Wednesday, May 19, 2010

..::ALLAH BAYAR TUNAI::..

Kakak saya selalu pesan. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Tetapi, kunci pintu syurga bagi seorang isteri itu ada pada suami. Dan baru-baru ni pun saya ada berbual dengan seorang kawan yang selalu bagi nasihat dan hadiahkan saya buku best masa wedding dulu. Kawan saya kata wanita ni sangat mudah untuk masuk Syurga. Hanya dengan taat kepada suami (selagi ia tidak bercanggah dengan hukum syarak lah kan). Taat itu subjektif tetapi ia wajib.

Saya mahu berkongsi sesuatu. Yang saya rasa ia balasan Allah kepada saya. Walaupun tidak lah sampai tahap derhaka, tetapi kerana merasakan Allah sayang kepada saya, jadi salah sedikit terus diberiNya balasan. Agar saya tidak terus lalai.

Sudah 2 hari suami hantar dan jemput saya pergi kerja. Kebetulan dia ada urusan di KL. Rutinnya, bila suami yang memandu sampai di rumah saya akan buka pintu pagar. Kalau saya yang memandu suami pula yang akan buka pintu pagar. Ya, pagar rumah kami bukan pagar automatik.

Semalam hari hujan. Lebat juga lah. Bila sampai rumah saya teragak-agak nak keluar lalu minta payung daripada suami. Tapi suami tukar mode gear kepada P dan minta kunci daripada saya. Ok ini tak patut. Lalu saya pun turun buka pagar. Masa nak tutup pagar kaki saya tersangkut. Sakit Allah saja yang tahu. Saya diamkan saja dan tahan sakit. Suami pun tak tahu kaki saya sangkut pagar.

Sebenarnya sebelum tu dalam perjalanan ada sedikit konflik bila suami tanya jalan mana nak lalu. KL ni bila hujan lebat tak boleh tidak mesti sesak. Dengan banjir kilat dengan itu dengan ini semua ada. Saya pula sebenarnya tak suka berada dalam situasi begitu. Sebab nanti bila jalan yang saya pilih tu sesak, saya rasa bersalah dan bila jalan yang dipilih orang lain tu yang sesak saya akan menyalahkan pula. Macam dulu pernah saya salahkan diri sendiri sepanjang perjalanan balik rumah bila entah kenapa pergi lalu depan Puduraya masa hujan lebat yang rupa-rupanya ada banjir kilat di situ.

Jadi bila suami tanya, saya jawab lebih kurang. Sesuatu yang sangat tidak baik. Dan terus lepas tu sepanjang perjalanan 33km senyap sunyi hanya bertemankan bunyi radio. Stress dan terus dihambat rasa bersalah. Mengantuk dan nak tidur pun terpaksa tahan. Pada tangan yang lain saya nak cuba salahkan hormon. Tapi itu lah perempuan selalu saja salahkan hormon bila berperangai emosi. Bila kaki tersangkut pagar dan lebam saya tak jadi nak salahkan hormon. Terbayang-bayang dosa derhaka dengan suami. Nanti Allah dan Malaikat laknat saya.

Entah lah. Ini apa yang saya cuba kongsi. Sesuatu yang ternyata salah pasti ada balasannya. Saya masih baru dalam alam rumahtangga. Tahun pertama hingga ke 5 tu selalu disebut-sebut sebagai tempoh berkenalan dan menyesuaikan diri di antara satu sama lain. Perbanyakkan doa. Jaga tingkah laku dan sentiasa dekatkan diri dengan Pencipta. Ada banyak perkara yang patut disyukuri, jadi kenapa saya perlu meminta yang lebih.

9 comments:

Tok Rimau said...

Itu pasal diciptakan hujan. Agar malam-malam pasangan kedinginan mencari haba. :-)

Amyz! said...

setuju part tak susah dpt pahala jadi seorang isteri yg taat. (selagi tak bercanggah dengan hukum syarak)

imanamani said...
This comment has been removed by the author.
Cikgu Zam said...

salam, semoga sentiasa bahagia, Amin

ayobkelubi said...

sejak puan nida dah kahwin.i macam segan lak nak komen dlm ni..mendalam betul maksudnya semua ni.. keh keh keh..

asuhara sue said...

kaki dah ok ke?

payiet said...

salam kak,

saya amat bersetuju kalau bab bab menderhaka ni, paling saya takut adalah derhaka pada mak. kalo tertinggi suara sikit, kelam kabot mintak ampon. :)

Dairi Hati said...

nida, awak tak duduk umah tinggi yang berguard itu lagi ke?

di mana bermukim sekarang ni?

Anonymous said...

Semoga berbahagia dan menikmati hari-hari yang indah