Jadi, mengambil peluang waktu rehat yang panjang pada hari Jumaat, saya bergegas berjalan kaki ke Pavilion KL. Saya mahu tonton The Proposal. Seorang diri. Sejak perkataan "berdua lebih baik" terpakai untuk saya, bermakna sudah 4 bulan saya tidak menonton wayang seorang diri. Tapi, ada ketikanya saya masih mahu menikmati masa bersendirian.
Waktu saya sampai, filem sudah bermula sekitar lebih kurang 15 - 20 minit. Saya rasa sedikit kerugian di situ. Namun 100 minit kemudian tidak menghampakan. Saya sangat terhibur. Saya ketawa. Dan saya juga menitiskan air mata. Ok. Saya dalam mood tidak begitu stabil.
Saya sangat suka cerita ini. Lagipun saya memang penggemar filem bercorak komedi romantik. Ditambah pula filem ini dilakonkan oleh Ryan Reynolds yang sangat kacak. Hmmmm. Saya cuba boleh berjumpa Ryan Reynolds di dalam mimpi. Itu pun kalau termimpi. Ha ha ha.
Cuma sepanjang menonton saya agak terganggu dan berasa jengkel dengan lelaki tidak pergi solat Jumaat yang duduk di kerusi belakang saya. Sudahlah ketawa tidak ingat. Asyik menendang kerusi saya pula. Apa kes? Saya kira tempat duduk di GSC Pavilion antara yang paling selesa pernah saya pergi. Sungguh menjengkelkan. Walaupun saya sudah berubah tempat ke tempat duduk yang lain, masih lagi perkara yang sama berlaku.
Oh. Sekian sahaja cerita tentang lamaran. Sebuah filem yang begitu mengghiburkan di samping memaparkan betapa ikatan dan kasih sayang dalam sesebuah keluarga itu selalu memberikan satu rasa yang mengharukan.
6 comments:
cara margaret mengambil hati mak dan nenek andrew sungguh menyentuh hati. walaupun awalnya dia mmg tak berniat mau mengahwini andrew kan?
MYA :
Huk huk.. Kami sangat tersentuh kat babak tuh.
Oh! Kami tengok 2 kali tau cerita ni. Ha ha ha
comel comel comel kan? :)
MARLIZA :
He he he..
Indah sungguh ciptaan Tuhan, kan
ryan reynolds? hmmmm
so dah tengok Definitely, Maybe?
EZHAM :
Mesti lah!!!
Post a Comment