Saya yang sedang berdiet mahu cerita tentang makanan.
Ini ialah rojak yang diberi nama Rojak Singapore. Tak pasti dari mana asal usul nama itu. Orang Singapura, tolong jawab.
Rojak ni saya makan di Restoran Pelita, Jalan Ampang. Rasanya boleh la tahan. Tidaklah terlalu sedap atau tidaklah sampai tak boleh ditelan dek anak tekak.
Saya suka makan rojak ni sebab kononnya macam set hidangan lengkaplah. Ada sayur, ada tempe, ada ikan, ada udang malah pendek kata macam-macam ada.
Tapi setakat ini rojak singapura yang paling sedap saya pernah makan ialah di Medan Hang Tuah, medan selera di The Mall.
Sebenarnya apa jua jenis makanan yang berkuah, perkara paling penting untuk menentukan kesedapan sesuatu hidangan tu tentulah kuahnya.
Dan ini kuah rojak singapura Restoran Pelita. Sekali pandang macam kuah roti canai je.
Apa pun habis jugalah saya makan rojak tu. He he he
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
9 comments:
sebagai org singapore, aku pun x tau asal usul rojak ni tapi yg pasti, ours, kuahnya nampak merah lagi gituh.
but ikan? i didn't know ours ada ikan as well. tempe, udang, tepung goreng gituh etc etc sayur2 ada yes, but ikan????
but Pelita memang best :P
-ika-
IKA :
Eeerr... maksud aku bola ikan.. hik hik hik..
Oh, rojak yang kat The Mall tu pun kuahnya merah pekat dan best lah.
Thanks for the info
eh dah cukup comel pun nak berdiet lagi? kamu tempah gaun vera wang ke?
pernah rasa. not bad la. tapi takde la sampai mengidam nak makan balik.
Kalau gi pelita tu memang satu sebab je la kot. mengidam nasik kandar dia je lah
ASUHARA :
Mana ada wang mahu tempah gaun Vera Wang.
Ha ha ha
EZHAM :
Kalau nak makan nasik nanti siang-siang la kot aku pegi.
saya suka rojak singapore sebab macam-macam ada. ada ketam. cucur udang. kadang2 ayam pun dia letak.
slurpps.. sedapnya~
AMYZ :
Kan..
Aku jenuh fikir balik pasal ikan yang aku tulis dalam entry.
Lama-lama baru teringat pasal kek ikan. Hik hik hik
hahaha. fishcake la weh.. kek ikan bunyi nyer sgt pelik. haha.
aku pun pelik ade ke rojak letak ikan? Hahaha.
hahaha. fishcake la weh.. kek ikan bunyi nyer sgt pelik. haha.
aku pun pelik ade ke rojak letak ikan? Hahaha.
Post a Comment