Wednesday, August 12, 2009

..::MENGANDUNGi::..

Masih dengan cerita saya yang kurang sihat.

Hari ini saya pening-pening dan meloya. Lalu pada waktu tengahari saya gagahkan diri keluar dan pergi ke farmasi. Tujuan utama mahu beli vitamin. Alang-alang di situ, saya tanya juga ubat pening dan loya.

Pembantu farmasi tanya "mengandung ke?"

"Eh, tak mengandung-lah" Jawab saya. Yakin.

"Kalau tak mengandung macam mana boleh loya?" Tanya pembantu farmasi lagi dalam nada 'sesuatu'

"oh, saya meloya sebab saya ada tekanan darah rendah"

Pembantu farmasi agak berpuas hati dengan jawapan lalu pergi semula ke belakang kaunter dan sediakan ubat untuk saya.

Semasa mahu membayar, terasa juga mahu beli PTK. Ye lah, asyik pening dan meloya saja kan sejak akhir-akhir ni. Dah uji baru boleh jawab dengan yakin.

Ha ha ha. *PAANGGGGG*

9 comments:

Unknown said...

jaga diri.. sekarang penyakit macam2..

ezham said...

Dushhhhh!
gatai nida la ni. wakakakkakakaa

Cik Jah said...

hohhh!!!!!

paiseh said...

buat laa iklan.. husband wanted.

Anonymous said...

PANGGG!

Nida Shaari said...

OLIN :
Itulah pun. Minta dijauhkan

EZHAM :
Betul apa?? Ha ha ha

CIK JAH :
Hik hik hik

PAISEH :
Owh tak perlu.

ANON :
Ingat sapa ka pun, tengok tangan dah kenal.

PANGGGG!!!

Amyz! said...

choiiiii..

but, why not. just in case.. :-p hahahha.

Mya said...

saya pun selalu meloya dan nak muntah di pagi hari. ntah mengapalah..

Nida Shaari said...

AMYZ :
ha ha ha.. meroyan sungguh

MYA :
kami rasa sebab angin dalam badan kot.

Ha ha ha.. kerana kami kerap meloya dan muntah di pagi hari, kejadian itu sudah menimbulkan syak wasangka jiran kami.