Tadi. Saya dengar dalam radio. Topik perbincangan tentang boros. Dan kaitannya dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Sangat bagus kupasan-kupasan yang dibuat oleh tetamu jemputan.
Cuma saya tak mahu ulas tentang perkara itu. Lagipun saya percaya semua orang tahu boros tu adalah perangai yang tidak baik. Bukan sahaja di bulan Ramadhan, malah di bulan-bulan lain juga.
Saya mahu cerita tentang kakitangan Kerajaan yang dapat gaji bulan Ogos pada 25hb yang lepas. Pada 10 September nanti sekali lagi kakitangan Kerajaan akan terima gaji. Untuk bulan September. Belum habis dengan itu, gaji bulan Oktober dijadualkan akan diterima pada 8hb. Duit gaji bulan lepas belum habis belanja dah masuk gaji untuk bulan yang baru. (Oh, kemudian masih mahu bonus perayaan pula).
Memang nampak mewah. Sekelip mata. Tapi jika tak pandai mengurus, dan boros di bulan perayaan ni mungkin tanpa disedari hujung-hujung nanti kekeringan. Kena sedar bahawa gaji bulan November hanya akan diterima pada 25hb.
Kadang-kadang bila nampak duit dalam akaun masih banyak berbaki, mata mula jadi gelap. Mula terbayang kasut, baju, beg tangan dan segala macam perkara lagi. Tapi terlupa pula hutang kereta, duit rumah, bil-bil yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, susu anak, lampin pakai buang dan macam-macam lagi.
Jadi, pesanan saya untuk diri sendiri dan kawan-kawan marilah kita sama-sama merancang perbelanjaan sebaik mungkin agar kita tidak kekeringan di kemudian hari.
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
eh eh silap slogan. he he he
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
8 comments:
saya setuju..setuju..dan setuju..
tp saya idak gile membeli baju kasut dan henbeg
saya gile beli perhiasan umah..
bahaya..lagi mahal dari beli henbeg
salam ramadhan akak madu ittewww.. majulah sukan untuk negara.. ehehe
aku gaji tarikh sesuka hati. ha ha.
.
kena asingkan dulu duit utk hutang piutang + belanja perlu tu, kan?
PNUT :
Rumah saya kecik je.. jadi nafsu untuk barang rumah tu terhad.. tapi nafsu untuk diri sendiri tu tak terkawal.. hik hik hik..
EN_ME :
Salam Ramadhan untuk awak..
Bulan puasa ni tak larat nak bersukan lah.. hik hik hik
TASIK :
Hang tokey.. boleh la
CIDA :
Betul tu.. hang memang pandai la menguruskan kewangan.. patut la boleh pi holiday luar negara bagaiiii
oo.. bulan 10 gaji 8hb ek?
oo ook..
hm...
alasan apa aku nak kasi untuk cut duit raya dalam angpow tahun ni ek..?
hm..
hah..
tahun ni, takdak bonus! hahaha
malaslah i nak pesan kat derang nie.gaji2 sekor banyak nak mampus tapi tak boleh fikir. malaslah i
RON97 :
Weh RON dah ganti dengan RON95 lah.
Tak best pun aku rasa
AYOB :
Ha ha ha... U jangan jeles-jeles
Post a Comment