Monday, May 10, 2010

..::SAYA DILANGGAR BAS::..

Tak rajin mahu cerita panjang.

Dan. Dipendekkan cerita, hari Jumaat lepas sedang kereta saya berhenti (dengan brek tangan ditarik) dalam kesesakan jalan raya di hadapan Bangunan Sinar Kota tiba-tiba sebuah bas persiaran yang berada di belakang telah melanggar kereta saya.

Bagai luruh jantung menyirap darah ke seluruh wajah dan membuak-buak perasaan marah. Elok saya mahu keluar daripada kereta, pemandu bas lebih dahulu datang dan hulur kad perniagaan minta saya telefon syarikatnya. Tapi sempat juga saya hamburkan kemarahan kenapa dia boleh langgar saya. Alasannya brek tangan tak kuat. Saya marah lagi kerana dia membontoti kereta saya terlalu rapat. Tanpa menjawab amarah saya, pemandu berkenaan terus masuk ke dalam bas.

Saya masih marah, masih mengeletar dan mula menangis. Hey itu tindak balas biasa. Telefon suami. Suami cakap kalau kereta boleh gerak, balik rumah dulu. Apa-apa hal selesaikan kemudian. Saya pun pandu kereta sambil menangis sambil terfikir-fikir apa jadi dengan kereta saya. Sebab saya tak pergi jenguk pun.

Tadi kata tak mahu cerita panjang kan. Sedangkan sekarang sudah 4 perenggan. He he he.

Sampai di rumah, suami buka pintu dan pergi tengok keadaan kereta. Saya masih di dalam kereta. Hati belum cukup tenang. Lepas tengok kereta, suami terus masuk rumah dan sambung tonton tv. Tindak balas suami buat saya rasa nak marah semula. Sabar kan hati dan keluar. Pergi jenguk belakang kereta. Dan masuk rumah.

Suami pandang dan saya sengih-sengih. Patutlah tindak balas biasa saja sebab kereta cuma calar di bumper dan kemik sedikit di bonet. Tidak lah luruh atau rongak bumper seperti yang saya bayangkan. Tak sangka kuat juga CLK saya sebab impak perlanggaran tu lampu bas berkenaan tercabut.

Cuma apa yang berlaku sebenarnya sering menjadi kebimbangan saya selama ini. Berulang alik dari rumah ke tempat kerja dan begitu juga sebaliknya dalam jarak yang begitu jauh. Melalui jalan-jalan yang dipenuhi kenderaan besar dan berat. Setiap kali ada bas atau lori besar berada di belakang kereta saya memang risau. Segala macam kemungkinan mula bermain dalam fikiran. Kadang-kadang kita sudah memandu dengan begitu berhemah dan berhati-hati tapi ada pihak lain pula yang cuai. Sesuatu yang di luar jangkaan kita.

Semuanya adalah qada' dan qadar Allah dan kita sebagai hambaNya wajib percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

3 comments:

asuhara sue said...

"Saya masih marah, masih mengeletar dan mula menangis. Hey itu tindak balas biasa"

jangan biasa2kan ya, apa2 pun relaks dolu baru boleh buat keputusan..hahaha eh betul, ini kata2 atas dasar pengalaman ni...hehehe

tentangseseorang said...

ermm...claim juga kerosakan tu pada syarikat bas tu.

Cikgu Zam said...

salam,
laaaaa better turun tgk dulu kut mase kejadian tu. Emm mungkin sbb itu juga si pemandu bas tu terus bagi kad, selepas kene marah, treus beredar