Tuesday, August 10, 2010

..::DISERANG CIK TUUUUT::..

Bermula 3 minggu yang lalu, hidup saya dan suami tidak tenteram akibat diserang oleh Cik T. Dia telah memporak-porandakan rumahtangga kami tak kira siang dan malam. Kami berdua jadi tak lalu nak makan, tidur pun tak berapa nak lena tapi mujur juga mandi tetap basah. Kehidupan biasa jadi terganggu dan rasa serba tak kena.

Cik T yang saya maksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah Cik Tikus. Owh sebenarnya saya tak tahu pun apa jantinanya. Tapi Cik T lebih sedap sebutannya daripada Encik T :D

Kisah bermula apabila saya dan suami menyedari penutup aliran air di bilik air dan di bawah sinki asyik terbuka. Bila ditutup, kemudian nanti terbuka semula. Diikuti dengan episod segala stok bahan kering di rak menjadi mangsa. Paling mengerikan apabila najis mula ditinggalkan di merata-rata tempat selepas kami mengambil keputusan untuk menutup rapat pintu bilik air. Owh, sebenarnya pada mulanya Cik T ni sangat bijak kerana hanya membuang najis di dalam tandas, termasuk tandas di tingkat atas. Dan paling tak tahan dia sangat gemar menyorok di bawah dapur gas. Pernah satu hari saya sedang memasak tiba-tiba dia melompat keluar mungkin akibat kepanasan. Errrkkk bikin terkejut saja. Mujur tak melompat masuk dalam periuk.

Lalu, strategi mula diatur. Beli perangkap kepit. Pasang di tempat kegemaran. Esoknya lihat umpan hilang tapi tikus tak juga mengena. Kami ubah strategi. Beli perangkap jenis lain di samping perangkap kepit tetap dipasang. Perangkap kepit tetap tidak mengena, namun alhamdulillah perangkap lain berjaya memerangkap Cik T. Dan tersungkurlah Cik T di pintu stor.


..::perangkap jenis gam yang murah dan berkesan::..


Owh, ia tidak berakhir di situ sahaja. Rupa-rupanya Cik T ini berpasangan. Dan pasangannya telah berjaya melepaskan diri daripada perangkap gam yang dipasang di bawah peti ais. Habis lantai dapur kotor dengan gam dan bulunya yang tertanggal.

Lalu kami tingkatkan usaha. Lagi perangkap dibeli. Dipasang di setiap ceruk kawasan yang menjadi laluan dan tempat kegemarannya menyorok. Namun segala usaha kelihatan sia-sia. Penat bersihkan najis tikus setiap hari. Semua barang simpan dalam bilik. Sebelum nak guna peralatan, kena cuci bersih dan rendam dalam air mendidih. Nak masak pun tak ada selera. Tapi nampak gaya Cik T ni dapat menghidu segala usaha kami. Perangkap dipasang terus sunyi.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk beli perangkap sangkar. Malam Selasa kami pasang, tak berhasil. Kami semacam pasrah saja. Sudahlah Ramadhan semakin hampir. Memang hati rasa tak tenang saja. Alhamdulillah Allah mendengar doa orang yang teraniaya :). Hari Khamis balik dari kerja kami dapati perangkap sudah mengena. Yeay!!!





Ok saya sudah tak larat nak menaip panjang-panjang. Berhenti di sini dulu. Nantikan episod seterusnya. Bagaimana dan di mana kami hapuskan Cik T yang terperangkap itu.

6 comments:

CIda said...

alhamdulillah. aku penah alami ni masa kat umah felo dulu. Psycho aku dibuatnya. Siap main kejar2 mcm tom n jerry. Segala macam perangkap dan racun dan finally mengena mati dpn pintu umah. Kawan2 turut menghilangkan diri lepas tu. Yay!

madulebah said...

CIDA :
ha ha ha.. memang pun kalo bising2 kan dia nyorok diam2.. pastu ada sekali kami siap pasang perangkap 4 penjuru lagi kat kabinet tv tamau bagi dia keluaq.. ha ha dia lompat kot ataih, siap berak lagi atas kabinet tuh.. cheits

Anonymous said...

Jangan biarkan tikus mati dalam perangkap sangkar kerana ianya akan meninggalkan satu bau..tikus lain tak akan masuk perangkap itu lagi.

madulebah said...

ANON :
Tikus tak mati dalam tu.. Cerita belum habis lagi lah.. nanti sambung.. he he he

Pnut said...

umpan ikan pekasan?? wahhh sedap umpan tu. nakkkk

madulebah said...

KAK PNUT :
amboi! punya nak ke ikan pekasam sampai 4 kali tinggal komen no.. ha ha ha