Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

..::AUTHENTIC MALAYSIAN RESTAURANT::..

Mari kita teruskan pencarian makanan halal di bumi Bangkok. Sebenarnya bila dah lama di sini, baru terasa oh tak la susah sangat nak cari tempat makanan halal. Ada banyak pilihan. Kalau suka makanan arab, kawasan Nana adalah tempatnya. Juga dikenali sebagai Arab Street.

Minggu kedua di Bangkok, kami pergi ke Restoran Cili Padi. Terletak di Silom Soi 14.


Di restoran ni memang senang sangat nak jumpa orang Malaysia. He he he. Dan memandangkan tagline restoran ialah authentic Malaysian restaurant, jadi janganlah expect untuk menikmati hidangan tomyam Thai macam yang saya makan di Yana.

..::Tomyam campur::..


..::Tauhu masak halia::..


..::Sotong goreng tepung::..


..::Bandung cincau dan teh tarik::..


Harga makanan di sini boleh dikatakan agak murah dan berpatutan. Cuma, ia terletak agak jauh dari tempat tinggal kami di Thonglor. Tapi, sesekali mencuba apa salahnya.











..::TIAP-TIAP MINGGU, TAPI TAK JEMU::..

Masa mula-mula suami beritahu kena kerja di Bangkok, perkara pertama yang saya cari ialah makanan halal. Ha ha ha.. Bukanlah ingat makan saja, tapi mengenangkan suami yang jauh di mata tu nanti apalah yang mahu dimakan selain bekalan roti gardenia yang masuk hari ke 3 dah kena paksa telan tolak dengan air.

Dan, terima kasih kepada google kerana menemukan saya dengan Yana Restaurant, MBK Center. Restoran yang memang menjadi tumpuan muslim lebih-lebih lagi dari Malaysia dan Indonesia.

Sebelum saya ikut, boleh dikatakan tiap-tiap minggu suami akan pergi makan di situ. Makan tengahari, tapau sekali untuk makan malam. Dan, walaupun sekarang ni saya sudah ada di Bangkok, juga boleh dikatakan tiap-tiap minggu kami pergi Yana. He he he.

..::Buku Menu yang ada terjemahan Bahasa Inggeris::..


..::Tomyam ayam yang mesti order tiap kali datang makan::..


..::Kerabu mangga yang banyak dan kalau tak habis mesti tapau::..


..::Udang goreng tepung::..


..::Nasi mesti kena ada. Makanan ruji::..


..::Jus oren yang sebenarnya tak payah order pun tak apa::..


..::Pencuci mulut yang wajib dipesan::..


..::Pinggang yang dah licin. Alhamdulillah::..


..::harga yang perlu dibayar::..


..::wajah gembira::..


Penulis berasa gembira kerana dapat menikmati setiap suapan dengan tenang. Ini kerana anak bujangnya sedang nyenyak tidur.


Tak susah nak cari restoran ni sebab dalam MBK Center. Boleh naik BTS (Silom Line) dan turun di stesen terakhir, National Stadium. Dan tak perlu risau nak pesan makanan sebab ada 2 orang pekerja yang boleh berbahasa melayu.

Ok. sekian. tata ;)















Thursday, July 22, 2010

..::DINNER MUHIBBAH::..

Kejadian ini adalah sama hari dengan kejadian di parking IJN dan entry makan di Lanai sebelum ini.

Dan ia masih cerita tentang makan.

Lepas balik dari IJN, saya dengan suami terus shoot ke TTDI. Asalnya mahu makan-makan dengan kakak saya sekeluarga di kawasan sekitar IJN. Tapi tiba-tiba dia teringat yang anak daranya ditinggalkan sendirian di rumah. Lalu cadangan ditutup dan cuma terbuka untuk saya dan suami. Dan TTDI menjadi pilihan. Hi hi hi.

Memandangkan hari sudah menjelang Maghrib, kami singgah dulu di Masjid TTDI. Saya suka masjid ni sebab bersih, kemas dan reka bentuknya sangat praktikal. Tempat menyimpan telekung juga kemas. Jemaah pun ramai tak kira tua muda, lelaki perempuan. Lagi satu ada ceramah agama setiap malam sementara menunggu waktu Isya'. Saya yakin begitu sebab semalam saya singgah lagi di masjid yang sama.

Eh, tadi kata cerita tentang makan. Ok ini ceritanya.

Saya dan suami pergi makan di Muhibbah Seafood - Chinese Muslim Restaurant. Ini kali kedua saya dibawa makan di sini. Suami kerap makan di sini sewaktu kerja di site TTDI dulu.


::buku menu dan gambar sijil kelulusan halal::


Sejurus pelanggan duduk buku menu akan dihantar bersama dengan kacang, kicap & cili potong, sudu garfu serta tisu basah.



Eerrr layan gambar saja lah ye. Tiba-tiba tak begitu rajin nak tulis panjang.

::watermelon for me dan apple kasturi for him::



::nasi putih, sotong goreng tepung, udang masak sweet & spicy dan kailan ikan masin::



Alhamdulillah dengan nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan. :D

Sedikit tentang restoran; majoriti meja yang digunakan ialah meja jenis bulat. Ia memang konsep yang sering kita lihat dalam restoran cina yang lain. Selepas pelanggan beredar, pinggan mangkuk kotor akan dikutip dan kain alas meja yang baru akan diganti. Tidak ada istilah kitar semula atau lap meja kotor. Dapur dengan ruang makan dipisahkan dengan dinding tetapi bahagian hadapan adalah terbuka. Jadi pelanggan boleh melihat pekerja menyediakan hidangan.

Jadi, jika anda ingin merasai makanan di sini bolehlah berkunjung ke Muhibbah Seafood, TTDI yang terletak di lokasi seperti alamat tertera di bawah.



Selamat menjamu selera. Dan jangan lupa mulakan dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah ;)

Thursday, March 04, 2010

..::APA BARANG::..

Apa barang pergi makan di



kalau cuma makan



atau makan



paling tidak mesti pekena



dan minum

Tuesday, February 23, 2010

..::BIG FOOD UNTUK MAKAN MALAM::..

Setelah berpenat lelah sepanjang minggu, sesekali dapat berhujung minggu bersama suami di rumah sendiri membuatkan saya rasa tak begitu rajin nak memasak. Mujur juga permintaan mahu makan malam di luar mendapat persetujuan.

Kali ini kami ke Restoran Big Food di TTDI Jaya. Lokasinya bersebelahan dengan Ani Sup Utara dan sebaris dengan JM Bariyani. Restoran Big Food menyediakan pelbagai pilihan makan barat bermula dengan pembuka selera sehingga kepada pencuci mulut. Aneka pizza juga terdapat dalam pilihan menu.

Ini rib-eye steak pilihan suami. Sila jangan bandingkan rib eye di sini dengan rib eye di Chili's atau Tony Romas. Nanti kamu kecewa



Saya pula pilih sirlion steak. Rasanya ok saja. Sebab saya tak tahu bagaimana mahu membezakan daging-daging ini



Fresh Mango Juice di sini sangat sedap. Serius. Terasa benar mangganya



Pilihan air yang lain juga kelihatan segar dan menarik. Saya dapat lihat mereka tidak kedekut buah laici. Tapi kami memang pesan segelas air sahaja.

Hidangan kami diakhiri dengan sagu gula melaka. Sedap. Lemak berkrim dan sedang-sedang saja manisnya.



Untuk pengetahuan, hidangan di sini diberi pilihan dalam 2 saiz iaitu biasa dan besar. Terdapat 2 bahagian tempat duduk iaitu di bahagian dalam yang berhawa dingin dan di bahagian luar yang menampilkan konsep terbuka.

Harga yang dikenakan untuk setiap hidangan adalah berpatutan di samping keadaan restoran yang bersih dan mendamaikan. Bagi kami sendiri, kami berpuas hati dan bercadang mahu kembali ke restoran ini untuk mencuba hidangan lain pula.