Friday, August 14, 2009

..::MAKANAN-SEIMBANG-KONONNYA::..

Semalam. Saya pergi jumpa doktor. Lagi. Kali ini saya pergi klinik swasta yang selalu saya pergi. Tak kuasa saya mahu tunggu berjam lama di hospital Kerajaan tapi kemudian cuma diberi paracetamol 2 papan.

Sila kagum dengan diri sendiri kerana sudah tidak berapa takut untuk jumpa doktor. Tapi, saya jadi takut semula bila doktor minta saya buat ujian darah walaupun semalam tekanan darah saya adalah normal.

Lalu, sekembali dari klinik saya singgah di pasaraya. Gigih saya cari bahan mentah untuk dimasak. Cari bahan yang dikatakan boleh menambah darah.

Hasilnya, dapatlah satu hidangan makan tengahari yang saya kira seimbang dan lengkap. Kononnya-lah. Saya tidak arif pun tentang piramid makanan. Belasah saja dengan harapan ia mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan saya.



Lepas makan saya perlu telan pula ubat-ubatan. Doktor bekalkan saya ubat tambah darah dan folic acid. Kakak saya kata macam ubat orang selepas keguguran. Mujur juga saya belum 'tumpah darah'. Kalau tidak makin kurang-lah darah saya. Huks.

Dan. Sebenarnya juga. Yang paling penting saya perlukan rehat yang secukupnya. Namun, bekerja di tempat kerja saya ini, tiada istilah berehat bagi mereka. Entahlah.

Kawan-kawan doakan saya juga ya.

10 comments:

Cik Jah said...

kurang darah, kering darah, seryat darah...sama dak???

semoga awak cepat smbuh :))

NISREEFA said...

Firstly tahniah atas pertunangan hang.. Ambooii... tak jemput akak pun buat kat taman yg sama lak tue.. huhu..

Take a good care of yourself... Semoga cepat sembuh

tasekM said...

kamu belum mengandung dh makan folic asid ye nida. he he.


.

Amyz! said...

makan kerang tambah darah. kesian sahabat saya ini.

kalau aku mahu derma darah, ko mahu kah? huhuhu.

Nida Shaari said...

CIK JAH :
Haha gayanya tu macam darah saya kena sedut saja

KAK IMA :
Thanks anyway

TASIK :
Aku mengandungi lemak

AMYZ :
Kalau darah ko jenih O jugak, maka boleh.

Kalau tak, terima kasih saja lah.

tentangseseorang said...

use to had this kind of sickness before. yang penting kena bersenam

Marliza Radzi said...

semoga cepat sembuh!

Nida Shaari said...

ADY :
Baiiikk.. akak akan selalu sapu/vakum rumah, mop lantai, cuci kain baju, dan basuh kereta sendiri sebagai senaman.

MARLIZA :
TQ babeh

hiks

Mya said...

kerang rebus tetap pilihan hati saya..

dah sembuhkan awk?

Nida Shaari said...

MYA :
A'ah. Kerang rebus adalah best. Hiks.

Tambah kalau cicah ngan kuah kacang.

Alhamdulillah dah beransur sihat..