkin ada benarnya kata-kata kawan saya tu.

Jadi, pada pagi ini perlahan-lahan saya mula memadam kenangan-kenangan yang saya rasakan tetap akan terpahat di sudut hati saya walaupun sudah tidak disimpan di dalam mana-mana storan.

Wednesday, July 29, 2009

..::THE TAKING OF PELHAM 123::..

Asalnya saya (atau lebih tepat kami) mahu tonton semula filem Transformer. Tapi tak sangka pula panggung masih penuh. Yang tinggal cuma tiket-tiket mendongak ke langit. Tak mahu-lah. Lalu kami ambil keputusan untuk tonton filem The Taking of Pelham 123.



New York City subway dispatcher Walter Garber's ordinary day is thrown into chaos by an audacious crime: the hijacking of a subway train. Ryder, a criminal mastermind, leads a highly-armed gang of four, threatening to execute the train's passengers unless a large ransom is paid within one hour. As the tension mounts beneath his feet, Garber employs his vast knowledge of the subway system in a battle to outwit Ryder and save the hostages. But there's one riddle Garber can't solve: even if the thieves get the money, how can they possibly escape?

Secara ringkasnya, walaupun filem ini menampilkan penjahat dan penyelamat di kalangan warga tua namun ia cukup menarik. Bukan sahaja sarat dengan aksi tetapi turut diselitkan dengan lawak-lawak sinis yang begitu mencuit hati.

Saya suka filem ini. Lebih suka daripada filem Harry Porter. (Oh ada kawan yang menuduh saya tak suka sebab tak baca buku Harry Porter). Bukan itu sebabnya. Kadang-kadang ada filem adaptasi yang menjadi, dan ada pula yang kurang menjadi. Itu saja.

Jika kamu terasa mahu menonton wayang, tetapi tidak tahu filem apa yang mahu ditonton, saya cadangkan filem Pelham 123 ini. Cuma jika mahu bawa anak, sila pilih filem yang lebih sesuai.

Selamat menonton di hujung minggu.

..::KITA-KITA SAHAJA::..

Kadangkala.

Saya mahu perkara itu cuma diketahui oleh mereka yang berada dalam kolompok 'kita-kita' sahaja.

Jadi, tolong tanya saya dulu sebelum buat keputusan sendiri.

Terkilan. Sedikit.

Kecewa. Semakin bercambah.

Saya. Perlukan ruang.

Tolonglah.

Tuesday, July 28, 2009

..::OH! OH! KAWAN! JANGAN LAWAN-LAWAN::..

Hari ini tiba-tiba ada orang jauh SMS saya. Minta belanja makan tengahari. Saya pun ok saja memandangkan saya memang mahu keluar ke Pavilion. Maka saya suruh orang jauh tu bawa kereta datang ke kawasan jajahan saya ini. Hmmm.. Agak mencabar juga memberi panduan perjalanan kepada orang yang memandu mengikut naluri. Tapi asik bertanya ke mana perlu dia pergi walaupun panduan saya itu belum selesai. Haaihh sabar saja lah.

Kerana dia akan melalui simpang besar di mana saya sedang menunggu untuk melintas jalan, maka saya suruh saya dia lihat perempuan berbaju kuning di tengah-tengah persimpangan itu. Bila dia lalu saya lambai-lambai menunjuk ke arah Pavilion, tetapi dia berhenti pula di tepi jalan. Bagus juga. Boleh saya menumpang naik kereta comelnya itu. Kemudian kami sama-sama pergi Pavilion. Hmmm sekali lagi saya rasa seperti mahu tolong pandu-kan kereta automatiknya itu. Maafkan saya yang agak agresif ketika memandu. Tapi saya juga perlu maafkan orang jauh itu kerana suasana kawasan jajahan kami begitu jauh perbezaannya.

Kami sepakat untuk makan di Food Republic. Saya tak ingat nama gerai berkenaan. Tapi saya pernah makan di situ suatu waktu dahulu. Waktu makan tengahari, umat 1 Malaysia begitu ramai. Melaut.


Crispy Chicken pilihan saya. Memang sangat rangup. Saladnya sedap. Walaupun food presentation kurang menarik kerana letak sos cendawan dalam mangkuk sup yang besar.



Orang jauh pilih untuk makan Chicken Lasagna. Cantik penampilannya. Mungkin juga sedap kerana orang jauh makan sampai licin.


Sambil makan kami pot pet pot pet. Tentang itu. Tentang ini. Tentang perkara lepas. Tentang hala tuju masa depan. Tentang macam-macam perkara. Dan saya akui saya adalah seorang yang begitu mudah dalam berkawan.

Kerana orang jauh itu adalah sebenarnya kawan adik saya yang sudah menjadi kawan saya.




Dan. Pada akhirnya Arin yang belanja saya makan. He he he..

Terima kasih Arin. Nanti kalau datang KL boleh kita makan kat tempat lain pula.

Friday, July 24, 2009

..::ROJAK::..

Saya yang sedang berdiet mahu cerita tentang makanan.

Ini ialah rojak yang diberi nama Rojak Singapore. Tak pasti dari mana asal usul nama itu. Orang Singapura, tolong jawab.

Rojak ni saya makan di Restoran Pelita, Jalan Ampang. Rasanya boleh la tahan. Tidaklah terlalu sedap atau tidaklah sampai tak boleh ditelan dek anak tekak.



Saya suka makan rojak ni sebab kononnya macam set hidangan lengkaplah. Ada sayur, ada tempe, ada ikan, ada udang malah pendek kata macam-macam ada.

Tapi setakat ini rojak singapura yang paling sedap saya pernah makan ialah di Medan Hang Tuah, medan selera di The Mall.

Sebenarnya apa jua jenis makanan yang berkuah, perkara paling penting untuk menentukan kesedapan sesuatu hidangan tu tentulah kuahnya.

Dan ini kuah rojak singapura Restoran Pelita. Sekali pandang macam kuah roti canai je.



Apa pun habis jugalah saya makan rojak tu. He he he

Thursday, July 23, 2009

..::TENTANG SAYA::..

Mya telah tag saya. Saja lah Mya ni. Tahu lah saya ada banyak hutang tag dan dah beberapa hari tak kemaskini blog. He he he..

Ok. Syarat-syaratnya:
Tag dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja
Tag orang yang telah menge'tag' anda
Tag orang yang anda mahu tag


ini rupa paras Mya. Yang sebelah tu tentulah saya


0. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
Siapkan kerja-kerja pejabat. (Ha ha ha.. keji kemaskini blog kat pejabat)

1. 2 jam yang lalu?
Pun sama. Buat kerja-kerja pejabat yang rutin

2. Anda suka
Suasana sunyi dan bersendirian

3. Minggu lepas
Saya balik rumah abang saya di Kampar. Jumpa mak saya, ada kakak-kakak saya, ada adik dan adik ipar saya, ada anak-anak saudara saya.

4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali
Oh, ada banyak sangat sebab saya pencinta muzik

5. Tiga binatang yang anda tak suka
- Cicak
- Ular (ada sesiapa yang suka ular ke?)
- Tikus

6. Lima fakta tentang anda
- Kerja Kerajaan
- Seorang Blogger
- Perempuan
- Bujang
- Tak ulang pakai baju yang sama dalam tempoh 4 bulan

7. Tahun depan mungkin
Sudah jadi isteri orang. InsyaAllah

8. Saya tak reti
Buat agar-agar. Eh, bukan tak reti tapi saya tak pernah cuba pun. (ha ha ha.. ayat tak mahu mengaku)

9. Saya pandai
Menaip dengan kelajuan yang tinggi tanpa perlu lihat papan kekunci. (ok saya tau awak pun boleh, heh!!)

10. Kawan saya
- Adik beradik saya yang boleh bersembang apa saja
- Geng GEPO yang boleh bergurau kasar, tegur-menegur, nasihat tanpa ada rasa kecil hati dan sentap
- Pjah, Mariah, Mya, Ernie yang berkongsi banyak perkara dengan saya tanpa prejudis
- You (eh tiba-tiba ada Bahasa Inggeris pulak)

11. Saya ada
CLK dengan tarikh lahir saya sebagai nombor pendaftaran

12. Saya seorang
Sensitif

13. Adik saya
Seorang peguam yang tak pernah rasa teruja dengan kerjayanya itu.

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)
- Kehidupan saya
- Blog
- Bercucuk tanam di FB
- Bersembang dengan kakak saya

15. Bilakah pertama kali anda bercinta?
Tingkatan 4. (Agaknya lah)

16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda
Saya berumur 30 tahun

17. Saya rindu
Bakal suami saya

18. Saya tak sabar
Nak bernikah

19. 5 laman yang anda selalu layari
- Blog sendiri tentunya
- Blog kawan-kawan yang saya suka
- Facebook
- Blogger.com
- Google

20. Siapa yang anda mahu tag?
Pjah, Arin, Acik Sapinat

Tuesday, July 21, 2009

..::HARRY PORTER & THE HALF-BLOOD PRINCE::..



Beberapa hari lepas saya pergi menonton filem Harry Porter & The Half-Blood Prince. Filem yang digembar-gemburkan sebagai hebat dan pecah panggung. Ya, memang pecah panggung sebab kebanyakan tiket habis dijual. Dan saya juga menonton di barisan ke empat dari hadapan skrin.

Tetapi, pada pendapat saya kepada sesiapa yang belum menonton filem ini, baik batalkan sahaja niat itu. Ia amat mengecewakan. Saya hampir tertidur di dalam panggung. Namun saya paksa juga mata untuk celik. Jika mahu tidur lebih baik saya duduk saja di rumah. Kemudian, bila sampai ke pengakhiran cerita pun saya rasa keliru. Kenapa begitu saja penamat episod ini? Ia seakan-akan mendatar. Banyak dialog daripada aksi kehebatan magis mereka. Cuma ada satu sahaja babak yang membuatkan saya terkejut sehingga tertelan gula-gula yang dikemam di dalam mulut. Yang lainnya, biasa sahaja.

Apabila keluar dari panggung menjelang tengah malam, begitu ramai manusia sedang bersantai menunggu untuk waktu tayangan seterusnya. Saya jangkakan mereka semua mahu tonton filem Harry Porter. Dan mahu saja saya katakan kepada mereka, ia amat mengecewakan.

Oh, ini cuma pendapat saya. Jika kamu punya pendapat yang berbeza, itu tidak mengapa. Masing-masing punya hak untuk menyuarakan pendapat selagi ia tidak bertentangan dengan mana-mana hukum.

Monday, July 20, 2009

..::BAU-BAU BACHANG::..

Hujung minggu kelmarin saya balik rumah abang saya di Kampar. Ada urusan sikit.

Tadi siang, balik semula ke KL kakak ipar saya kirimkan buah bachang. Untuk kakak saya yang rajin memasak. Ada 5 biji semuanya.

Sewaktu dalam perjalanan kereta saya berbau bachang. Dan, sekarang rumah saya pula berbau bachang.

Jadi, kereta dan rumah adalah saudara bau-bau bachang dengan saya.



* penulis sudah mabuk terhidu bau bachang. Sekian

Thursday, July 16, 2009

..::RASA::..

(1) Saya rasa mahu luahkan banyak perkara. Jadi mungkin entry ini langsung tidak mempunyai sebarang informasi.

(2) Baru pulang dari kerja. Rasa penat dengan badan melekit. Padahal aircond di pejabat sangat sejuk.

(3) Perut lapar sehingga rasa mahu menangis. Kepala pun tadi sekejap-sekejap macam pening. Mungkin sebab sudah masuk angin.

(4) Saya singgah McD pandu lalu dan rasa mahu beli bubur ayam. Tapi bubur ayam habis. Perlu tunggu 1 jam jika mahu. Huh! Tentulah saya tidak mahu menunggu. Dalam tempoh satu jam saya sudah berada di rumah dan mungkin saya sudah berjaya masak sendiri bubur. Cuma saya memang tidak punya perasaan mahu memasak.

(5) Rasa kecewa sebab perlu pilih makanan lain sedangkan hati cuma mahu makan bubur. Dan saya perlu bayar lebih untuk set McChicken sedangkan bubur ayam cuma RM3.15. Tapi saya cepat insaf dan teringat pesan arwah ayah saya supaya jangan berkira dalam soal makan.

(6) Rasa penat balik lambat dan rasa kecewa tak dapat bubur ayam sedikit terubat sebab adik yang jaga kaunter pandu lalu tu comel dan sangat berbudi bahasa. Senyum pun manis. Cuma saya terlupa mahu lihat tandanama yang tersemat.

(7) Mata saya rasa mahu pejam. Tapi saya baru selesai makan McChicken. Kalau saya tidur sekarang, tentu misi mahu kecilkan ukuran pinggang tidak akan berjaya dicapai sebelum akhir tahun.

(8) Tiba-tiba saya rasa sangat teruk apabila sibuk menyiram tanaman di Facebook tetapi saya mengabaikan tanaman yang terdapat di beranda saya. Kasihan cili merah saya yang sedang berbuah. Daun sup pun sudah kelihatan seperti rumput yang tidak cukup nutrien.

(9) Tapi di sebalik rasa yang negatif, saya juga rasa sesuatu yang positif hari ini. Saya sangat sibuk dengan urusan pejabat tetapi saya sempat juga membuat 3 pembelian di atas talian. Eh, positif kah itu? Ngeee.

(10) Oh! Saya sudah rasa lega. Memang blog ini satu terapi yang cukup baik jika kita ambil dari sudut yang positif.

..::KAKAK, KENAPA LAMBAT KAHWIN::..

Hari Isnin lepas saya pergi Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Hari terakhir Promosi Kerja Kahwin 2009. Acara ni dah berlangsung sejak 4 Julai lagi. Dan sepanjang acara berlangung dari 4 - 13 Julai, sebanyak 5 kali saya berkunjung ke acara berkenaan. He he he..



Kali ni saya pergi sebab menemankan kawan saya yang bernama Mya. Katanya mahu tinjau-tinjau. Jadi, saya pun tumpang 2 kaki. Walaupun dah banyak kali saya berkunjung. Malah saya sudah hafal kedudukan gerai dan ruang pameran.

Kami jalan sambil kutip-kutip risalah, kad nama dan sebagainya. Tersinggah jugalah di satu dua gerai. Tapi tidaklah membeli. Gigih sungguh pasangan suami isteri jurufoto cakap tarikh yang saya beritahu tu masih kosong. Boleh tempah pakej sebelum jam 8.00 malam. He he he.. Maaf ye dik.

Kemudian kami singgah di gerai Gedung Kad Kahwin. Sebab sudah penat berjalan saya duduk sambil belek-belek contoh kad jemputan. Macam-macam ada. Adik yang jaga gerai ni pun sangat baik hati. Mulut tak berhenti pot pet tetapi bagus serta tidak menyakitkan hati walaupun dia meneka umur saya dengan tepat dan tanya kenapa saya lambat kahwin.



Ini adik kad kahwin yang bernama Ejan. Berumur 27 tahun. Bimbang saya terasa dengan soalannya, cepat-cepat dia minta maaf. Kemudian terus cerita tentang abang dan kakaknya yang juga berkahwin agak lewat. Tak apa dik kakak tak marah pun.

Lepas sudah minta kad nama dan pot pet tentang harga dan jenis kertas segala, saya dan Mya minta diri. Hari sudah menyinsing. Ada tuntutan wajib belum dilaksanakan.

Wednesday, July 15, 2009

..::INI BETUL TENTANG BUBUR::..

Maafkan tajuk entry saya sebelum ini. Tajuk tentang bubur nasi tapi isi perutnya tentang spaghetti. He he he.

Kali ni betul entry tentang bubur. Kisahnya, tadi waktu makan tengahari saya sangat buntu. Tak tahu apa yang mahu dimakan. Biarkan saja kaki menyusur Jalan Tengah. Kiri kanan memang banyak orang jual makanan. Tiba-tiba saya terpandang van yang jual aneka bubur. Dan buburnya sangat menarik dan nampak sedap.

Jadi, saya beli bubur jagung yang memang kegemaran saya. Sedap. Manis-manis buah. Habis isinya saya makan.



Selain bubur jagung, saya juga suka bubur gandum. Tapi rasanya saya belum terjumpa bubur gandum yang sedap selain bubur gandung yang mak saya masak.

Sekian, entry tentang bubur.