Wednesday, December 22, 2010

..::MUHAMMAD - SUSU IBU TERBAIK!!::..

Saya sedang perlahan-lahan kembali mengadap internet atau lebih tepat blog dan FB. Sebulan berpantang di kampung, langsung terputus hubungan dengan dunia maya. Banyak entry dari blog kegemaran saya perlu ditelaah. Ha ha ha.

Melompat dari satu blog ke satu blog, dan blog Marliza Radzi tak pernah mengecewakan pembacanya. Entry ini membuatkan saya kembali tersedar dengan kelekaan. Ya, ia cuma tentang penyusuan bayi. Dan saya memang berazam mahu menyusukan bayi selama 2 tahun penuh~InsyaAllah.

Tapi bila dikenangkan kembali saya dah lama tak pam susu. Tak simpan stok pun. Saya gigih pam susu cuma masa Muhammad kena tahan dalam wad 8 hari sebab kuning. Hari-hari hantar susu supaya Muhammad cepat sembuh dan dapat balik ke rumah. Bila Muhammad dah balik rumah, saya jarang-jarang pam sebab boleh susukan terus. Dan bila saya balik berpantang di kampung, saya langsung tak bawa balik pam jadi maksudnya memang tak pam susu langsung.

Bila balik ke Shah Alam, memang saya dah tanamkan azam nak mulakan sesi mengepam susu, tapi alahai. Tak buat-buat juga. Stok ada ciput saja. Tak dapat langsung nak tampung keperluan susu Muhammad yang sememangnya tinggi. Maklum lah budak lelaki. Orang pun selalu kata budak lelaki kuat menyusu. Betul la tu. Dalam masa 2 bulan saja berat dah jadi 5kg. Lahir dulu 2.6kg saja.

Hmmm.. Memang betul makin gigih kita pam, makin banyak susu dapat dibuat stok. Baru-baru ni saya ada cuba pam, tengok pun macam tak percaya. Satu sudu besar pun tak sampai. Eeeerrr tapi lepas tu tak juga pam sampai ke hari ni. Kalau nak ikutkan susu memang banyak. Meleleh dan memancut-mancut je. Tapi tak pam buat stok, terbuang macam tu sajalah jadinya.

Tak lama lagi saya kena kembali bekerja. Kena cepat-cepat sediakan keperluan Muhammad. Kalau tak apa yang diazamkan mesti tak menjadi. Lagipun semuanya datang dari minda. Minda yang sihat dan berfikir tentang kebaikan susu ibu untuk anak akan menghasilkan jumlah susu yang banyak. Betul kan? hiks

Ayuh Hanida setkan minda anda. Yakin boleh!!!

5 comments:

Rin said...

selepas set minda kena baca tentang makanan2 yg boleh menggalakkan penghasilan susu pula.. cewahh!

~hidayah~ said...

tahniah nida , muhammad comel sekali


k.dayah, rudy, hiro & ayumi

Pnut said...

elok pump susu buat stok, alesya dapat BF lebih 8 bulan, kerana stok susu yang banyak akak buat masa dalam pantang...
sebab selepas 6 bulan, susu memang merudum teruk, makan segala neka, pump pun nak dapat 1oz pun payah..

mujur masa dalam pantang akak mmg prepare banyak sangat susu... so dapat stok sampai 2 bulan, tanpa ada susu baru..

Pnut said...

elok pump susu buat stok, alesya dapat BF lebih 8 bulan, kerana stok susu yang banyak akak buat masa dalam pantang...
sebab selepas 6 bulan, susu memang merudum teruk, makan segala neka, pump pun nak dapat 1oz pun payah..

mujur masa dalam pantang akak mmg prepare banyak sangat susu... so dapat stok sampai 2 bulan, tanpa ada susu baru..

sayangmama said...

http://permatacintaku.blogspot.com/2011/11/pentingkah-dha-dalam-susu.html