Friday, July 09, 2010

..::SAKIT BON*TOT::..

Kata orang, masa mengandung sakit urat, kejang kaki, muntah-muntah, lenguh-lenguh, kebas, bisa ulu hati semua tu perkara biasa. Tambahan pula bagi yang mengandung anak sulung. Pertama kali mengalami situasi begitu. Lain lah kalau dah mengandung 7 kali macam kakak saya. Dah tak mengalami kejang kaki dan sebagainya. Mungkin juga kerana cukup zat untuk diri dan kandungan. Dan mungkin juga kerana badan sudah biasa dengan segala perubahan hormon.

Saya pula sejak seminggu kebelakangan ni mula sakit-sakit bon*ot. Saya fikir mungkin kesan daripada duduk agak lama di pejabat. Masa duduk memang tak rasa sakit, tapi bila bangun aduhai nak mula berjalan tu payahnya rasa. Bila baring pun rasa sakit. Kadang-kadang rasa nak nangis saja. Ha ha ha.. Tak habis-habis nak berdrama. Jadi bila sakit atau lenguh saya akan minta tolong suami picit dan urutkan. Suami pun tolong urut dengan penuh perasaan.

Tadi saya terserempak dengan kawan pejabat. Jangan pula pelik sebab pejabat ada banyak tingkat dan keberangkalian untuk bertemu semua orang dalam sehari sangat tipis. Sesekali terserempak lalu masing-masing bertanya khabar. Tanya berat dan sebagainya. Kemudian saya pun cerita tentang sakit yang dialami sekarang memandangkan kawan saya sudah punya dua kali pengalaman.

Terbeliak matanya dan terus bercakap sambil moncong-moncong (he he he) "kaaakkk.. jangan urut tauuu.. biar je.. memang macam tu.. tu maknanya baby tengah membesar.. kepala dia dok kat area situ.." Errrkkk. Habis tu dah dua malam berturut-turut saya minta suami tolong urutkan (bon*ot yang sakit). Mula risau takut kalau-kalau bayi akan tercedera.

Kemudian datang pula 2 orang kakak (yang bertaraf makcik) menyertai perbualan dan tentu saja mereka lebih banyak pengalaman. Bila diceritakan, seorang daripada kakak tu pun cakap perkara yang sama. Lepas tu siap boleh cakap jantina bayi saya berdasarkan raut wajah dan penampilan saya sekarang. Ha ha ha.. Pandai sungguh.

Berbalik kepada kisah sakit bon*ot yang saya alami, mujur juga tiap kali saya minta suami letak minyak panas dia tak mahu. Kalau tidak mungkin 'mengelegak' anak saya di dalam sana. Risaunya saya. Harap-harap tidak ada yang buruk berlaku terhadap bayi saya. Maafkanlah mama yang tak tahu. Entah kenapa kali ni saya tidak pula gunakan enjin carian. Kalau tidak, rasa pelik saja mesti saya akan google untuk dapatkan jawapan.

Ya, pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Dan ilmu itu tidak terhad kepada pembacaan sahaja. Jangan malu bertanya kerana ia boleh membantu kita untuk tidak tersesat di perjalanan.

4 comments:

suzzsuzie said...

baby dh kat bawah la tu...belakang dah mula sakit..bon dah skit...tak pyh la urut tapi boleh la usap2 tu...anak no brp pun sama...mmg sakit dia tetap sama...

cik puan daun said...

urut bontot ke? kenapa aku tak faham dengan entri ni? ahahahha

madulebah said...

SUZIE :
ooo ye ke.. he he he.. tapi bila anak kedua ketiga mungkin dah faham situasi..

DAUN :
Hoh? Ye lah urut bontot sebab bontot sakit/lenguh.. pinggang pun sakit, kaki pun sakit.. tp sebelah je..

Pnut said...

teringin nak hang pa dengan keadaan perut yang dah beso tu...
maklumlah tak pernah tgk nida kembang...eheheheh