Wednesday, July 15, 2009

..::INI BETUL TENTANG BUBUR::..

Maafkan tajuk entry saya sebelum ini. Tajuk tentang bubur nasi tapi isi perutnya tentang spaghetti. He he he.

Kali ni betul entry tentang bubur. Kisahnya, tadi waktu makan tengahari saya sangat buntu. Tak tahu apa yang mahu dimakan. Biarkan saja kaki menyusur Jalan Tengah. Kiri kanan memang banyak orang jual makanan. Tiba-tiba saya terpandang van yang jual aneka bubur. Dan buburnya sangat menarik dan nampak sedap.

Jadi, saya beli bubur jagung yang memang kegemaran saya. Sedap. Manis-manis buah. Habis isinya saya makan.



Selain bubur jagung, saya juga suka bubur gandum. Tapi rasanya saya belum terjumpa bubur gandum yang sedap selain bubur gandung yang mak saya masak.

Sekian, entry tentang bubur.

8 comments:

Cik Jah said...

alamak awakkkk....saya dah terliur.....

cik puan daun said...

masa aku kat asrama selalu mkn bubur gandum.. sedap.. :D

nak sedap masak sendiri la beb..

Nida Shaari said...

CIK JAH :
Alamak!! orang mengandung sudah terliur. Kena cari cepat la camni

DAUN :
Ye lah..

Nanti gua masak la sendiri.

Unknown said...

Orang belum makan tengah hari lagi ni!

Unknown said...

Orang belum makan tengah hari lagi ni!

puanstoberi said...

sedap tu bubur jagung..satu2nya bubur yg saya mkn. tp slalu org jual ada letak sagu..sy tak sker lah..jd kalo nak gak..buat sndiri guna jagung tin n santan segera. huhu..sumanya instant saje.. :)
errr...jln tgh kat mana ek? mana la tau kut mengidam nati leh suh incik asben carik kat situ..hehe

Nida Shaari said...

ANUAR :
Siapa suruh awak tak makan

IDA :
Jalan Tengah terletak di antara Jalan Sultan Ismail dengan Jalan Raja Chulan.

atau, lorong kecil yang menyusur dari simpang di bawah Stesen Monorel Raja Chulan

puanstoberi said...

owh..rasa mcm tau..sbb bwh stesen monorel tpt laluan pepg nak gi keja.. tenkiu eh..