Tuesday, September 01, 2009

..::PARAM PERTAMA SAYA::..

Hari Sabtu lepas saya pergi Shah Alam. Ada misi penting untuk masa hadapan. Kadang-kala janji-janji yang dibuat sendiri kepada diri sendiri boleh diabaikan jika ia melibatkan perkara yang penting.

Urusan pun selesai tak selesai dah pukul 4.00 petang. Tentu bila balik rumah saya dah tak sempat nak masak. Jadi saya (atau lebih tepat disebut kami) pergi saja Pasar Ramadhan (PARAM) bersebelahan Giant (Stadium) Shah Alam.

Memang bila pergi PARAM, otak mula tak dapat berfikir dengan waras. Mata tengok itu rasa nak. Tengok ini pun rasa nak. Bau makanan yang menusuk kalbu jangan dibayangkan bagaimana perasaannya. Asalnya saya nak ambil gambar keadaan PARAM yang dah sesak walaupun masih awal, tapi tak jadi. Segan. Orang di sebelah saya tu belum tahu ketegaran saya dengan blog.

Bila sudah membeli, saya jadi insaf. Seketika. Kalau masak di rumah, tak lebih RM20 pun belanja. Puas hati. Rasa pun ikut selera tekak sendiri. Kalau makanan beli ni belum tentu lagi menepati citarasa.

Inilah makanan yang dibeli di PARAM pertama saya di bulan Ramadhan ini.

murtabak ayam + kuah kari | air tebu | rojak Singapore + kuah kacang | popia SS Ali


Komen saya: Murtabak ayam + kuah kari tu boleh tahan la walaupun kuah agak masin. Saya abaikan sebab bulan puasa. Air tebu tak berapa nak boleh diterima. Dan saya syak itu air tebu semalam yang tak habis. Mungkin saya tertipu dengan aksi memesin tebu di belakang gerai? Saya berpuas hati dengan rojak Singapore dan kuah kacang. Dan, popia SS Ali, hmmm mungkin hanya gah pada nama.

Walaupun makanan itu dibeli dan dikongsi untuk dua orang yang masih belum tinggal serumah, tapi bahagian untuk seorang masih banyak. Malah masih boleh dikongsi bersama. Lalu, sekali lagi saya insaf. Terkial-kial habiskan makanan supaya tidak membazir dan jadi sahabat Syaitan pula. Nauzubillah.

Kejadian itu membuatkan saya berfikir lebih baik masak sendiri di rumah. Lebih terjamin dari segi kebersihan dan rasa. Dan pasti berbaloi-baloi.

6 comments:

Mya said...

saya pun ke shah alam. tapi semalam la. pun misi penting untuk masa depan. hehhe..

madulebah said...

MYA :
Wah!! Nampaknya Shah Alam ada sesuatu yang berkaitan dengan masa depan lah ye.. he he he

Anonymous said...

dah start dah entri-entri yang sentimental.

entri-entri 'saya' dan 'awak'.

alahai...

~po

pye:rudz said...

budaya kita di bulan ramadhan. jangan hanyut sudah.

ezham said...

Alhamdulillah skrg aku dah tak berapa nak heran menu2 kat param ni. just anggap mcm pegi pasar mlm, beli nasik berlauk/nasik kerabu/nasik dagang. pastu air. dah dpt, balik. kuih2 jarang sesangat dah beli.

madulebah said...

PO :
Bukan sebelum ni pun dah ada ke?

Awak je yang tak perasan

PYE:RUDZ :
Saya sudah insaf

EZHAM :
Orang bawak, aku ikut je. Nak pegi sendiri tak lah. Balik kerja pun aku lagi rela masak.