Entry dimulakan dengan ucapan tahniah kepada
kakak saya yang telah selamat melahirkan anak yang ke-6 malam tadi. Anak perempuan ke-5 yang diberi nama Munira (kalau tak salah saya).
Orang dah selalu dan biasa sangat bersalin, tak ada apa-apa yang dirisaukan. Jam 7.05 malam Kak An telefon saya beritahu air ketuban dah dipecahkan dan minta saya ke hospital sekadar untuk menjenguk anak-anaknya yang lain. Saya pula masa tu masih lagi dalam perjalanan balik dan rasa tak berapa sihat. Hampir jam 9.30 malam sekali lagi Kak An telefon beritahu dia sudah selamat bersalin. Suara tak macam orang baru lepas bersalin pun. Ha ha ha. Apa pun tahniah sekali lagi.
Ok ini pula cerita yang berkaitan dengan tajuk.
Heartburn dikatakan perkara yang sering berlaku kepada wanita hamil. Dan sebenarnya baru semalam saya berbual-bual dengan
Amyz tentang heartburn.
Menurut
wikipediaHeartburn, also known as pyrosis[1] or acid indigestion[2] is a burning sensation[3] in the chest, just behind the breastbone or in the epigastrium.[4] The pain often rises in the chest and may radiate to the neck, throat, or angle of the jaw.
Heartburn is usually associated with regurgitation of gastric acid (gastric reflux) being the major symptom of gastroesophageal reflux disease (GERD).[5] It however may also be a symptom of ischemic heart disease so concluding that it is heartburn prematurely may lead to misdiagnosis.
Di dalam
heartburn.about pula menyatakan bahawa
Heartburn during pregnancy occurs for a number of reasons. Increased levels of hormones in your body while pregnant can soften the ligaments that normally keep the lower esophageal sphincter (LES) tightly closed. If the LES relaxes at inappropriate times, food and stomach acids can reflux back up into your esophagus and throat. Also more pressure is put on your stomach as your body changes and your baby grows. This, in turn, can force stomach contents through the LES and into your esophagus.
Dan, semalam saya mengalami kebakaran jantung yang agak teruk. Bukan kerana saya tidak makan dan membiarkan perut kosong, tetapi lebih kepada TERsalah pilih makanan. Kerana menurut heartburn.about lagi,
Don't eat foods that are known heartburn triggers. These include chocolate, citrus fruits and juices, tomatoes and tomato-based products, mustard, vinegar, mint products, and spicy, highly seasoned, fried, and fatty foods.
Apa yang saya makan? Pagi saya makan nasi lemak dengan sambal ikan bilis. Pedas. Sela waktu sebelum tengahari saya makan karipap kentang, karipap sardin dan popia. Tengahari pula saya makan bihun sup daging yang mula-mula saya rasa tak begitu pedas dan saya tambah dan tambah cili kicap sehingga terasa pedas. Bila pedas bercampur dengan panas jawapannya terbakarlah perut saya.
Waktu solat Zohor saya hampir-hampir termuntah, tapi saya 'telan' semula lalu menyebabkan tekak dan esophagus saya terasa sangat perit. Minum air kosong banyak-banyak untuk bertahan. Saya juga makan rambutan dengan alasan mahu legakan perit di tekak. Balik kerja singgah solat di Petronas, saya muntah lagi. Tapi sikit-sikit saja dan tekak rasa semakin perit.
Sebelum balik rumah, saya suami isteri singgah untuk makan malam di Ani Sup Utara. Saya minum jus tembikai dan minta bubur nasi. Mungkin sudah nasib saya, bubur yang datang sudah siap dicampur dengan sambal. Mahu tak mahu terpaksa juga makan perlahan-lahan. Sekali lagi panas dan pedas bercampur di dalam perut saya.
Jangkaan saya dapat bertahan meleset. Keluar saja dari kedai, saya terus memuntahkan jus tembikai di tengah-tengah jalan. Kemudian saya muntah lagi di tepi longkang (sebab longkang sedang dalam pembinaan). Muntah yang sangat banyak macam Que Haidar dalam filem Rock. Habis keluar apa yang baru saya makan. Ruginya.
Dalam perjalanan balik rumah saya bertahan dengan plastik di tangan. Memang cari nahas kalau termuntah dalam kereta. Sampai saja depan pagar, buka pintu kereta sekali lagi saya muntah. Mujur. Cepat-cepat buka pagar, tutup dan buka pintu rumah. Tak sempat masuk dalam saya cari longkang untuk muntah lagi. Masih banyak macam Que Haidar dalam filem Rock. Dan kali ni lebih teruk sampai saya rasa lemas, kembang kepala macam terbakar dan nak pecah. Exaggerate? Ha ha ha.. Tak tahu lah nak kata sebab itu yang saya rasa.
Ok cukuplah cerita saya tentang muntah. He he he. Sambung semula tentang jantung terbakar dan cara-cara menghindarinya. Ini juga saya ambil dari laman heartburn.about dan telah diterjemahkan dalam perkataan yang mudah dan ringkas. Di antaranya ialah:
* Elakkan makan dalam kuantiti yang banyak sebaliknya makan sedikit tetapi kerap;* Jangan makan dengan tergesa-gesa. Ambil masa dan kunyah makanan sehingga lumat;* Penting untuk minum banyak air iaitu 8 - 10 gelas sehari. Jangan minum hanya ketika waktu makan. Minum sepanjang hari dan minum juga sedikit di antara sela suapan makanan anda;* Tidur dengan posisi kepala dan bahu yang betul di atas bantal yang tinggi sedikit untuk membantu asid perut kembali ke tempat yang sepatutnya;* Pakai pakaian yang longgar dan selesa. Elakkan pakaian ketat di bahagian pinggang dan perut; * Duduk secara tegak di kerusi yang selesa daripada duduk secara membongkok.Cukup dulu entry panjang lebar saya. Untuk maklumat lanjut boleh cari di enjin carian. Ada banyak laman web yang memberi tips untuk kita menjalani kehidupan seharian secara sihat dan selesa.