Ok. Syarat-syaratnya:
Tag dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja
Tag orang yang telah menge'tag' anda
Tag orang yang anda mahu tag
0. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
Siapkan kerja-kerja pejabat. (Ha ha ha.. keji kemaskini blog kat pejabat)
1. 2 jam yang lalu?
Pun sama. Buat kerja-kerja pejabat yang rutin
2. Anda suka
Suasana sunyi dan bersendirian
3. Minggu lepas
Saya balik rumah abang saya di Kampar. Jumpa mak saya, ada kakak-kakak saya, ada adik dan adik ipar saya, ada anak-anak saudara saya.
4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali
Oh, ada banyak sangat sebab saya pencinta muzik
5. Tiga binatang yang anda tak suka
- Cicak
- Ular (ada sesiapa yang suka ular ke?)
- Tikus
6. Lima fakta tentang anda
- Kerja Kerajaan
- Seorang Blogger
- Perempuan
- Bujang
- Tak ulang pakai baju yang sama dalam tempoh 4 bulan
7. Tahun depan mungkin
Sudah jadi isteri orang. InsyaAllah
8. Saya tak reti
Buat agar-agar. Eh, bukan tak reti tapi saya tak pernah cuba pun. (ha ha ha.. ayat tak mahu mengaku)
9. Saya pandai
Menaip dengan kelajuan yang tinggi tanpa perlu lihat papan kekunci. (ok saya tau awak pun boleh, heh!!)
10. Kawan saya
- Adik beradik saya yang boleh bersembang apa saja
- Geng GEPO yang boleh bergurau kasar, tegur-menegur, nasihat tanpa ada rasa kecil hati dan sentap
- Pjah, Mariah, Mya, Ernie yang berkongsi banyak perkara dengan saya tanpa prejudis
- You (eh tiba-tiba ada Bahasa Inggeris pulak)
11. Saya ada
CLK dengan tarikh lahir saya sebagai nombor pendaftaran
12. Saya seorang
Sensitif
13. Adik saya
Seorang peguam yang tak pernah rasa teruja dengan kerjayanya itu.
14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)
- Kehidupan saya
- Blog
- Bercucuk tanam di FB
- Bersembang dengan kakak saya
15. Bilakah pertama kali anda bercinta?
Tingkatan 4. (Agaknya lah)
16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda
Saya berumur 30 tahun
17. Saya rindu
Bakal suami saya
18. Saya tak sabar
Nak bernikah
19. 5 laman yang anda selalu layari
- Blog sendiri tentunya
- Blog kawan-kawan yang saya suka
- Blogger.com
20. Siapa yang anda mahu tag?
Pjah, Arin, Acik Sapinat
19 comments:
erkk pjah tu awak maksudkan saya eh?....saya mntak MC dari update blog bley? :P
aku pun banyak hutang tag nida. he he.
rindu bakal suami? wah!
:)
.
CIK JAH :
Okey saya bagi awak 2 hari MC Kerajaan tau. Nanti kalau tak baik jugak datang balik minta MC lain
TASIK :
Ha'ah. Aku tau. Tu pasal aku tak letak nama hang.
Rindu tu kan anugerah dari Allah..
Ihiks
wah tak sabar tuuu..ahaks!
eh. akak ada kawan nama arin jugak yer.. :)
Nampaknya sudah mendedahkan segala yang terselindung! Maka tiadalah lagi rahsia tersembunyi!
uishh... byknya stock baju!
kak, tersengih2 hana bc entry ni
semoga bahagia selamanya. :)
hikmah kesabaran selama ni kan?
jgn lupa jemput. kempunan nnt nk makan nasik minyak kamu :p
hana
SUE :
Ha ha ha.. Sangat berterus terang
ARIN :
A'ah. Arin budak Parit Buntaq
ANUAR :
Siti Nurhaliza pun mula-mula menafikan.. Tapi kemudian terus buat sidang akhbar juga.
Cuma sidang akhbar saya bukan 20 Ogos ya.. Hik hik hik
KEHELAN :
Itu fakta
HANA :
InsyaAllah.. Kami memang tunggu orang Penang mai...
tetiba tag acik...
tak baik tau..
tag lama pun acik belum bayar lagi
sekali tag lagi...
sangat keji..
eh geng GEPO tu ape ek?? mesti best tahap langit kan???
eh, you 30 tahun ke? tipulah. i ingat you 25 tahun.
wakakakakakakakakakaka
KAK PNUT :
GEPO tuh memang best
EZHAM :
Ha ha ha.. keji lah tu
huhu suka no 17 18! yeah!;) smoga happy slaloo kak..huhu
Kim salam kat Mya ek! Lama dia tak datang ke Maskara. :)
hai sinaganaga...
sy nk dtg maskara, tp byk nauu halangan.. hehe..
LIYANA :
Ade-ade je kamu ni
NAGA :
Aku pun dah lama tak pergi MASKARA *sob*
MYA :
Next MASKARA pada 080809. Kami tak dapat pegi jugeeekkk
lawa gila tak sabar nak bernikah hahahahaha.
ILI :
Awak belum sampai tahap tu kan?
Hiks.. Sekolah bagi habis dulu tau..
Post a Comment