Tuesday, July 21, 2009

..::HARRY PORTER & THE HALF-BLOOD PRINCE::..



Beberapa hari lepas saya pergi menonton filem Harry Porter & The Half-Blood Prince. Filem yang digembar-gemburkan sebagai hebat dan pecah panggung. Ya, memang pecah panggung sebab kebanyakan tiket habis dijual. Dan saya juga menonton di barisan ke empat dari hadapan skrin.

Tetapi, pada pendapat saya kepada sesiapa yang belum menonton filem ini, baik batalkan sahaja niat itu. Ia amat mengecewakan. Saya hampir tertidur di dalam panggung. Namun saya paksa juga mata untuk celik. Jika mahu tidur lebih baik saya duduk saja di rumah. Kemudian, bila sampai ke pengakhiran cerita pun saya rasa keliru. Kenapa begitu saja penamat episod ini? Ia seakan-akan mendatar. Banyak dialog daripada aksi kehebatan magis mereka. Cuma ada satu sahaja babak yang membuatkan saya terkejut sehingga tertelan gula-gula yang dikemam di dalam mulut. Yang lainnya, biasa sahaja.

Apabila keluar dari panggung menjelang tengah malam, begitu ramai manusia sedang bersantai menunggu untuk waktu tayangan seterusnya. Saya jangkakan mereka semua mahu tonton filem Harry Porter. Dan mahu saja saya katakan kepada mereka, ia amat mengecewakan.

Oh, ini cuma pendapat saya. Jika kamu punya pendapat yang berbeza, itu tidak mengapa. Masing-masing punya hak untuk menyuarakan pendapat selagi ia tidak bertentangan dengan mana-mana hukum.

16 comments:

Yana Ismail said...

tak suka ending nya...huh..;P

Yana rasa tau part mana yg akak tertelan gula tu..huhu part yg dia nk amik air tu ek..kiki

SHIMI said...

hu..hu.hu.
kat sini tak de panggung wayang nak tengok

Nida Shaari said...

YANA :
Ha ha ha.. keji gila toyol-toyol tu

SHIMI :
Tapi internet ada, kan?? Itu lebih penting

Unknown said...

Saya berpeluh-peluh menontonnya. Keluar sebentar, kemudian terus lega selepas masuk semula. haha

tasekM said...

aku nk tgk cerita hantulah.

Nida Shaari said...

ANUAR :
Eh, kenapa pulak? Bukan ke TGV tuh sesejuk ekon yang ada

TASIK :
Cerita momok mintak maaf la aku nak tengok.. Gezet kat TV pun kalut aku tukar channel

Unknown said...

Mujur tandas TGV KLCC bersih! haha

Nida Shaari said...

ANUAR :
owh.. berpeluh kerana itu rupa-rupanya..

ha ha ha..

ayobkelubi said...

ceritanya begitu kerana ada kesinambungan untuk sequel terakhir nanti darling!. haiyoohhh..

Nida Shaari said...

AYOB :
Tahu lah. Tapi tetap tak puas hati

Eh, hari tu ajak makan-makan. Apa ni janji tak tepat. Merajuk lah camni

ayobkelubi said...

oppssss,darling,lupa plak nak sms you ckp tak jadi.penat otak lah malam tu.study giler babs.terbabas tidur sampai pagi!. hehehe.lenkali ek?.

ayobkelubi said...

oppssss,darling,lupa plak nak sms you ckp tak jadi.penat otak lah malam tu.study giler babs.terbabas tidur sampai pagi!. hehehe.lenkali ek?.

Marliza Radzi said...

sayapun kecewa. mendatar.

Nida Shaari said...

AYOB :
Apa-apa je lah

MARLIZA :
Macam meleret-leret pun ada.

Amyz! said...

gi tengok dgn anak2 buah encik suami. mereka boring. sampai tertidur2. kesian~

Nida Shaari said...

AMYZ :
Aku pun nak tertidur gak.. Nyaris.. Dah la tengok mendongak langit..