Tuesday, July 28, 2009

..::OH! OH! KAWAN! JANGAN LAWAN-LAWAN::..

Hari ini tiba-tiba ada orang jauh SMS saya. Minta belanja makan tengahari. Saya pun ok saja memandangkan saya memang mahu keluar ke Pavilion. Maka saya suruh orang jauh tu bawa kereta datang ke kawasan jajahan saya ini. Hmmm.. Agak mencabar juga memberi panduan perjalanan kepada orang yang memandu mengikut naluri. Tapi asik bertanya ke mana perlu dia pergi walaupun panduan saya itu belum selesai. Haaihh sabar saja lah.

Kerana dia akan melalui simpang besar di mana saya sedang menunggu untuk melintas jalan, maka saya suruh saya dia lihat perempuan berbaju kuning di tengah-tengah persimpangan itu. Bila dia lalu saya lambai-lambai menunjuk ke arah Pavilion, tetapi dia berhenti pula di tepi jalan. Bagus juga. Boleh saya menumpang naik kereta comelnya itu. Kemudian kami sama-sama pergi Pavilion. Hmmm sekali lagi saya rasa seperti mahu tolong pandu-kan kereta automatiknya itu. Maafkan saya yang agak agresif ketika memandu. Tapi saya juga perlu maafkan orang jauh itu kerana suasana kawasan jajahan kami begitu jauh perbezaannya.

Kami sepakat untuk makan di Food Republic. Saya tak ingat nama gerai berkenaan. Tapi saya pernah makan di situ suatu waktu dahulu. Waktu makan tengahari, umat 1 Malaysia begitu ramai. Melaut.


Crispy Chicken pilihan saya. Memang sangat rangup. Saladnya sedap. Walaupun food presentation kurang menarik kerana letak sos cendawan dalam mangkuk sup yang besar.



Orang jauh pilih untuk makan Chicken Lasagna. Cantik penampilannya. Mungkin juga sedap kerana orang jauh makan sampai licin.


Sambil makan kami pot pet pot pet. Tentang itu. Tentang ini. Tentang perkara lepas. Tentang hala tuju masa depan. Tentang macam-macam perkara. Dan saya akui saya adalah seorang yang begitu mudah dalam berkawan.

Kerana orang jauh itu adalah sebenarnya kawan adik saya yang sudah menjadi kawan saya.




Dan. Pada akhirnya Arin yang belanja saya makan. He he he..

Terima kasih Arin. Nanti kalau datang KL boleh kita makan kat tempat lain pula.

11 comments:

Marliza Radzi said...

eh! Arin rupanya. Arin yang suratnya tersiar dalam In Trend Ogos itu. hehehe.

Arin buat apa di KL?

TiNiE said...

hai nida!!!

ezham said...

bila la aku nak sampai Pavillion ni? Nida, belanja aku kat Pavillion...

Mya said...

lama tak gi pavillion. huhu..

paiseh said...

patut laa riak muka arin macam menderita. hahahaha..!!

Nida Shaari said...

MARLIZA :
Owh Arin ada hantar surat dalam InTrend ke?

Dia datang KL untuk register trademark..

TINIE :
Hai Tinie!!! :D

EZHAM :
Datang dulu. Yang lain kemudian cerita

MYA :
Meh la datang.. Makan kat Madam Kwan's

hik hik hik

PAISEH :
Ha ha ha.. Keji la lu nih

alladiin said...

nnti klu sy turun KL, boleh belanja makan ek...

Nida Shaari said...

ALLADIIN :
Saya tak ada masalah..

Tapi En Ashri pun turun KL idaknye sudi nak bagitau saya..

KiMi said...

hahahaha. Muka arin mmg macamtu kalo kena pau. Dulu2 kalo aku pi ipoh pon aku pau dia.ini, kakak aku pon pau dia. nasib malang.hahaha.

arin said...

hik hik.. ape ni.. ape ni.. tulis panjang2 ni...

alaa.. kami saja ja antaq sms dgn elemen sensasi.. klu skadar 'jom pi lunch' msti x layan punya.. :)

tima kasih sbb sudi pegi lunch, bg direction dgn sabar, dan sabar jugak tgk pemanduan berhemah sy.. ahaks!

Nida Shaari said...

KIMI :
Mana ada aku pow dia..

Dia yang nak belanja aku.. Lagipun hang jugak yang kata dia kat firm baru.. Kayaaa

ihiks.. Rezeki jangan ditolak..

ARIN :
Eh, mana hangpa tau.. kami boleh membaca di antara garisan lah..

hiks