Tuesday, August 24, 2010

..::PARAM::..

Walaupun bercita-cita untuk melalui Ramadhan tanpa param, tapi kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Maka saya redha. Dapat sediakan kuih serba sedikit dan masak di hujung minggu pun sudah memadai.

Hari-hari bekerja suami akan beli lauk di param berhampiran UiTM Puncak Perdana. Bila suami yang beli, tentu ikut seleranya. Masak lemak cili api, sambal dan asam pedas pasti ada. Saya telan juga selagi tahap kepedasannya boleh dipertimbangkan. Kalau terlampau memang tak boleh bimbang nanti terbakar lagi jantung saya. Saya akan tambah-tambah lauk waktu sahur. Itu pun lauk mudah saja macam telur dadar, telur masin atau ikan masin. Lagipun itu pembangkit selera.

Apa yang saya nak cerita sebenarnya ialah mengenai sikap sesetengah peniaga lauk pauk di param. Hari Sabtu lepas kami ke param TTDI Jaya. Bila minta lauk RM2.00, peniaga terus cakap "2 ringgit sikit dik". Apakah dengan harapan kami akan bertukar fikiran dan minta RM5? Tidak. Kami memang mahu RM2.00. Bukan satu gerai begitu. Rupa-rupanya gerai seterusnya kami pergi pun keluarkan ayat yang sama.

Lalu dalam perjalanan pulang suami meluahkan pendapat. Apakah penanda aras yang digunakan oleh peniaga tu? Setakat cedok saja, mungkin jika kita minta RM1.00 atau RM3.00 pun, kuantitinya adalah sama. Lainlah kalau kita beli lauk yang boleh dikira kuantiti macam ikan, daging buku, sotong, udang atau ayam. Lauk yang kami beli tempohari ialah masak lemak cili api perut dan masak lemak cili api siput sedut. Ok saya tahu kedua-duanya adalah masak lemak. Abaikan saja.

Suami kata lagi, kenapa tidak digunakan sistem gram macam jual asam tu. Tetapkan sekian gram bersamaan dengan berapa ringgit. Mungkin itu lebih berpatutan. Ada benar juga. Tapi apakah peniaga mahu mempraktikkan sistem itu. Kadang-kadang mereka yang berniaga di bulan Ramadhan ni sekadar mahu mencari wang lebih saja, bukan peniaga yang sebenarnya.

Apa pun, tepuk dada tanya hati. Renung-renungkan.

7 comments:

Yoa Ngadenin said...

minggu ni takde param lagi buat saya. takde rasa ikhlas langsung semua lauk2 yang dibeli tuh. semua macam buat main taram jee. huh

madulebah said...

YOA :
Itu lah pun. Sebenarnya bahan basah out of stock, kalau tak memang masak je.

Tapi, since minggu ni akan away dari Khamis sampai Selasa, tahan je lah dulu sementara hari ni :)

Amy Z! said...

peniaga nak untung~

Pnut said...

bukan nak bela peniaga, tapi barang la ni memang mahai la.. kami 2-3 minggu sekali pi pasar borong tau la.. rega mmg mahal, sekilo udang sederhana tu koman-koman 13-25 ringgit, sekilo dapat banyak mana ja pun, kalau masak,cabur ekow, cabut kepala kecut jadi sikit...

dah tu depa nak jual cemana? kalau dua ringgit berapa ekoq depa nak bagi?? mmg semua barang mahal, jadi peniaga pun tak der choice, jual mahal jugak, kalau beli 2 ringgit dapat udang 8 ekoq, kira ok dah tu.. sebabnya selain kos udang saja, kena fikir juga kos lain-lain dia menyediakan bahan masakan tu, termasuk kos petrol dia beli barang, dan datang berniaga, sewa tapak...

ape nak buat, encik menteri kata, bahan mentah kita termurah di asia.. murah la sangat kan??

Rin said...

paper nanyang siang pau ckp sukar mencari usahawan melayu asli..

SFAW said...

pertma kali saya dgr orang sebut param, ingatkan pelakon param tuh.

CIKGU ZAM said...

salam kak,
mungkin kut sebab sekarang ni barang semua mahal dan melibatkan pelbagai kos utk menyiapkanya, apepun boleh kita pakat2 renung dan bincangkan