Monday, August 17, 2009

..::PILIH-USAHA-DOA-TAWAKKAL::..

Selamat menempuh alam pekerjaan diucapkan kepada anak saudara saya yang akan mula bekerja pada hari ini.

Baru tamat pengajian 4 bulan yang lalu. Belum konvo pun. Tapi sudah ditawarkan pekerjaan di sebuah syarikat multi-nasional dengan jawatan yang sangat baik. Jawatan baik, tentu saja pendapatan memberangsangkan. Jadi, pandai-pandailah urus kewangan dan bayar dulu pinjaman pelajaran. (Jangan jadi macam saya).

Dalam perbualan kami tentang cubaan saya minta dibelanja dan pemberitahuan bahawa peruntukan duit raya akan dimansuhkan, anak saudara saya bertanya sama ada tidak terlalu awalkah untuk dia memulakan kerjaya. Maklum sajalah belum puas mahu bermalas-malasan bangun lambat di rumah, celik mata saja makanan sudah terhidang, malah boleh suka-suka hati melayari internet.

Kata saya, terima saja. Sudah rezeki. Zaman sekarang bukan mudah untuk dapat pekerjaan yang kita mahu. Ada orang yang bertahun-tahun tamat pengajian tetapi masih belum punya rezeki untuk bekerja dalam bidang yang dipohon malah masih tanpa rasa jemu mencari peluang pekerjaan yang diimpikan. Mungkin itu kelebihan yang dimilikinya kerana memilih bidang yang dipelopori golongan lelaki.

Begitu juga kisahnya dengan seorang lagi anak saudara saya yang mendapat tawaran pekerjaan dalam sektor awam, tetapi dalam masa yang sama mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya nasihatkan untuk dia terima saja tawaran pekerjaan. Peluang untuk melanjutkan pelajaran nanti akan lebih terbuka dengan pelbagai tawaran biasiswa. Lagipun dia masih muda. Yang penting terpulang pada diri sendiri kemudiannya sama ada masih mahu melanjutkan pelajaran atau tidak. Jika pilihannya tidak, maka jadilah macam saya.

Dalam hidup kita semua adalah tentang pilihan. Namun ketentuan tetap datang daripadaNya. Walaupun kita telah memilih, dan sekuat manapun kita berusaha untuk mendapatkannya, jika tiada keizinanNya, ia tetap bukan untuk kita. Maka kita harus redha tanpa hilang rasa putus asa untuk terus berusaha.

Selamat menempuh bulan Ramadhan. Rebutlah peluang Ramadhan ini kerana tiada siapa yang tahu akan ada peluang lagikah Ramadhan akan datang untuk kita.

10 comments:

Mya said...

sy masih punya hutang rm500 jpa untuk dilangsaikan.

ayobkelubi said...

betul lah babe, zaman sekarang, kalau kerja yg tiba dahulu, baik pilih kerja tu. sambung belajar zaman sekarang, dah ada macam-macam pilihan.

selamat mengharung politik pejabat untuk anak-anak saudaramu.

tentangseseorang said...

setuju kerja je dulu. nak nak gomen plak tuh. ehehehe

Nida Shaari said...

MYA :
Aiyork saya ada ribu-ribu lagik hutang dengan JPA

AYOB :
Contohnya macam kau kan babe..

Bila mau konvo ni??

ADY :
Ada pro dan kontra nya kan..

Kehelan said...

seronoknya! graduan skrg beruntung... kerja pertama dh merasa gaji dlm RM3k...

teringt kami dulu2... dpt RM 1500 pun kira untung la tu! lepas 5 thn pun, blum tentu gaji dpt RM3k...

KiMi said...

bagaimana pula kisah adik anda yang tak suka kerja dia tuh?
huhuhuhu

Nida Shaari said...

KEHELAN :
Akak dulu masa mula-mula kerja gaji bawah RM1k tau.

Budak sekarang?? Harus tamau terima gaji cam gitu

KIMI :
Adik saya tu pandai tulis sendiri. Jadi biar lah dia sendiri yang tulis cerita ketidak sukaan terhadap kerjanya itu

@LiYaNNuaR ツ said...

sgt stuju... first come, first serve!!!

aloi said...

perenggan 1 dgn 2 intro sedap.perenggan 3???tersedak baca.kah3.wpun keja dgn MNC,tp mimpi nk dpt kerajaan lg.hehe.tp dh rezki ni.

ps:sp2 minat nk keja canon,cepat apply.depa nk pekerja!!

Nida Shaari said...

@LIYA :
Tapi kadang-kadang ada yang kata pegi la sambung lagi belajar, nanti keluar (mungkin) dapat jawatan lagi tinggi

HIDAYAH :
(semoga hang dapat hidayah) hik hik hik.

Try la mintak mana tau dapat PTD ka.. fuiyooo.. hik hik hik..