Thursday, September 10, 2009

..::MERAWAT HATI YANG LARA::..

Semalam. Saya agak berdukacita. Ada perkara yang kadang kala agak sukar untuk difahami. Tapi saya sedang cuba dan berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Jam 1 tengahari saya ke Mid Valley. Jumpa Akzam untuk pungut (?) atau kutip (?) barang yang dikirimkan oleh Ika. Saya sungguh kagum dengan diri sendiri kerana berjaya menyelesaikan misi dalam masa satu jam. Tahu sajalah kesusahan mencari parkir di Mid Valley pada waktu puncak. Tapi saya berjaya juga.

Mid Valley sangat meriah. Cuma saya tiada hati mahu membeli belah.

4.30 petang saya terus balik. Sekali lagi saya berasa kagum. Belum pun jam 5.00 petang saya sudah membayar tol di Plaza Tol The Mines. Sesuatu yang belum pernah berlaku di bulan Ramadhan ni. Memandangkan waktu masih awal saya singgah pasaraya untuk beli barang masak. Tak lengkap, saya singgah pula pasar malam.

Kebetulan depan pasar malam ada tempat cuci kereta. Jadi saya tinggalkan kereta di situ untuk dibersihkan. Lega rasa hati bila nampak kereta sudah bersih dan berkilat. Sebetulnya juga memang sudah agak lama saya tak cuci kenderaan itu. Cuci sendiri jauh sekali.

Sampai rumah saya terus mulakan aktiviti memasak. Ya, memasak juga satu terapi. Masak ala kadar saja. Yang penting ia boleh merawat duka lara saya.



Saya masak spaghetti (lagi) walaupun baru hari Ahad lepas saya sediakan masakan tu. Tapi haritu saya tak puas makan. Jadi kali ni saya masak macam untuk 3-4 orang makan. Maka makan lah saya spaghetti sepuas-puas hati.

Sebelum tu, sedang saya bersiap-siap nak hidang makanan ada orang bagi salam di pintu. Dan. Ini rezeki yang dihantar oleh jiran sebelah rumah.



Jadi, hari ini saya sudah ada lauk untuk berbuka puasa.

Dan. Hati saya juga sudah tidak berduka dan berlara.

7 comments:

cik puan daun said...

tak payah nak ngade2 nak berdukalara.. cubit karang..

tengok aje gambar iqbal.. ahahaha

asuhara sue said...

laaa apesal plak berdukalara pose2 gini nih....alamak itu asam pedas nampak lazat wooooo

SHIMI said...

Melihat menu2 itu, membuat saya rasa terliur dan dapat idea.
TQ, saya rasa macam nak masak asam pedas hujung minggu ni

Yana Ismail said...

huhu sedapppnyeeee...akak ni terliur nasib dah berbuka.kiki

Nida Shaari said...

DAUN :
Motip??

Tengok gambar Iqbal ke, tengok gambar orang yang dukung Iqbal?

ASUHARA :
Alaaa kalau tak pose pun kadang-kadang berdukalara gak..

SHIMI :
Wah!! Mesti best asam pedas di perantauan.

(Tak buat ucapan dalam sokabar ke?)

LIYANA :
ha ha ha.. ape lah korang ni

Mya said...

sudah tidak berdukalara lagi kan?

Nida Shaari said...

MYA :
huk huk huk. Tiba-tiba hari ni saya berduka lara kembali.

Agaknya ini dugaan