Hujung minggu lepas saya pergi Mid Valley dan menyertai kelompok rakyat 1Malaysia di Maybank Treats Fair. Ramainya manusia. Tapi demi mahu menebus mata ganjaran untuk barang yang diidamkan, saya turutkan sahaja.
Di kiri, kanan, depan pintu masuk dipenuhi dengan gerai-gerai milik Maybank sendiri. Saya (atau lebih tepat lagi disebut kami) disapa seorang wanita menawarkan Kad Kredit Ikhwan sejurus selepas melangkah masuk.
"Kad Ikhwan ni secara islamic. Tak ada caj bayaran seumur hidup."
"Boleh pohon sekarang. Dan kad boleh siap hari ni juga. Sebelum jam 12."
"Mata ganjaran dalam kad sekarang boleh dipindahkan ke dalam kad Ikhwan."
Bertalu-talu wanita berkenaan bercerita. Membuat tawaran. Yang sedikit sebanyak menggoyahkan hati lelaki di sebelah saya. Tetapi dia masih bertahan.
"Tak apa kalau Abang tak nak guna kad ni. Abang boleh beri kakak yang guna." Sambung wanita itu lagi.
Saya tersengih lebar. Dia pula senyum simpul. Sambil meminta diri untuk melihat-lihat dulu ruang pameran yang lain.
Maaf. Ianya gagal.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
8 comments:
Cuba lagi. Usaha tangga kejayaan.
Assalamualaikum...
hai kak Nida...saya Wahida junior akak batch 99-00. Akak nak kawen dah yea.. Selamat Pengantin Baru in advance.
Bagus dpt abang yang pandai berjimat dan tidak percaya kad kredit.
tapi tak pe. kakak memang pandai berbelanja, walaupun takde kad kredit.
silap besar ayat yg last tu..
hahahaaa~
tahun depan bulih le kot. hehehe...
.
TOK R :
Ya. Saya tak akan berhenti berusaha.
WAHIDA :
Wa'alaikumussalam..
Alamak akak kena recall lah yang mana satu nih.. Sorry ye..
Apa-apa pun thanks in advance jugak. Ahaks
AMYZ :
Eh, dia percaya kepada kad kredit. Cuma dia kurang percaya kepada kebolehkawalan aku ni kalau dah ada kad kredit.
Ha ha ha
PAISEH :
Aku nak gelak jugak ke aku nak sedih? :p
TASIK :
InsyaAllah.. hik hik hik
wah teguhnya hati.berbaloi-baloiiii
ASUHARA :
Seteguh cintaku kepadamu
Ahaks
Post a Comment