Friday, August 07, 2009

..::BERANI KERANA BENAR::..

Saya selesema, batuk dan sakit kepala. Cuma demam saja tidak. Kerana bimbang dengan gejala yang melanda sekarang ni, saya pun beranikan diri pergi hospital. Mahu buat saringan. Bapak punya ramai orang. Saya dapat nombor 50. Masa tu nombor yang dipanggil baru dalam 15. Sabar sajalah.

Borang saringan



Pembantu perubatan yang periksa saya tak percaya dengan tekanan darah saya yang rendah. 3 kali dia ulang periksa. Sakit tangan saya kena cengkam dengan getah tu. Walaupun dia pakai topeng, tapi saya rasa dia comel sebab malu-malu nak pegang tangan saya untuk periksa denyutan nadi. Ha ha ha.

Oh, saya pun pakai topeng juga. Sebab tak mahu terdedah dengan pesakit yang mungkin lebih sakit daripada saya.

Selesai saringan pertama baru jumpa doktor. Doktor periksa saya dan tanya saya beberapa soalan. Dan saya jawab sambil gelak-gelak bila rasa jawapan itu mungkin kelakar. Eh, bukan saya seorang yang gelak. Doktor pun gelak juga. Hiks.

Lepas periksa itu ini, sudahnya doktor cuma bagi saya dua papan paracetamol sebab saya tak demam pun. Tekak tak merah, juga tiada jangkitan pada paru-paru. Oh, Alhamdulillah. Tak perlulah saya pakai topeng hari Ahad nanti. Hi hi hi.

Ini ubat yang saya dapat setelah berada selama 4 jam di hospital



Dan. Saya sudah tidak takut untuk berjumpa doktor.

7 comments:

arin said...

4 jam eh.. lamanya.. klu naik bas dari KL da smpi pt buntaq

Amyz! said...

alhamdulillah, tak ada apa2.

mudah2an hari ahad ini dah sihat dari flu & batuk. :-)

@LiYaNNuaR ツ said...

legaaa... hehehe

Mya said...

cepat sembuh!

tasekM said...

anak dara mmg selalu takut jumpa doktor. bila dh kawen esok. dah beranak. segala malu hilang. ha ha.



.

Marliza Radzi said...

feeling a bit feverish too. hopefully tak ada apa2 dah telan actifast & ubat seseme.

Nida Shaari said...

ARIN :
A'ah la kan. Ha ha ha

AMYZ :
Dah baik dah...

@LIYA :
Anak saudara aku ada sorang kena kuarantin.

MYA :
Ada la sikit-sikit lagi kot batuk kalau sesejuk tu

TASIK :
Aku bukan malu nak jumpa doktor. Aku takut.

Weh malu ngan takut tu berbeza la

MARLIZA :
Kena jaga pemakanan la kan. Kata orang banyakkan makan buah-buahan segar