Wednesday, September 09, 2009

..::PUTARAN HIDUP::..

Kemas kini hari ini dimulakan dengan ucapan takziah kepada Mat Jan dan Kak Max di atas pemergian bapa mereka (Pak Long) pada jam 6.10 petang semalam. Al-Fatihah kepada arwah pak long. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Dan semoga Mat Jan dan keluarga tabah menghadapi keadaan ini.

Kemudian saya mahu mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Norsalina Harun. Semoga cepat-cepat bertemu jodoh yang baik ya. Dan saya dapat tahu Norsalina hari ini bukan seperti Norsalina yang saya mula-mula kenal 5 tahun lalu. Norsalina kini sudah pandai mengenakan kebaya pendek. Wow!!

Dan ini pula sedikit omelan. Mahu melepaskan aura hitam. Hujung minggu lepas saya berkesempatan menunaikan solat tarawikh di surau. Itupun kebetulan sebab saya pergi berbuka puasa di rumah kakak. Selalu buat di rumah sahaja. Di surau mana tidak perlu saya sebut. Ini tentang budak-budak dan budak tak berapa nak budak yang pergi surau, bukan solat tapi main, menjerit-jerit dan berlari ke sana ke mari di luar. SANGAT mengganggu. Saya rasa mahu pang saja mereka dan ibu bapa mereka. Tak boleh nak salahkan budak juga sebab memang jadi kebiasaan bila jumpa kawan, dalam fikiran mereka cuma mahu bermain saja. Yang penting ibu bapa perlu buat pengawasan dan pemantauan. Tegur perlakuan anak tu. Apa tujuan bawa anak ke surau? Nak melatih mereka bukan? Jadi latih betul-betul. Kalau dibiarkan saja macam tu, baik tinggalkan saja di rumah daripada mengganggu jemaah lain.

Ok. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus perlahan-lahan. Dua tiga hari kebelakangan ini sakit kepala saya menyerang kembali. Entah kenapa. Mungkin saya makan ikut suka hati saja waktu berbuka dan bersahur. Atau mungkin juga perubahan hormon. Tapi sakit kepala yang dialami semalam saya yakin berpunca daripada stress. Saya mahu bercuti tapi cuti saya cuma tinggal 20 hari selepas ditolak cuti raya. Tak apa lah sabar dan tunggu cuti panjang hujung tahun saja.

Sekian. Entry ini tiada tajuk khusus. Sekadar mahu kemaskini.

9 comments:

TiNiE said...

ehem..cuti panjang ujung taun..mau tunaikan umrah kah??? *walopon nak kata cuti pasal lain, hiks..*

tasikmerah said...

nida, kamu kena belajar buat pekak. budak2 mmg begitu. ada yg patuh pd arahan ibu bapa. ada yg nk kena bwk rotan baru patuh. dan ada juga pesen tak makan saman. mak bapak marah pun dia buat dek sahaja. naik geram juga aku tgk bebudak gitu. he he.

madulebah said...

TINIE :
Ko ni kak macam tau-tau je.. ahaks

TASIK :
Kalo macam tu tak payah la bawak pegi surau atau masjid. Atau ko rasa depa p sendiri la kan??

Salina said...

hehe..mekasih mek.

kebaya pendek tak ketat tau. kalau ketat boleh pakai depan laki jer. hehehe.

kalau teringin nak beli habaq mai. hahaha

Kehelan said...

byknya cuti akak! sy pun tinggal 8 ari jek lg...

sy ada 1 kisah... time solat, sy letak spek atas skit dr tmpt sujud... dan2 ada budak dtg amik spek sy, main2 ngn spek tu... ada lg sorg, dgn tak bersalahnya berlari2 atas tempat sujud, dan tersepak spek tuh pelanting kat mak dia... mak dia buat tak heran jek kat sy yg dok kat sebelah ni... smpt jugak sy jeling budak tuh...

bkn apa kak, nak marah kat mak dia, tp mak buat tak reti, jeling kat anak je laa...

tasikmerah said...

nida, ini kes bila mak nk pi terawikh, anak tak de sape nk jaga. bibik tak de. mak bapak n sedara mara jauh...

aku faham. bg yg blom punya anak, perasaan terhadap anak2 yg kuat memekak ni lain. kadang2 rasa annoying. mmg tak tenteram. tapi percayalah ianya akan berubah bila ko dh ada ank esok.

kat masjid tmpt selalu aku terawikh, ada ibu2 yg punya anak kecik, baby yg dok terbaring lagi. diorang ke masjid juga utk terawikh. tapi duduk kat belakanggggg sana. duduk bawah tangga. semata2 nk berterawihk. respect betul aku sbb aku tak mampu nk buat gitu. aku hanya ke masjid berterawikh bila MC dah umur 3 tahun, dh cerdik sikit. itu pun solat jauh dr org. takut mengganggu.

Pnut said...

Ermm komen saya mengenai org tua biar anak-anak bising kat masjid, emak bapak specis gitu yang kena di ajar dulu..

mgkn niat baik nak biasakan anak dengan surau, tapi agak-agak la kan...

ntah ler, kalau niat nak terawih tu kat rumah pun boleh, tak perlu pegi surau, kami masa anak kecik dulu gilir-gilir semayang terawih...

madulebah said...

SALINA :
Tak mo lah.. aku la ni nak pakai labuh-labuh.. ihiks

KEHELAN :
Akak ada nampak orang gantung spek kat tali pengikat telekung belakang kepala tuh. Satu idea bagus gak akak rasa.

TASIK :
Aiyorrkkk!! Takoooooot aku mak tasik mengamok!!

Ok la ok la. Pahala lagi berganda jika solat berjemaah kat surau/masjid.

Anonymous said...

untuk makbapak yg dah ade anak tu, xkirala walopun perasaan org yg dah anak ni tak sama dgn org yg takde, tp kalo dah tau anak2 tu buas tak boleh ditegur dpn org jgnla bawak pi mesjid.solat jela kat rumah..laki dia buat ape??imamkanla bini kat rumah je lagi bsr pahala dia dpt bini pun dpt pahala jemaah jgk.pahala solat jemaah ni Allah bagi bagi bukan untuk solat jemaah kat mesjid je kat rumah pun dapat jgk